Search
  • farouqfakhri94

5 FAKTA MENARIK BUNGA SAKURA.



Coca-cola berperisa Sakura

1. BOLEH DI MAKAN


Jangan terkejut, masyakarat Jepun sangat meminati pohon sakura sehingga mereka juga makan bunga sakura dan pucuk daun pohon sakura. Namun hati -hati, jika anda di Jepun, jangan pula petik daun dan bunga sakura buat jadi macam ulam, hormati budaya di sana.  Kebiasaannya bunga dan daun dari pohon sakura ini di prosess terlebih dahulu. Mereka jadikan sakura sebagai teh, kek, macaroon dan juga Coca Cola berperisa sakura. Ada yang dah pernah rasa ? sedap tak ?


Pohon sakura di laluan kereta api Gyeonghwa

2. BUNGA SAKURA JUGA TERDAPAT DI NEGARA LAIN


Selain dari Jepun, pohon sakura juga terdapat di negara lain seperti Korea, China, Perancis, Istanbul dan negara negara yang mempunyai cuaca yang sama seperti Jepun. Tetapi tiada negara yang menghargai dan menyambut kedatangan bunga sakura sehebat Jepun.


3. SAKURA BUKAN SEKADAR BUNGA


Ini kerana bagi masyarakat Jepun, waktu sakura berkembang merupakan permulaan tahun baru. Bunga sakura juga memberi peringatan bahawa kehidupan itu indah dan juga bersifat sementara, berkait dengan sifat bunga sakura itu sendiri, berkembang dengan sangat cantik tetapi hanya kembang dalam masa yang singkat. Universiti di Jepun juga mempunyai cuti musim bunga sekitar mac - april untuk mereka meraikan kedatangan bunga sakura.


4. HANAMI


Kerana masa berkembang yang sangat singkat, menjadi budaya masyarakat Jepun untuk berpiknik di bawah pohon sakura apabila bunga sakura sudah berkembang. Pada waktu ini, taman awam akan menjadi penuh dan sesak dengan masyarakat Jepun menghabiskan masa di bawah pohon sakura. Apabila kita di Jepun ketika musim sakura april ini, "Hanami" adalah salah satu aktiviti wajib Rarecation. Waktu ini nak merasa kopi 434 di bawa dari Malaysia bersama Sandwich Salmon bersama masyarakat Jepun di sana.


5. MULA BERKEMBANG DARI SELATAN KE UTARA JEPUN


Pohon sakura ini tidak berkembang serentak, ianya bermula dari Selatan Jepun. Bermula dari Kumamoto - Osaka - tokyo dan berakhir di Sapporo. Anda boleh lihat jangkaan pohon sakura berkembang di foto di atas. Perlu di ingat, Ini semua jangkaan, waktu sebenar bunga sakura berkembang, bergantung juga kepada cuaca sebenar. 

12 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf