Search
  • akmalalamshah

5 TIPS BELI BEG TRAVEL



Memilih travel backpack yang betul dan sesuai adalah sangat penting untuk apa-apa jenis trip pun. Terlalu besar, anda akan memikul beban beg yang berlebihan. Terlalu kecil, tak muat pula nak sumbat barang-barang.


Kalau salah pilih material, alamatnya basah lencunlah barang-barang anda nanti jika terkena hujan. ini dia 5 tips beli beg travel yang cun melecun untuk travel anda.


1. KEMBANG KE TAK KEMBANG


Sebaiknya ambil beg yang mempunyai kebolehan untuk mengembang, ada zip tambahan. Ini penting untuk tambahan muatan terutama bila penghujung perjalanan kita. Ialah dah beli cenderamata / cenderahati / cenderatangan, dengan beg kembang ni tak perlulah nak bawa extra luggage.


2. WARNA BEG


Biasa orang ingat, apa yang penting sangat warna, pilih sahajalah warna kegemaran kita. SILAP SILAP. Sebaiknya biar ambil yang berwarna CERAH, sebabnya, senang nak lihat dari jauh dan kurang risiko hilang.

3. BERPOKET ATAU TIDAK


Jika untuk Cabin beg, pastinya pilihan yang berpoket untuk mudah kita ambil barang2 yang sering di gunakan seperti passport / tiket flight / power bank dll. Tetapi bagi yang ingin masuk KARGO, dinasihatkan yang tidak berpoket. Kebiasaannya barang yg masuk ke Kargo barang2 yang kita tidak akan guna selagi mana tidak tiba di destinasi. Haa begitu..

4. KETAHANAN


Ingat ya, yang menjaga beg kita di kargo tu semua sado sado belaka. Beg kita ni dia main campak jer buat bina otot. Kalau beli yang kurang tahan, konpem dapat balik beg dalam keadaan tercedera. Ada yang terkepak sana, tercabut tayar. Berbaloi beli yang mahal sedikit kerana kebiasaannya beg yg mahal sikit ada warranty. Hati-hati.

5. BERAT


Dengan keadaan Airlines yang suka hati nenek dia nak tukar-tukar luggage setting, ada setengah airlines bagi 30kg 2 beg, ada bagi 1 beg 23 kg boleh bawa 2 beg, ada yang bagi 20 kg 1 beg. Penting sangat untuk kita ambil beg yang ringan. "weightless luggage". Jangan sampai luggage jer dah ambil 5 kg.

38 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf