Search
  • akmalalamshah

5 AKTIVITI ORANG SELALU MISS DI NEW ZEALAND


Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Kenapa New Zealand best? sebab New Zealand adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia.


Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand. Kami kongsikan 5 aktiviti orang selalu miss bila di New Zealand.



MAKAN SALMOND DI TWIZEL


Rasai pengalaman makan ikan salmon segar yang baru saja diarwahkan. Isi ikan yang masih lembut dicicah pula dengan sos yang diperah jus lemon, pasti memenuhi selera tekak kita. Kita juga boleh bagi makan sendiri ikan-ikan ni.

TERJUN DI BLUE POOL


Melihat kejernihan airnya yang jernih seperti kristal pasti sesiapa pun boleh “Jaw-drop” melihatnya. Kawasan ini dipelihara sehinggakan tandas awam pun tidak dibuat untuk kemudahan pengunjung. Jadi, sebelum datang ke sini, jika ada rasa sikit-sikit “natures call” tu, selesaikanlah dahulu.

BANGUN MALAM BER STARGAZING


Malam-malam sambil kita melepaskan kepenatan travel siang tadi, kita layan kopi-O panas cicah biskut lemak menyaksikan jutaan bintang berkelip-kelip di langit. Sesiapa pun pasti teruja! Bagi yang baru kahwin tu sementara masih romantik, bolehlah main cop-cop bintang yang ada. Sweet kan!

MELAWAT KE LADANG BIRI-BIRI

Populasi biri-biri di New Zealand adalah 40 kali ganda lebih banyak dari penduduk di sana. Kita berpeluang melihat, bergambar dan memeluk biri-biri ini.Tapi awas, sesetengah tempat menjadikan babi hutan sebagai pengawal biri-biri ini. Jangan sampai disondol pula.

BERHENTI DI LADANG GANDUM

Jangan lepaskan peluang bergambar di ladang gandum yang semestinya ada keunikannya yang tersendiri. Sepanjang laluan jika ternampak ladang gandum ni boleh saja berhenti, tapi pastikan lokasinya selamat dari blind spot dan tidak menghalang kenderaan lalu lalang di situ.


Pada tahun 2019, Rarecation menyediakan 5 trip untuk ke New Zealand sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai kami!

Berikut adalah jadual dijangka akan bertolak:


4/2 - 13/2 2019 ❌

23/3 - 1/4 2019

24/7 - 2/8 2019

28/8 - 5/9 2019

20/9 - 29/11 2019

Untuk makluman lanjut klik di sini https://www.rarecation.com/pakejnewzealand

18 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf