Search
  • akmalalamshah

5 PANTANG LARANG KETIKA BERSAKURA HUNTING



Biasanya kalau pergi trip dengan Rarecation sudah pastinya anda akan dapat bercuti dengan berpuas hati dan dapat lepaskan peluang untuk pergi ke tempat yang paling menarik. Kali ini kami akan membawa anda untuk pergi ke tempat pengembaraan di Sakura Jepun. Inilah masanya untuk nikmati keajaiban suasana di Jepun. Kami berikan 5 pantang larang ketika bersakura hunting:



PANTANG LARANG 1- DATANG LEWAT


Musim bunga sakura sememangnya musim yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Jepun, termasuklah rakyat dari seluruh dunia yang turut datang ke Jepun. Memang peak season dan semestinya penuh sesak dengan manusia.

Oleh itu, jangan datang lewat utk ke lokasi yang kita nak pergi. Datang seawal boleh untuk booked tempat kita. Baru lah boleh ber’hanami’ dengan tenang.




PANTANG LARANG 2- MAKANAN


Confirm restoran di sekitar lokasi popular bunga sakura mesti penuh dan terpaksa beratur panjang untuk beli dan buat bekalan makanan untuk ber’hanami’ nanti. Tahu tak hanami tu apa? Hanami tu macam kita berkelah la, bentang tikar dan menghayati bunga sakura yang sedang mekar sambil makan bekalan bento kita. Elakkan membeli makanan di convenience store (macam Lawson, Family Mart)berdekatan dengan lokasi popular taman sakura kerana kebiasaannya mereka akan kerap kehabisan stok makanan. Bawa lah bekalan makanan sendiri atau pun beli makanan di kedai yang jauh dari tumpuan crowd.



PANTANG LARANG 3- JANGAN SENTUH


Ini yang paling menjadi kepantangan rakyat Jepun. JANGAN SENTUH pohon dan bunga sakura! Mereka amat menjaga kecantikan alam semulajadi mereka, lagi pula sakura ni hanya muncul sekali setahun sahaja. Memang tempting, tapi tahan sahaja lah nafsu tu simpan buat balik pegang bunga kat Malaysia je. Hihi





PANTANG LARANG 4- LOKASI OUTSKIRTS


Siapa yang pantang pergi tempat sesak dan teringin nak enjoy sakura tanpa dipenuhi manusia, banyak je lagi taman-taman kecil yang tidak popular di sekitar Tokyo yang boleh kita pergi. Boleh guna app Google Maps untuk cari taman yang ada. As long as we can see and enjoy the sakura to the fullest, the location itself is not important anymore. So, why bother? Tapi kalau nak hype, boleh la pergi lokasi yang popular dan turut sama join bersesak dengan rakyat dari seluruh dunia.





PANTANG LARANG 5- RARECATION


Ishhhh ini yang paling pantang sekali! Pantang betul kami kalau ada yang bersakura hunting tak join Rarecation. Hahaha. Dia tak tahu ke yang pakej kita ni dah All-in? Tiket flight dah masuk, transport pun dah masuk, penginapan pun settle, travel insurance pun kita bagi sekali, siap MAKAN pun kita masakkan sekali. Tak cukup dengan tu, kita bawak professional photographer lagi! Baru lah bergambar dengan sakura meletop dapat 1000 Likes kat FB & IG


Untuk trip kali ni, kami akan bertolak pada 3 sehingga 9 April 2019 dan stok adalah terhad.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami hanya di RARECATION.

Untuk info penuh boleh layari https://www.rarecation.com/pakejjepunsakura



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf