Search
  • akmalalamshah

5 Sebab Norway Adalah Negara Yang Paling Best Untuk Dikunjungi


Norway merupakan sebuah negara yang terletak di utara Eropah dan merupakan salah satu negara Scandinavia. Norway juga cukup terkenal dengan negara yang mempunyai taraf hidup yang agak tinggi di dunia. Sebab itu lah tak ramai orang kita yang menjadikan negara Norway sebagai destinasi percutian.


Apa yang best kat Norway? Jum kita baca..

Norway sebenarnya adalah antara negara yang paling bahagia di dunia.


Menurut World Happiness Report 2017 yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Norway adalah negara yang paling bahagia di dunia apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam ranking tersebut. Laporan tersebut meninjau sebanyak 155 buah negara dan diukur berdasarkan beberapa faktor, termasuk jangka hayat dan kesihatan, kebebasan dan juga social support.



Antara negara yang paling selamat di dunia.


Kenapa selamat? sebab Norway boleh dikatakan sangat rendah. Low murder rate. Low incarceration rate. Sangat selamat!



Bandar-bandar Norway juga terjaga dan membangun dengan pesat.


Contohnya seperti Oslo, ibu negara Norway. Bukit-bukit berhutan elok je 'tumbuh' di bandarnya tanpa perlu ditarah. dan kita dapat lihat banyak ruang hijau di Oslo. Walaupun semakin moden, Oslo langsung tidak bertukar menjadi sebuah hutan konkrit. Malah ciri-ciri semulajadi tetap dikekalkan di bandar tersebut.



Saksikan Midnight sun.


Fenomena semulajadi ini, dimana matahari boleh kelihatan selama 24 jam sehari, terjadi pada musim panas di utara Norway, yang terletak di atas Garisan Artik. Bukan itu sahaja yang menarik mengenai midnight sun. Malah apabila fenomena ini berlaku, waktu siang menjadi lebih panjang, dan ini bermakna penduduk-penduduk di sini mempunyai lebih banyak masa untuk menangkap ikan, mendaki, dan explore.


Anda dapat saksikan aurora di Norway.


Untuk dapatkan view aurora yang best, boleh pergi ke Lofoten Islands. Memang cantik permandagan disana ditambah pula Rarecation menyediakan Kapten dan juga pakar Photographer yang awesome dan juga akan jadi guide kepada anda semasa berada di Norway.




63 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf