Search
  • akmalalamshah

5 Tempat Popular Untuk Dilawati Pada Musim Panas di Semenanjung Balkan.



Setiap satu negara ini mempunyai keindahan landskap, senibina dan sejarah yang tersimpan dari penaklukan dan peperangan yang berlaku. Walaupun kita menghabiskan beberapa tahun sekalipun kita tetap tidak dapat melihat kesemua khazanah di balkan ini.


Di sini kami kongsikan antara TEMPAT POPULAR untuk kita lawati pada bahagian Semenanung Balkan yang boleh kita lawati dalam masa 10 MALAM SAHAJA.

1) Plitvice Lakes – Croatia


Taman ini mempunyai koleksi air terjun, tasik, hutan dan juga pelbagai jenis haiwan atau hidupan liar. Tasik ini terkenal dengan warnanya yang tersendiri, daripada warna biru langit hinggalah ke warna hijau, kelabu dan biru turquoise. Warna air tasik ini berubah-ubah bergantung kepada kuantiti mineral ataupun organisma di dalam air dan juga sudut cahaya matahari yang terpancar ke permukaannya.

2) Sv. Jovan Kaneo, Ohrid Lake, Macedonia


Tasik Ohrid terletak di lembah antara Ohrid dan Struda, di wilayah sempadan antara Macedonia dan Albania, serta merupakan tasik ke-7 yang paling dalam di Eropah. Sebahagian besar air tasik Ohrid berasal daripada pelbagai mata air, permukaan dan  bawah tanah. Tasik Ohrid adalah destinasi pelancongan nombor satu di Macedonia, menjadikan Ohrid dan Struga antara bandar yang paling banyak dikunjungi.


3) Sveti Stefan, Montenegro


Montenegro adalah salah satu negara di Balkan, di Lautan Adriatik, dan sangat dikenali sebagai permata Balkan. Di Adriatik berdekatan degan Budva, terdapat sebuah resort Sveti Stefan yang merangkumi sebuah pulau seluas tiga ekar dengan bilik-bilik style kotej abad ke-15.

4) Meteora, Greece


Meteora adalah sebuah kawasan di Thessaly dan Kalampaka adalah sebuah bandar yang terletak di bawah menara batu (rock towers) Meteora. Apa yang menjadikan Meteora ini special adalah biara yang terletak di bahagian atas menara batu tersebut. Biara-biara yang tersergam indah, jalan-jalan serta puncak-puncak untuk didaki telah membawa ramai pelancong asing ke Meteora pada setiap tahun.

5) Dubrovnik, Croatia


Dubrovnik merupakan sebuah bandar lama di Lautan Adriatik di pantai Croatia. Ia adalah salah satu kawasan resort pelancongan yang paling terkenal di sekitar kawasan Mediterranean.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf