Search
  • farouqfakhri94

5 PANTANG LARANG DI RUSSIA.



Kalau pergi Russia jangan nak mengada- ngada nak buat lima benda ni.



1. JANGAN DATANG DENGAN TANGAN KOSONG

Di Rusia, jika kita di jemput untuk menghadiri apa-apa majlis, seperti jamuan perpisahan, makan malam ataupun ‘drop by’ di rumah rakan , jangan sesekali datang TANPA bawa apa2 sebagai buah tangan .

Tak kisahlah jika kita hanya bawa coklat , manisan atau barangan mainan untuk si kecil. Yang penting kita tidak datang dengan tangan kosong . Teringat pula kat mak mak kita dulu-dulu, kalau datang rumah mesti ada je yang dibawa sebagai buah tangan.

Kebiasaanya Tuan Rumah di Rusia akan menyediakan makanan serta hospatility kelas pertama pada tetamunya . Jadi jika kita datang dengan tangan kosong mereka anggap kita tidak menghargai usaha mereka , Jadi kalau korang nak singgah rumah sesiapa kat Russia beli lah buah tangan ok. Hmmmm kalau buat kat Malaysia pun best juga kan!!!



2. JANGAN BERSIUL DI DALAM RUMAH

Ini adalah perbuatan yang boleh dianggap sangat dibenci oleh orang Rusia, ini kerana ia di anggap benda yang akan mengundang malapetaka kepada sesebuah keluarga, ia juga difahami umpama memanggil aura kemiskinan . Jadi pada yang suka bersiul tu, jangan nak mengada2 bersiul kat rumah mereka, kalau nak tengok periuk belanga mereka terbang tepat ke muka anda … haaa cubalah!.



3. JANGAN SENYUM TANPA SEBAB

Di Russia bukan sahaja bahasanya yang agak susah, tapi ada juga beberapa perbuatan yang kita anggap biasa di sini tapi agak luarbiasa di Russia. Di Russia kita tidak boleh senyum sebarangan tanpa sebab kerana bagi mereka, jika kita senyum tanpa sebab, kita di anggap seorang yang BODOH. Selain bodoh kita juga boleh di’cop’ sedang mabuk ataupun gila. Pengalaman tempoh hari semasa kami beli aiskrim di sana, muka penjual aiskrim tu keras mencuka je , kami pun tersenyum simpul dengan harapan dia tersenyum balik, rupa – rupanya hampeh, jadi hati-hati lah kalau nak senyum kat Russia nanti ye!



4. JANGAN BERSALAMAN DI DEPAN PINTU

Orang Russia ini banyak juga pantang larangnya . jika kita ingin bersalaman dengan mereka, andai kata kita sedang memakai sarung tangan silalah buka sarung tangan dahulu dan berjabat tangan dengan ‘naked hand’ , jika tidak kita akan di anggap sebagai seorang yang biadap! dan yang paling menjadi pantang larang mereka ialah berjabat tangan di depan pintu, bagi mereka ia akan mengundang nasib buruk kepada kita dan keluarga kita!.



5. JANGAN BIARKAN WANITA ANGKAT BARANG

Untunglah wanita di Russia, menjadi satu kesalahan jika membiarkan kaum wanita mengangkat barang (seperti luggage ) sendiri.

Situasi begini banyak boleh dilihat di stesen keretapi ,dilapangan terbang dan kebanyakkan tempat awam. Menjadi kewajipan bagi kaum lelaki untuk membantu wanita jika nampak situasi macam tu. Bagi kaum lelaki bersedialah gagahkan dan‘gentleman’kan diri anda jika ke Russia. Manalah tau sedang angkat beg awek-awek Russia tu terjatuh cinta pandang pertama!

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf