Search
  • akmalalamshah

5 AKTIVITI BEST SEMASA MELAWAT KE PERU


Hola mi amigo! Travel ke Peru merupakan impian para traveler di seluruh dunia. Keunikkan senibina ini memang tak dapat disangkal lagi. Sebelum kita bergerak ke sana, jum baca 5 aktiviti best semasa melawat ke peru.




BERMAIN DENGAN LLAMA


Tidak lengkap ke Peru jika tidak bertemu dengan haiwan jinak ini. Tak kenal maka tak cinta. Ni diaaa Llama... Masyarakat di sini menjadikan Llama ini sebagai haiwan peliharaan kerana sifat manja dan suka bermain haiwan ini. Jangan sampai jatuh cinta sebab nak bawa balik Malaysia besar sangat kos penghantaraannya...hihi...

LUNCUR PASIR DI HUACACHINA


Perjalanan dari Lima ke Paracas mengambil masa kira-kira 3 ke 4 jam. Di sinilah tempat di mana anda akan melihat padang pasir tandus di bumi Amerika Selatan. Jangan terkejut, kerana di tengah-tengah padang pasir itu terdapat sebuah perkampungan kecil oasis. Anda boleh bermain Sandboarding sepuas-puasnya atau kalau nak tambah perisa lagi boleh naik buggy.

MENAIKI BOAT KE PULAU BALLESTAS

Jika anda pernah mendengar kepulauan Galapagos yang terkenal dengan haiwan-haiwan yang unik dengan pemandangan yang cantik, tetapi di Peru juga terdapat satu kepulauan yang boleh memberikan pengalaman sumpama itu. Dengan menaiki boat, kita akan melalui pengalaman safari di Pulau Ballestas dan akan menyaksikan pelbagai haiwan unik seperti anjing laut dan kepelbagaian jenis burung.

MENAIKI JET MELIHAT NAZCA LINES DARI UDARA!

Saksikan keajaiban rekabentuk peninggalan masyarakat inca yang seolah-olah membentuk sebuah lukisan gergasi. Aktiviti ini dilakukan dengan menaiki jet atau kapal terbang ringan kerana lukisan misteri ini hanya boleh dilihat dengan jelas dari pandangan udara.

MELAWAT KE MACHU PICCHU

Machu Picchu adalah sebuah citadel Incan yang tinggi di Pergunungan Andes di Peru, di atas lembah Sungai Urubamba. Dibina pada abad ke-15 dan kemudiannya menjadi tinggalan. Terkenal dengan dinding batu kering yang kompleks yang bertindih dengan blok besar yang dibina tanpa menggunakan sebarang letupan, bangunan-bangunan ini dibina dipercayai mempunyai kaitan dengan astronomi. Kita dapat melihat pemandangan panorama yang indah dari sini. Tujuan pembinaannya sehingga kini masih menjadi misteri.

Anda boleh memilih untuk menaiki tren atau hiking ke Puncak Andes. Laluan Trekking ini pernah dinobatkan sebagai laluan hiking antara terbaik di dunia. Pastinya banyak keindahan unik menanti anda semasa perjalanan nanti!


Untuk trip kali ni, kami akan bertolak pada 23/3 sehingga 6 April 2019 dan stok adalah terhad. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami hanya di RARECATION.

Untuk info penuh boleh layari https://www.rarecation.com/pakejperu

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf