Search
  • akmalalamshah

5 TANGGAPAN SALAH MENGENAI PAKISTAN




Kat Malaysia ni asal nampak segerombolan rakyat Pakistan je mesti rasa menyampah. Lepas tu terbayang lah negara dia yang tengah berperang, mundur dan kotor. Ramai yang silap dan tak tahu yang sebenarnya Pakistan menyimpan sebuah kawasan yang CANTIKNYA setanding, malah lebih cantik dari Switzerland. Disebabkan Pakistan ni negara yang jarang orang pergi tapi kami dah pergi, kami kongsikan 5 tanggapan salah orang kita tentang Pakistan.

TIPS 1- KESELAMATAN


Rata-rata kerisauan berkisar tentang keselmaatan di sana. Memang dahulunya Pakistan terkenal dengan isu perang saudrara, akan tetapi ianya tidaklah seteruk yang disangka. Tambahan, kawasan yang kita pergi semuanya kawasan yang sangat selamat dan tidak terlibat dengan peperangan. Lebih menarik, peserta trip Pakistan kita yang lepas siap diinterview oleh Pakistan National TV dan masuk dalam prime news mereka. Macam dulu semasa perhimpunan bersih di KL, masa tu negeri-negeri lain lain dan di tempat lain semua aman sahaja. Kita pula tak bawa ke tempat bergolak.



TIPS 2- NEGARA KOTOR


Mesti ramai yang expect negara mereka kotor dengan sampah sarap dan berbau hancing. Pehh biar betul.. Tanggapan anda sama sekali SALAH! Pakistan sebuah negara yang bersih jika dibangdingkan dengan negara India, malah rakyat mereka juga berhemah dan susah sekali nak jumpa rakyat mereka yang kencing bersepah.


TIPS 3- MAKANAN


Makanan di PAKISTAN tersangatlah murah dan sedap. Kami tidak pernah mempunyai masalah bab makan kerana di sana makanan halal sangat mudah didapati. Di sini lah kita nak merasa makan original Nasi Briyani dan Kambing yang super duper sedap dan berempah, gulai daging yak, segala jenis kekacang seperti almond, cashew nuts, pistachio dan berbagai jenis buah-buahan segar, yang ditanam sendiri tanpa diletak sebarang racun serangga.

TIPS 4- PEMANDANGAN


Ramai yang tak tahu sebenarnya Pakistan ni menyimpan seribu satu khazanah alam yang sangat cantik dan terpelihara. Kami berani cakap yang kawasan pergunungan di sini secantik dan setanding dengan Swiss dan New Zealand. Sekali pergi, rasa tak puas. Haritu kami dah pergi masa musim bunga di sana, dapat tengok Sakura blooming tanpa pelru bersesak-sesak di Tokyo. Yang terdekat ini, kami akan pergi masa musim luruh pula.

TIPS 5- KESELESAAN


Rakyat Pakistan sememangnya sangat friendly dan menerima kunjungan rakyat Malaysia sebagai saudara seislam mereka. Tengok gambar di atas menunjukkan sikap keakraban rakyat Malaysia sesama saudara Pakistan. Mereka sangat teruja tiap kali kita kesana dan mereka akan meraikan kita melebihi daripada keluarga mereka sendiri. Bila dia tahu kita nak datang, dia akan masak bersungguh-sungguh dan hanya akan makan selepas kita makan.


Untuk pengembaraan rare ke Pakistan, kita akan pergi pada musim bunga (April), panas (Julai) dan luruh (Oktober) ini.


Boleh click link ini untuk maklumat lanjut.


313 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf