Search
  • akmalalamshah

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Machu Picchu


Travel ke Machu Picchu merupakan impian para traveler di seluruh dunia. Perjalanan mengambil masa sekitar 32 jam termasuk transit, kita menempuh bebrapa perubahan zon masa. Pengalaman ini meyaksikan keunikan peninggalan Nazca dan keindahan Machu Picchu akan memberi seribu memori dengan pengalaman RARE bersama rarecation.

Jom baca 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum travel ke Machu Picchu :


Pemandangan dari bahagian atas Machu Picchu. Semua binaan ini dibina tanpa menggunakan sebarang teknologi roda mahupun simen

1. Lokasi


Dikenali juga sebagai ‘The Lost City of the Incas’ atau ‘Kota Inka yang Hilang’.

Kota tua ini mempunyai pelbagai misteri dan kedudukkannya setinggi 7000 kaki pada aras laut di Pergunungan Andes. Kebanyakkan pelancong boleh terkena High Altitude Sickness. Dimana korang akan rasa pening, muntah-muntah dan mungkin juga pitam. Jadi, persiapan yang teliti perlu dibuat sebelum plan untuk travel ke Machu Picchu.

Nazcar Lines. Kita akan menaiki jet melihat garisan misteri ini dari pandangan udara. Mana tau kalau anda boleh decode lukisan ni...hahaha... Apapun kos menaiki jet dah termasuk juga dalam pakej...wow...

2. Apa yang "best" di sana


Di machu picchu ini kalau korang nak spend time untuk ber shopping kat sana, korang memang akan kecewa. Ini kerana Machu Picchu ni hanya sesuai untuk traveler suka akan kawasan pergunungan, sukakan kedamaian hutan, kesejukkan dan juga menghayati keunikan budaya & sejarah. Kalau pergi waktu malam pastinya korang akan dengar bunyikan bertemankan bunyi unggas dan cengkerik. Krik Krikk..


Inilah perkampungan oasis di tengah padang pasir. Terletak di Huacachina, kita akan bermalam di sini dan melakukan aktiviti sandboarding atau menaiki buggy.

3. Makanan yang halal

Makanan halal hampir tiada disini. Kalau ada pun hanyalah cafe atau restoran yang menghidangkan pilihan makanan laut. Jadi untuk traveler muslim, pilihan terbaik adalah memasak di hostel. Di sekitar bandar Ollantaytambo dan Aguas Calientes ada kedai runcit kecil ala-ala kedai acheh yang menjual bahan mentah. Best juga bila sekali-sekala sarapan nasi lemak dengan kopi o menghadap Pergunungan Andes. Hehehe


Macam mana? rare tak? Jom join trip kami

4. Waktu yang sesuai

Bulan yang paling sesuai untuk travel ke Machu Picchu adalah pada bulan April sehingga November. Kalau boleh cuba elakkan bulan November ke March sebab time ni musim hujan. Jadi trail di Machu Picchu agak licin. Bukan tu je, kawasan Machu Picchu ni terlalu banyak terjadinya hakisan tanah. Jadi bila musim hujan, risiko tanah runtuh tu sangat lah tinggi. Hati hati..


Rainbow Mountain. Kalau berhajat nk bergambar di sini roger kapten.

5. Internet

Kalau dah sampai puncak gunung sudah semestinya line kejap ada kejap takde. Kalau setakat nak check in facebook, boleh je takde masalah. Tapi kalau nak live, memang blur la kekdahnya video korang tu. Kebanyakan hostel dan hotel ada menyediakan wifi. Jadi, korang snap dan record je la video sampai penuh memory card. Bila malam boleh la guna wifi hostel/hotel. Kalau nak beli simcard, seeloknya beli masa korang berada di bandar besar seperti Lima ataupun Cusco. Lebih senang nak berinteraksi. Haa..


Kembara ini membawa anda menuju ke satu lokasi paling terkenal di negara Amerika Selatan iaitu MACHU PICCHU! Tapi ingat, bukan destinasi ini semata-mata yang kita cari tetapi pengalaman BERSAMA di sepanjang pengembaraan ini ! Rating trip ini tidaklah terlalu ekstrim, kami masih mengekalkan keselesaan di sepanjang trip ini kerana itulah kembara gaya Rarecation.

Untuk makluman klik disini https://www.rarecation.com/pakejperu

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf