Search
  • akmalalamshah

5 PANTANG LARANG JIKA KE MOSCOW



Jangan pergi Moscow kalau belum baca 5 pantang larang ini. Pantang larang Rarecation ni memang wajib korang kena amik tahu sebelum berangkat bersama Kapten yang awesome dah juga pakar photographer yang sangat power.


Nah 5 pantang larang jika ke moscow. jangan malas malas ya baca lepas tu macam biasa jangan lupa share.



PANTANG LARANG 1- JANGAN DATANG DENGAN TANGAN KOSONG


Mesti korang rasa pelik dan janggal bila dengar tapi hakikatnya memang betul pun. Sepanjang kami berada Rusia, jika kita di jemput untuk menghadiri apa-apa majlis, seperti majlis perkahwinan, jamuan perpisahan, makan malam ataupun ‘drop by’ di rumah rakan , jangan sesekali datang TANPA bawa apa2 sebagai buah tangan.

Kalau nak cun sikit korang bawak la coklat , manisan atau barangan mainan untuk si kecil. Yang penting kita tidak datang dengan tangan kosong . Teringat pula kat orang zaman dulu-dulu cakap, kalau datang rumah jangan lupa bawa buah tangannya. Hehehe.




PANTANG LARANG 2- JANGAN BERSIUL DI DALAM RUMAH


Bagi orang Rusia, perbuatan ini dianggap perbuatan sangat dibenci oleh orang Rusia. Malah kat sini pun kalau kita bersiul kat rumah kita dianggap sebagai perbuatan yang tak manis dan tidak hormat. Bagi mereka ini kerana ia di anggap benda yang akan mengundang malapetaka kepada sesebuah keluarga, ia juga difahami umpama memanggil aura kemiskinan . Jadi pada yang suka bersiul tu, jangan nak mengada2 bersiul kat rumah mereka, kalau nak tengok periuk belanga mereka terbang tepat ke muka anda … haaa cubalah!




PANTANG LARANG 3- JANGAN SENYUM TANPA SEBAB


Ishh pantang larang kat rusia ni memang betul-betul pelik. Kalau bagi kita senyum itu satu sedekah. Haa betul tak.. Di Russia bukan sahaja bahasanya yang agak susah, tapi ada juga beberapa perbuatan yang kita anggap biasa di sini tapi agak luar biasa di Russia. Di Russia kita tidak boleh senyum sebarangan tanpa sebab kerana bagi mereka, jika kita senyum tanpa sebab, kita di anggap seorang yang BODOH. Haa tak pasal kan. Hahaha.


Selain bodoh kita juga boleh di’cop’ sedang mabuk ataupun gila. Pengalaman tempoh hari semasa kami beli aiskrim di sana, muka penjual aiskrim tu keras mencuka je , kami pun tersenyum simpul dengan harapan dia tersenyum balik, rupa – rupanya hampeh, jadi hati-hati lah kalau nak senyum kat Russia nanti ye! Alahai malu betul masa tu 😂




PANTANG LARANG 4- JANGAN BERSALAMAN DI DEPAN PINTU

Orang Russia ini banyak juga pantang larangnya . Jika kita ingin bersalaman dengan mereka, andai kata kita sedang memakai sarung tangan silalah buka sarung tangan dahulu dan berjabat tangan dengan ‘naked hand’ , jika tidak kita akan di anggap sebagai seorang yang biadap! Haa macam tu rupanya.. dan yang paling menjadi pantang larang mereka ialah berjabat tangan di depan pintu, bagi mereka ia akan mengundang nasib buruk kepada kita dan keluarga kita!.




PANTANG LARANG 5- JANGAN BIARKAN WANITA ANGKAT BARANG


Haa dengar betul-betul ye orang lelaki. Hahaha. Untung kan wanita di Russia, mereka tidak perlu mengangkat barang walaupun luggage sendiri. Ia merupakan satu kesalahan besar jika wanita mengangkat barang mereka. Betul la orang cakap wanita ni complicated. Hahaha.


Situasi begini banyak boleh dilihat di stesen keretapi ,dilapangan terbang dan kebanyakkan tempat awam. Menjadi kewajipan bagi kaum lelaki untuk membantu wanita jika nampak situasi macam tu. Bagi kaum lelaki bersedialah gagahkan dan‘gentleman’kan diri anda jika ke Russia. Manalah tau sedang angkat beg awek-awek Russia tu terjatuh cinta pandang pertama!.


Jangan risau tentang pantang larang ini sebab kita dah ade Kapten yang boleh guide korang sepanjang korang berada di sana.

Ingin keterangan lebih lanjut lagi tentang Rarecation klik disini https://www.rarecation.com/pakejmoscownordic



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf