Search
  • farouqfakhri94

5 AKTIVITI YANG ORANG SELALU MISS DI NEW ZEALAND.

Updated: Jan 30, 2019



Bila travel ke New Zealand mesti ramai traveler ingat nak tengok pemandangan cantik-cantik je. Tapi ramai yang tak tahu bila travel ke New Zealand, ada aktiviti-aktiviti yang selalu orang tak buat bila dah sampai sana.



1- MAKAN IKAN SALMON DI TWIZEL

Rasai pengalaman makan ikan salmon segar yang baru saja diarwahkan. Isi ikan yang masih lembut dicicah pula dengan sos yang diperah jus lemon, pasti memenuhi selera tekak kita. Kita juga boleh bagi makan sendiri ikan-ikan ni.



2- TERJUN KE DALAM "BLUE POOL"

Melihat kejernihan airnya yang jernih seperti kristal pasti sesiapa pun boleh “Jaw-drop” melihatnya. Kawasan terpelihara ini dipelihara sehinggakan tandas awam pun tidak dibuat untuk kemudahan pengunjung. Jadi, sebelum datang ke sini, jika ada rasa sikit-sikit “natures call” tu, selesaikanlah dahulu.



3- BANGUN MALAM BER"STARGAZING"

Malam-malam sambil kita melepaskan kepenatan travel siang tadi, kita layan kopi-O panas cicah biskut lemak menyaksikan jutaan bintang berkelip-kelip di langit. Sesiapa pun pasti teruja! Bagi yang baru kahwin tu sementara masih romantik, bolehlah main cop-cop bintang yang ada. Sweet kan!



4- MELAWAT KE LADANG BIRI-BIRI

Populasi biri-biri di New Zealand adalah 40 kali ganda lebih banyak dari penduduk di sana. Kita berpeluang melihat, bergambar dan memeluk biri-biri ini.Tapi awas, sesetengah tempat menjadikan babi hutan sebagai pengawal biri-biri ini. Jangan sampai disondol pula.



5- BERHENTI DI LADANG GANDUM

Jangan lepaskan peluang bergambar di ladang gandum yang semestinya ada keunikannya yang tersendiri. Sepanjang laluan jika ternampak ladang gandum ni boleh saja berhenti, tapi pastikan lokasinya selamat dari blind spot dan tidak menghalang kenderaan lalu lalang di situ. Ada banyak lagi yang kita boleh buat kalau join trip dengan Rarecation! Nak tahu? Jom join trip musim luruh New Zealand bulan 3 ni. Info penuh boleh klik di sini. https://www.rarecation.com/pakejnewzealand




640 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf