Search
  • farouqfakhri94

5 PENGALAMAN RARE DI BOSNIA.



Pernah tak kita terfikir untuk travel ke negara yang destinasinya agak kurang popular dan kurang tipikal dalam kalangan pelancong seperti Bosnia? Disebabkan kurang pengunjung lah, Bosnia merupakan destinasi yang awesome dan berbeza di mana kita akan mengunjungi kawasan perkampungan dan bandar-bandar yang menyimpan 1001 rahsia.



1. MENZIARAHI MASJID BINAAN TUN MAHATHIR DI BOSNIA

Dzamija Malezia. Sekali baca mungkin tak faham, tapi bila ditukar ke Bahasa Melayu, namanya ialah Masjid Malaysia. Sebab itu tak ramai rakyat Malaysia yang tahu dan singgah di sini. Sebuah masjid yang yang terletak di Turbe dibina oleh Perdana Menteri ke-7 kita, Tun Dr Mahathir sewaktu peperangan saudara di Bosnia.

Setiap kali selesai solat, jemaah tempatan akan bertanya sama ada kita orang Malaysia. Paling menarik, ada yang menangis-nangis memeluk kita, ada yang berselfie, ada yang berbual dalam Bahasa Bosnia macam lah peserta kita faham. Malah, ada askar-askar yang berselfie juga dengan peserta kita. Sebenarnya, mereka sangat sayangkan kita bangsa Malaysia yang pernah berjuang bersama di Bosnia 26 tahun yang lalu.



2. PENGALAMAN MELALUI TEROWONG PERANG BOSNIA

Terowong inilah yang menjadi nadi kehidupan kawasan untuk penghantaran makanan, senjata, kelengkapan perang dan lain-lain bantuan kemanusiaan, bagi membantu tentera Muslim dan tentera Bosnia untuk mempertahankan Sarajevo. Yang paling menyedihkan (mungkin bahagia bagi sesetengah orang), upah kerja penggalian hanyalah sekotak rokok sehari. Mungkin ramai yang tidak tahu, rakyat Bosnia masih tertekan dengan tekanan ekonomi dari Serbia. Itulah antara salah satu sebab kita ke Bosnia ialah untuk membantu mereka dan ingin merasai sendiri pengalaman melalui terowong kecil itu.



3. MAKAN GRILL TROUT DI BLAGAJ

Bila kita ke sini, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman makan ikan trout segar yang baru saja ditangkap dari sungai dibawah restaurant tersebut. Rasa isi ikannya yang lembut, manis dan lemak pasti membuatkan kita makan bertambah-tambah. Memang syok makan kat sini sambil ditemani ikan-ikan trout yang sebesar peha dan lengan didalam air sungai yang jernih, bunyi air sungai mengalir, dan cuaca yang sejuk kerana dikelilingi pokok-pokok yang rendang. Memang satu pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.



4. TERJUN JAMBATAN MOSTAR!

Apabila melawat ke Bosnia Ogos ni, kita bergilir-gilir terjun dari Jambatan Mostar ke dalam sungai Neretva yang kebiruan, bersih dan jernih. Dah alang-alang pergi, rugi lah kalau tak buat perkara yang kita takkan buat di Malaysia. Eh tapi jangan diikut sangat orang tempatan disitu, mereka akan terjun dengan memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Memang disana, acara terjun dari Jambatan Mostar ini merupakan acara tradisi tahunan mereka terutamanya di musim panas. Kalau di Malaysia, terjun dalam sungai nanti kena gigit buaya sebab air sungai kita keruh sangat tak nampak dasar.



5. SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID BANJA LUKA YANG PERNAH DIHANCURKAN OLEH BANGSA SERB

Banja Luka merupakan sebuah bandar yang dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama Fehrad Pasha, seorang Bosnia yang dilantik menjadi panglima tentera Turki Uthmaniyah. Sewaktu peperangan bermula, penduduk Banja Luka diberi 24 jam untuk keluar dari Bandar dan ditakluk oleh bangsa Serb. Masjid-masjid yang ada dimusnahkan kesemuanya. Muslim yang tinggal di Banja Luka hanya tinggal puluhan orang sahaja daripada ribuan.

Semasa kami solat subuh berjemaah disini, ada kami temui penduduk tempatan yang juga seorang Mechanical Engineer, masih berjuang untuk mendapatkan kembali rumah dia yang dirampas. Buat masa ini, dia hanya lah menduduki sebuah bilik yang kecil sahaja.


131 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf