Search
  • harun635

5 TIPS KEKAL SELAMAT DI ICELAND



Biasanya Rarecation akan pergi ke Iceland 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan juga October. Sekarang Iceland bukan macam dulu lagi, tapi dah famous lepas cerita Shah Rukhan keluar. Tapi biasalah, Rarecation ni kita bawa ke tempat tempat yang jarang dikunjungi. Lihat saja foto hasil bidikan Kapten Zero kita yang super duper marvellous di flickr Rarecation. Selain itu, faktor utama yang perlu diambil berat adalah berkenaan dengan isu keselamatan. 5 tips ini adalah berdasarkan pengalaman Kapten kita sepanjang berada disana. Berikut kami kongsikan tips kepada anda:

TIPS 1 - BERPAKAIAN MENGIKUT CUACA

Berpakaian mengikut cuaca. Jangan memandang rendah keadaan cuaca sebab ianya boleh berubah mengikut keadaan. Yang kita cadangkan ialah pemakaian berdasarkan 3 layer system, long john - baju biasa - baju sejuk. Kalau nak nampak cantik dalam gambar boleh juga pilih yang warna terang supaya nampak menyerlah. Kita juga senang diselamatkan sebab boleh nampak dari jauh bila pakai warna yang striking ini.

TIPS 2 - TOPI DAN KASUT


Topi dan kasut spike bila nak masuk cave. Takut kepala terhagul dengan ice yang tajam. Juga boleh menahan dari kita tergelincir. Memang sakit kalau jatuh terduduk atas ais. Bak kata dalam cerita P.Ramlee Ali Baba bujang lapuk, helmet untuk menyelamatkan diri.

TIPS 3 - BAWA UBAT UBATAN


Ubat ubatan perlu bawa juga sebagai backup. Jika tak fit better rest sebelum ke tempat kapal terbang jatuh, Sólheimasandur Plane Crash. Takut ada yang mabuk angin empat musim sepanjang 4 km nak ke plane crash tu.

TIPS 4 - TUTUP PINTU KERETA


Tutup pintu kereta sebaik turun dari kereta untuk elak wind gusts. Selalu angin dekat iceland ni tak menentu lebih lebih lagi bila kita tengah memandu. Ia boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Jadi awas. Terus cepat tutup pintu bila dah turun dari kereta.

TIPS 5 - BAWA PETA ONLINE DAN OFFLINE


Pastikan kita membawa online / offline map. Selalunya kita boleh guna maps di handphone sahaja tapi biasalah kadang kadang ada yang terlupa nak charge handphone dan bateri habis at least ada backup. Selain itu, maps / peta juga membantu untuk kita kenal pasti jalan alternatif jika berlaku penutupan jalan. At least takdelah kita tersangkut di pertengahan jalan tanpa apa apa rujukan.


Ini sahaja dulu perkongsian tips untuk kekal selamat di Iceland. Jangan risau banyak lagi tips yang kami akan kongsikan kepada traveller semua.


Jika anda berminat untuk pergi ke Iceland bersama kami dan dapat gambar gambar yang menarik sepanjang trip, boleh terus ke sini untuk melihat itinerary dan juga details perjalanan trip kami. Kami usaha yang terbaik supaya anda boleh bergambar kenangan bersama Northern Light, Aurora yang sangat unik dan menarik.

388 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf