Search
  • Qistina Khairudin

5 Tempat Menarik Dalam Malaysia Ala-ala Oversea

Adakah anda semua tahu bahawa di Malaysia juga mempunyai tempat-tempat yang menarik ala-ala oversea, haa tak semua orang tahu kan. Jadi disini kami nak share beberapa tempat dimana permandangan tempat itu ala-ala oversea. Anda mesti terkejut bila lihat tempat-tempat di Malaysia juga ada yang menarik.


1. Mirror in The Sky


Ramai orang kata tempat ni dah macam dekat Bolivia, Salar De Uyuni. Lokasi tempat ini di Sasaran, Kuala Selangor dengan jarak 1.74 batu nautika dari kampung nelayan di Jeram, Selangor. Untuk ke tempat ambil gambar ni perlu menggunakan bot untuk ke sana dan tempoh perjalanan dalam masa 30 minit. Phenomena aneh ini adalah salah satu keindahan alam dimana pelancong dapat datang ke sini 2 kali dalam sebulan iaitu semasa new moon dan full moon. Fakta menarik tentang tempat ini adalah Pulau Rahsia ini akan terjadi apabila arus air bertembung dan terjadi lah lantai pasir dan disitu juga lah terdapat habitat laut seperti anak ketam dan anak kerang. Jadi macam mana ? terkejut tak tau ade tempat macam ni dekat Malaysia.


2. Colmar Tropicale


Lokasi tempat ini di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Disini lah anda dapat merasai cara orang Jepun hidup, boleh sewa kimono utuk merasai aura Jepun. Disini juga mempunyai rumah berkonsepkan ruma klasik orang Jepun. Colmar Tropicale juga mempunyai restaurant Jepun bernama Ryo Zan Tei untuk sesiapa yang mahu merasakan makanan Jepun disini. Selain itu, bagi sesiapa yang mahu cara urutan Jepun di Colmar Tropicale disediakan juga Tatami Spa untuk menenangkan jiwa anda ke dalam Alam Jepun.


3. Pulau Redang


Pulau Redang, Terengganu yang dikatakan seperti pantai di Maldive, betul ke?. Pulau Redang mempunyai kecantikan pantai yang tersendiri dengan air birunya, hidupan laut lagi, memang sebiji la macam dekat Maldives. Di Pulau Redang mempunyai tempat untuk snorkeling dimana kita boleh lihat habitat laut seperti ikan, batu karang laut, rumpai laut dan keindahan didalam laut.


4. Eagle Ranch Resort


Eagle Ranch Resort ini terletak di Port Dickson dan salah satu tempat menginap nya di sana adalah Tepee. Konsep penginapannya adalah dari Puak Red Indian, Amerika dimana kita boleh lihat rumahnya seperti Khemah perumahan Puak Red Indian dahulu. Bagi sesiapa yang mahu merasai pengalaman tidur dia dalam tepee boleh pergi ke Eagle Ranch Resort.


5. Ombak laut jadi Biru


Ombak laut yang bertukar biru ini berada di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak. Tempat yang bertukar ini berada di persisiran pantai sahaja dan ia bertukar menjadi warna biru dimalam hari. Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Pulau Sembilan. Nama organisma yang bercahaya ini adalah Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton. Lawa bukan?, siapa tahu ade pantai sebegini di Malaysia. Kalau di luar negara pantai yang mengalami fenomena ini hanya di Kemboja sahaja. Terdapat satu lagi tempat dimana fenomena ini berlaku di Malaysia iaitu tu Pantai Trusan Miri, Sarawak.


Itulah 5 tempat di Malaysia ala-ala oversea yang telah kami kongsikan. Didalam Malaysia terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik seperti yang kami share.



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf