Search
  • akmalalamshah

5 PERKARA PENTING WAJIB DIAMBIL BERAT SEBELUM TRAVEL

Updated: Feb 15, 2019


Sebelum berangkat melancong ke luar negara, banyak perkara yang harus dipersiapkan semaksimum mungkin. Anda tentu mahukan sepanjang percutian serta perjalanan pergi dan balik berlangsung dengan lancar tanpa gangguan masalah. Disini kami sertakan 5 perkara wajib buat sebelum travel.


Take noted ya semua!

AKTIFKAN ATM


Jangan lupa untuk mengaktifkan fungsi ATM PLUS di kad ATM kita. Fungsi ATM PLUS ini akan membenarkan kita mengeluarkan duit di mana-mana ATM di seluruh dunia yang mempunyai fungsi ATM PLUS.


Penting jika berlaku kecemasan dan kita memerlukan wang tambahan. Tapi ingat, sekali pengeluaran akan di caj RM12.

SEMAK PASSPORT


Seperti semua sedia maklum, kita boleh di halang ke luar negara jika kita berada di dalam senarai Black List Imigresen.

SEMAK STATUS


Sila semak TARIKH LUPUT ANDA sebelum membeli tiket penerbangan. Pastikan passport anda masih ada tempoh sah sekurang-kurangnya 6 BULAN sebelum berangkat ke luar negara nanti.


Contohnya begini :

Tarikh berangkat : 1 Januari 2019

Tarikh pulang : 15 Januari 2019

Tarikh Tamat Tempoh Passport : 14 Jun 2019


Ada negara-negara tidak membenarkan pelawat masuk ke negara mereka jika tempoh sah passport kurang daripada 6 bulan. Jika tempoh sah kurang daripada 6 bulan atau sudah hampir luput, baharuilah dengan segera. Hati-hati ya.



SALINAN DOKUMEN


Ini penting sangat bila kecemasan. Pastikan, ulang suara pastikan

Dokumen perjalanan kita terutamanya :

1. Passport

2. Tiket flight (pergi balik)


Jika passport kita di curi, 2 salinan dokumen ini penting untuk memohon passport sementara di luar negara. Jadi pastikan kita ada salinan dokumen ini di dalam soft copy di dalam email kita. Jika handphone hilang, kita masih boleh aksess dokumen ini di mana-mana komputer yang ada akses internet.

SEMAK PASSPORT LAGI


Dan yang terakhir


Sebelum berangkat ke Airport pastikan semak passport yang kita nak bawa tu PASSPORT SENDIRI, bukan passport bini pertama atau kedua, ataupun passport lama kita. Nanti dah sampai airport, tengok-tengok passport orang lain kan.


Jangan buat hal noh..


Jadi jangan lupa untuk buat 5 perkara ini sebelum travel, semoga perjalanan kita lebih aman, InsyaAllah.



27 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf