Search
  • farouqfakhri94

3 APLIKASI TERBAIK SIMPAN FOTO & VIDEO.

Updated: May 22, 2018


Sesuai untuk yang storage phone selalu penuh. Bila travel kita mesti nak ambil foto dan video bebanyak, iyelah bukan selalu boleh datang negara orangkan. Tapi, smartphone pulak dah sesak padat dengan gambar dan video yang ada. Jangan risau di sini kami kongsikan 3 applikasi terbaik untuk menyimpan foto dan video anda. Ketiga - tiga apps ini membenarkan kita menyimpan dan download semula resolusi asal foto dan video kita dengan saiz storage yang luas, anak gajah pun boleh masuk. Sambil travel lepas ambil foto dan video terus simpan di dalam applikasi ni, jadi takdelah penuh smartphone kita.


1. DROPBOX Tidak perlu diperkenalkan lagi, dropbox memang terkenal sebagai penyedia cloud yang pertama. KELEBIHAN 1. Mudah organisasi 2. Tidak terhad pada foto dan video sahaja 3.Boleh auto upload dari smartphone terus ke cloud 4. Privacy, hanya kita dan orang2 yang kita pilih ada aksess ke akaun foto dan video kita

KEKURANGAN 1. Cuma 5 GB sahaja untuk akaun percuma 2. Harga yang mahal untuk upgrade space 3. Untuk video cuma boleh view selama 15 minit pertama sahaja




2. GOOGLE PHOTOS Ini tidak terkenal, tapi google photos memberikan ruang sehingga 15GB untuk kita menyimpan foto dan video.


KELEBIHAN 1. Mudah organisasi 2. Boleh auto upload dari smartphone terus ke cloud 3. Boleh edit photo guna apps ini 4. Kalau upload full video, boleh tgk balik keseluruhan video bukan 15 minit pertama sahaja 5. Boleh view RAW files (photographer suka ni) 6. Harga yang berpatutan untuk upgrade size 7. Mesra pengguna dan mesra dengan apps -apps yang lain

KEKURANGAN 1. Kurang privacy sikit Semua foto kita sebenarnya terletak di akaun Google+ kita, bagi yang tidak tahu google+ ni macam facebook juga, jadi foto kita agak public juga. Ada setting untuk memastikan orang lain tak tengok foto kita cuma leceh lah sikit




3. FLICKR Dulu terkenal, sekarang kurang dikenali dan baru nak dikenalkan lagi KELEBIHAN 1. Mudah organisasi 2. Saiz storage yang SANGAT BESAR, 1 Tera kot, bukan anak gajah, mak gajah dan gajah gajah sekampung muat 3. Boleh edit foto anda online 4. Bila kita nak download balik foto kita, dia berikan option untuk download high ress atau low ress 5. Boleh view keseluruhan video yang di upload

KEKURANGAN 1. Interface kureng skit 2. Tak boleh Sync dengan phone, jadi foto dan video kita perlu upload manually ke dalam apps



RUMUSAN Yang inginkan privacy dan nak upload bukan sekadar foto dan video pilihlah Dropbox. Yang inginkan saiz cloud yang bapak besar pilihlah Flickr. Yang inginkan saiz yang sederhana, interface dan mesra pengguna pilihlah Google photos. Apa-apa pun tepuk handphone tengok storage masing masing ya.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf