Search
  • farouqfakhri94

5 KAMERA MIRRORLESS TERBAIK TRAVEL.



Bayar 5-10 ribu, travel jauh-jauh orang tengok gambar. "awak kat genting ker" , hampeh betul. Kami kongsikan 5 kamera MIRRORLESS terbaik untuk travel. Apa kelebihan Kamera MIRRORLESS ni 1. saiz kecil boleh masuk handbag 2. boleh terus link masuk handphone terus upload ke fb ketika travel lagi 3. Kualti setanding kamera DSLR



1. FUJIFILM X-T20

Siapa tak kenal fujikan, dengan rupa kamera "klassik" fungsi yang owhsem dan yang menarik utk fuji ni adalah foto "SOOC" (straight out off camera) dia warnanya cantik di banding dengan yang lain lain.

HARGA : RM5k ++



2. SONY A7R II atau A7 II

Kamera mirrorless fullframe untuk yang mahu kualiti foto yang tinggi dan ingin cetakan bersaiz besar kerana saiz file nya yang besar. Balik travel gambar boleh print besar almari.

Juga bagi yang nak ambil "night photography" ketika travel, dynamic range yang sangat "Owhsem".

Harga : RM6K++ (a7 II) / RM9k++ (a7r II)



3. Panasonic Lumix DMC GX-8

Bagi yang mahukan saiz yang lebih kecil dan ringan,terutama wanita, kamera ini untuk anda. Harga yang berpatutan dengan fungsi dan kualiti foto yang baik.

Harga : RM3K++



4. SONY A6500 / A6000

Pencetus fenomena mirrorless, Kamera ini memang lejen dan sesuai untuk yang mencari harga yang lebih budget (model a6000). yang mahukan upgrade boleh ambil model lebih baru a6500.

Harga : a6000 (RM2k++) & a6500(RM5k++)



5. SONY A5000

Untuk yang baru bermula dan berjinak jinak dengan kamera. Ini pilihan terbaik, harga yang lebih murah dari iphone, fungsi yang baik. Sangat sesuai untuk yang mencari kamera mampu beli dengan fungsi yang baik.

Harga : less than 2K

71 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf