Search
  • akmalalamshah

5 SMART PHONE DENGAN KAMERA TERBAIK UNTUK TRAVEL 2019




Perkara paling penting selepas passport ketika travel adalah SMARTPHONE, sebab masa travel kita nak ambil gambar cantik dan update segera Instagram dan Facebook kita kan. Di sini kami kongsikan 5 smartphone terbaik dari segi kamera untuk travel edisi 2019.



1. iPhone XR


Setakat ini, ini antara smartphone yang paling terbaik untuk travel. Smartphone buatan Apple ini memiliki sebuah kamera berteknologi canggih yang dilengkapi dengan IOS yang baru dan adanya teknologi PDAF membantu untuk fokus dengan lebih pantas. Walaupun cuma ada 1 lens berbanding iphone x atau xs, tetapi masih ada portrait mode dan memberikan kita"BOKEH" yang sangat cantik dan harganya lebih murah dari iphone x dan xs. Jadi tak perlu jual 2 buah pinggang nak beli macam iphone x & xs , cuma perlu jual 1 buah pinggang sahaja untuk dapat kan smartphone ini


Paling mahal bila selfie dalam cermin ada logo apple kan


Smartphone ini mempunyai processor Hexa-core (2x Vortex + 4x Tempest), memori RAM 3 GB, memori internal 64/128 GB, kamera depan 7 MP, kamera belakang 12 MP, serta memiliki bateri berkapasiti 2942 mAh.




2. Samsung Note 9


Biasanya kalau nak bandingkan dengan iPhone, Samsung juga mempunyai kamera yang sangat cun. Jadi, samsung telah memperkenalkan note 9 pada bulan Ogos 2018.

Smartphone buatan samsung ini mempunyai processor Octa-core (4×2.8 GHz Mongoose M3 & 4×1.7 GHz Cortex-A55), memori RAM 6/8 GB, memori internal 128/512 GB, kamera depan 8 MP, kamera belakang Dual 12 + 12 MP, serta memiliki bateri berkapasiti 4000 mAh.

Harganya masih perlu jual buah pinggang juga, tapi bagusnya Samsung Note 9 ini, selain dari kamera yang bagus. Note 9 ini juga boleh menjadi sebuah laptop bila kita sambungkan ke mana-mana Tv/screen dengan wayar HDMI. Jadi bagi yang suka travel sambil buat kerja, ini smartphone terbaik untuk anda. Tengah-tengah bercuti pun nak kerja lagi kan.



3. Xiaomi Mi Mix 3


Apple of the east, gelaran bagi smartphone Xiomi ini. Brand ini rata-rata tidak semua mengetahui nya. Maklumlah semua fokus pada iPhone dan Samsung sahaja. Meh saya nak share sikit tentang smartphone ini. Smartphone ini mempunyai processor Octa-core (4×2.8 GHz Kryo 385 Gold & 4×1.7 GHz Kryo 385 Silver), memori RAM 6/8 GB, memori internal 128/256 GB, kamera depan 24 MP, kamera belakang Dual 12 + 12 MP, serta memiliki bateri berkapasiti 3200 mAh.


Tinggi kan MP kamera depan ini? sesuai sangat bagi yang minat untuk berSelfie. Paling menarik smartphone ini memaparkan ALL SCREEN BODY, tiada notch yang menyemakkan screen. Jadi mana kamera selfie nya ? cuma perlu slide sahaja nanti akan keluar. Tengok video di bawah ini, oh ya harganya juga cuma separuh dari harga iphone & samsung note





4. Huawei Mate 20 Pro

Huawei adalah pencabar utama untuk barisan-barisan smartphone yang lain kerana Huawei Mate 20 Pro yang dilengkapi dengan Artificial Intelligence menjadi gambar akan jadi cantik awesome ketika travel walaupun kita bukan seorang jurufoto.


Memiliki empat buah kamera , smartphone mempunyai processor, eh tak payahlah cerita tentang spec, bukan korang baca pun kan. Yang paling penting, Huawei Mate 20 Pro ni Boleh dikatakan smartphone Android terbaik, kamera yang memang super duper cantik, design menarik, boleh caj phone lain.


Paling menakjubkan bila guna sahaja kita akan terapung, tengok video ni :





5. Google Pixel 3


Smartphone ini tak ramai yang guna di Malaysia dan tak ramai yang jual juga. Pixel adalah smartphone dari google sendiri. Boleh di katakan sebagai iphone bagi android. Dari pixel 2 lagi kamera ini dikatakan kamera andriod terbaik dan pada pixel 3 pula menjanjikan gambar yang lebih cantik dari pixel 2. Bagi android lover, ini adalah phone terbaik anda dan paling paling bagus adalah bila kita beli Pixel 3 kita dapat UNLIMITED CLOUD STORAGE untuk photo dan video. Jadi ambillah sebanyak banyaknya video dan photo menggunakan phone ini dan jangan risau phone anda penuh. Layan video promo Google Pixel 3 ini :




Jadi yang mana satu pilihan anda ? atau ada yang dah memiliki salah satu dari smartphone ini ? cuba kongsikan pengalaman anda di ruangan komen

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf