Search
  • akmalalamshah

5 TIPS KESIHATAN TRAVEL


Bila sebut pasal travel jer mesti korang suka dan tak sabar untuk pergi. Maklumlah percutian ni memberi satu makna dalam diri korang. TAPI, kadang-kadang mesti korang terlepas pandang kan kalau kita cerita soal kesihatan. Jadi, kami RARECATION akan memberi kan anda tips-tips kesihatan yang penting ketika travel. Jum kita usha satu persatu.

Amboi sweet kan pakcik makcik ni. Mesti dorang jaga kesihatan kan..

TIPS 1- BERSENAM SEBELUM PERGI


Perkara di atas ni lah perkara paling wajib sekali tau sebelum memulakan travel. Ini penting kerana boleh melancarkan pengedaran darah anda berjalan dengan cepat dan boleh meminimumkan kecedaran dalam tubuh badan. Kalau tak mampu untuk berjoging pun, at least berjalan kaki tiap-tiap petang pun kira okay. Jaga lah badan anda kerana itu satu-satunya tempat yang anda perlu tinggalkan. Ingat yer!



TIPS 2- BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN SEBELUM TRAVEL


Kebiasaannya bila kita bercerita soal kesihatan, mesti orang akan tuju kepada warga emas. Haa orang muda pun perlu check doktor jugak tau. Hehehe. Ini juga sangat penting sebab lagi lagi kalau ada darah tinggi, gout dan masalah2 kesihatan yang sama waktu dengannya. Hahaha. Bila kita dah tahu keadaan kesihatan kita macam mana, baru mudah untuk kita ready dan bawa ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan kita untuk travel.




TIPS 3- BAWA UBAT


Ubat ubat wajib yang selalu kita bawa ketika travel mcm panadol, ubat selsema, batuk dan jangan lupa juga bawa ubat yang sesuai kesihatan kita. Macam ubat gout, darah tinggi, kolestrol dan sebagainya. Jadi, kita perlu lah lebih bersedia sebelum terjadi apa-apa yer.

Kalau saya cakap jangan rasa membazir utk bawa sebab jika kita tak guna mungkin orang lain perlukan. Setuju?



TIPS 4- BAWA VITAMIN ATAU SUPPLEMENT


Ramai yang tanya kepada saya, nanti travel susah ke kita nak jaga makan sebab di negara orangkan? Setuju sebab makanan kat sana tak sama dengan makanan tempat kita. Jadi get ready lah untuk bawa vitamin/supplement untuk memastikan badan kita mendapat zat yang sepatutnya. Antara vitamin kami sering bawa mcm vitamin C, fish oil.


Ada supplement lain yang korang nak bawa ? Korang bawa je kita orang onz..



TIPS 5- BAWA PAKAIAN YANG SESUAI


Bab pakaian ni benda paling korang kena amik tahu sebab kita tak tahu bila travel kat negara orang tak tahu cuaca kat sana macam mana. Kadang sejuk kadang panas. Haa..Yelah negara kita panas, jadi negara sejuk ditambah pula pada musim sejuk, badan kita ambil masa untuk sesuaikan diri. Kalau dapat pakaian tak sesuai kita akan mudah untuk demam.


Ini lah tips-tips penting apabila kami membawa para pelancong untuk travel. Kadang-kadang seminggu sekali kita ingatkan maklumlah manusia mudah lupakan.

Nak tahu butiran lebih lanjut pasal kami klik link disini https://www.rarecation.com/



51 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf