Search
  • akmalalamshah

6 FAKTA MENARIK TENTANG AURORA

Updated: Jan 29, 2019


Sebelum cari Aurora, baca dahulu fakta menarik ini


1. ADA DI UTARA DAN SELATAN

Aurora ada di kedua-dua bahagian utara dan selatan bumi. Di utara seperti negara Iceland, North Scandinavian, Alaska, Canada. Di selatan seperti negara New Zealand, Argentina, Antartica, Chile tetapi aurora lebih mudah dijumpai di bahagian utara bumi kerana negara-negara ini lebih dekat dengan Artic circle berbanding negara di selatan kedudukan agak jauh dari antartica circle.


Jum sertai kami!



Suka tengok gelagat pengembara kita kalau amik gambar. Nanti kita repeat lagi ye!

2. AURORA ADA PELBAGAI WARNA Aurora memang terkenal dengan warna hijau, tetapi sebenarnya Aurora juga mempunyai warna lain seperti pink, biru. Perbezaan warna ni kerana faktor ketinggian dimana aurora itu berlaku dan juga jenis gas yang dikeluarkan oleh electron. Oksigen biasa berwarna hijau, nitrogen berwarna biru cair.


Warna aurora yang luarbiasa

Aurora ni keluar tak tentu masa, nak tidur baru dia keluar. Tak sempat tukar seluar, dengan kain pelikat pun boleh

3. AURORA ADA PADA WAKTU PAGI Betul aurora juga berlaku pada waktu pagi, cuma pada waktu pagi kita tidak boleh melihat aurora kerana cahaya matahari ada. Oleh itu kerana kalau nak mencari aurora elok pergi pada waktu malam yang panjang seperti musim bunga atau musim luruh.


4. CARI AURORA DENGAN APPS Sekarang lebih mudah untuk kita kesan aurora, dengan apps seperti AURORA kita boleh semak pergerakan aurora semasa. Tetapi ingat kalau awal terlalu tebal, walaupun ada aurora kita tetap tak boleh nampak.


Biasa trip kita mesti akan ada malam yang kita pergi memburu aurora

5. AURORA LEBIH MUDAH NAMPAK DI LUAR BANDAR

Di kawasan bandar sebagai contoh di Rekyjavik, lebih sukar untuk kita lihat aurora kerana di kawasan bandar ada banyak ligh polution. Kerana itu kebiasaannya bila kami ke Iceland/lapland untuk peluang yang lebih cerah untuk dapatkan aurora kita akan menginap di kawasan outskirt.

Sweetnya pengembara kita apabila bergambar dengan keluarga tersayang.

Cantik kan permandangan di belakang tu? itu sebab anda kena sertai kami hanya di Rarecation.

6. AURORA HANYA BOLEH DIRAKAM CANTIK DENGAN KAMERA DSLR/MIRRORLESS

Hanya apabila aurora betul betul kuat baru kita boleh rakam dengan kamera phone. Itupun biasanya gambar akan blur.

Kerana itu kapten kapten Rarecation akan bawa kamera dslr/mirrorless yang akan membantu merakam foto aurora kita dengan cantik.

ada yang nak ikut kami mencari aurora ?


TRIP MENCARI AURORA KE ICELAND : https://www.rarecation.com/pakejiceland

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf