Search
  • farouqfakhri94

5 PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM TRAVEL.



Amaran! Jangan travel selagi tak buat 5 perkara ini.

Ramai yang tak perasan, ingat dah beli tiket dah boleh terbang ke destinasi dengan tenang. Awas, sebenarnya anda boleh tersangkut atas banyak perkara. Di sini kita kongsikan 5 perkara yang WAJIB di buat sebelum travel agar perjalanan kita lebih tenang.



Jangan lupa untuk mengaktifkan fungsi ATM PLUS di kad ATM kita. Fungsi ATM PLUS ini akan membenarkan kita mengeluarkan duit di mana-mana ATM di seluruh dunia yang mempunyai fungsi ATM PLUS.

Penting jika berlaku kecemasan dan kita memerlukan wang tambahan. Tapi ingat, sekali pengeluaran akan di caj RM12.



Seperti semua sedia maklum, kita boleh di halang ke luar negara jika kita berada di dalam senarai Black List Imigresen.



Juga sangat sangat penting pastikan TARIKH LUPUT PASSPORT adalah 6 BULAN lebih dari TARIKH KITA BALIK KE MALAYSIA

Contohnya begini : Tarikh berangkat : 1 Januari 2018 Tarikh pulang : 15 Januari 2018

Tarikh Tamat Tempoh Passport : 14 Jun 2018

Jika kesnya begini, ketika kita berangkat passport kita tiada masalah, tetapi bila pulang nanti kita akan ada masalah kerana tarikh pulang dah melebihi 6 bulan dari tarikh tamat passport. Hati-hati ya.



Ini penting sangat bila kecemasan. Pastikan, ulang suara pastikan

Dokumen perjalanan kita terutamanya : 1. Passport 2. Tiket flight (pergi balik)

Jika passport kita di curi, 2 salinan dokumen ini penting untuk memohon passport sementara di luar negara. Jadi pastikan kita ada salinan dokumen ini di dalam soft copy di dalam email kita. Jika handphone hilang, kita masih boleh aksess dokumen ini di mana-mana komputer yang ada akses internet.



Dan yang terakhir

Sebelum berangkat ke Airport pastikan semak passport yang kita nak bawa tu PASSPORT SENDIRI, bukan passport bini pertama atau kedua, ataupun passport lama kita. Nanti dah sampai airport, tengok-tengok passport orang lain kan.

naya...

Jadi jangan lupa untuk buat 5 perkara ini sebelum travel, semoga perjalanan kita lebih aman, InsyaAllah.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf