Search
  • akmalalamshah

5 KESILAPAN PERSIAPAN TRAVEL DI JEPUN

Updated: Jan 31, 2019



Irasshaimase..Ini lah perkataan pertama korang akan dengar bila sampai kat sana. Bila pergi mana-mana mesti dengar perkataan tu sebab itu bermaksud selamat datang. Hahaha.

Dengan bersama Rarecation, pasti pengembaran anda menjadi satu kenangan yang tidak pernah anda lupakan. Ditambah dengan Kapten-kapten kami yang awesome sentiasa menjadi guide kepada anda semua dan pakar Photographer yang sentiasa menghasilkan gambar yang cun cun walau dimana korang berada.


Jadi, kami kongsikan 5 tips kesilapan persiapan travel di Jepun:

TIPS 1- KASUT


TEPAT SEKALI! Ramai yang datang sini nak bergaya sakan. Yelah, kan kita berada di Tokyo, bandar yang banyak mengeluarkan fashion yang up-to-date. Fashion pun mesti la tip top. Tapi, ramai yang tak aware sebenarnya banyak tempat di Jepun seperti ryokans (rumah tradisional Jepun), kuil, dan restoran mereka memerlukan kita untuk MENANGGALKAN KASUT sebelum masuk. Jadi, kalau tak nak buang masa nak ikat dan buka ikatan tali kasut dengan kerap, kami suggest untuk pakai walking shoes yang selesa dan senang (sebab kat sana kita akan banyak berjalan). Lagi pulak kalau kita nak berjalan atas tatami mats, kita wajib TANGGAL KASUT dan PAKAI STOKIN. Kita dikira sebagai kurang ajar kalau berjalan atas tatami dengan berkaki ayam. Kalau pergi Jepun time winter, kena pakai kasut yang waterproof untuk mengelakkan kasut basah terkena salji.

TIPS 2- TRAVEL LIGHT


Ini yang paling susah orang nak buat. Packing Light! Kebanyakan yang travel ke Jepun mesti akan menggunakan public transport mereka sebagai pengangkutan utama kerana pengangkutan di Jepun merupakan antara yang terbaik di dunia. Memang rugi siapa yang pergi Jepun tapi tak naik bullet train mereka. Dah nama pun pengangkutan awam, jadi ruang simpanan luggage sangatlah limited. Mengikut pengalaman kapten kami yang dah berpuluh kali jejak Jepun ni, perjalanan lebih mudah jika kita bawa suitcase yang kecil dan padat. Senang nanti nak bawa turun naik tangga di stesen keretapi. Takde lah nanti mulut korang dok terkumat-kamit membebel kenapa bini korang packing bag berat-berat kan..


TIPS 3- TAKKYUBIN


Mesti korang first time pernah dengar kan? Dah sampai sana nanti korang tahu la macam mana.. Takkyubin ni memang sangat sesuai untuk orang yang tak boleh travel light. Korang tahu tak yang Takyyubin ni ada menyediakan service penghantaran luggage ke seluruh Jepun? Dah guna service mereka, barulah boleh berjalan dan membeli belah dengan tenang tanpa perlu heret beg berat-berat turun naik tangga. Takkyubin ni pun ada menyediakan perkhidmatan bawakan beg dari hotel ke airport. Kita tinggal ambil beg kat sana je sebelum balik.

TIPS 4- MAKANAN


Ini tips kalau takde, teman pun tak boleh nak mikir yob. Hahaha. Tokyo antara bandar yang paling mahal di dunia untuk didiami. Bagi yang poket tebal, tak menjadi satu masalah untuk mereka makan di restoran setiap kali waktu makan. Bagi yang taknak poket mereka koyak rabak ketika travel, kami sarankan untuk bawa serba sedikit makanan pre-cook. Jadi bolehlah jimat sedikit duit poket untuk shopping disana. Kalau travel dengan Rarecation, tak perlu risau beg berat nak bawa pes-pes makanan, kami sendiri yang akan bawa dan sediakan pes masakan istimewa dari Dapur Raya Prihatin (DRP).


TIPS 5- RARECATION


JENG JENG JENG! Ini sebab kenapa anda patut memilih kami? sebab kami RARE.. tak ramai pun orang boleh buat macam kami. Hahaha. Kalau travel dengan kami, korang tak payah nak buat research bagai. Kami yang akan uruskan segalanya bagi pihak peserta. Dan kita juga akan guide persiapan peserta dari segi pakaian, kasut, luggage dan keperluan lain. Peserta hanya perlu sit back and relax, dan hanya tunggu masa untuk berlepas sahaja. Lagi awesome, kalau travel dengan Rarecation, siap boleh dapat gambar moment terbaik satu family, dan juga bersama orang tersayang.


Jadi apa tunggu lagi?


Jom ikut kami ke sana CUTI SEKOLAH ni, 23-29 Mac 2019. TINGGAL SEBULAN SAHAJA LAGI! Untuk makluman lanjut, boleh klik link disini https://www.rarecation.com/pakejjapan


Arigatou gozaimasu.




0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf