• Kapten Najmie

Tasik Emerald Plitvice Lake

​Tasik Emerald di Croatia. Mereka menggelar Plitvice Lake ni sebagai Permata Croatia.

Orang kata kalau ke Balkan kena pergi Plitvice Lake. Tasiknya sangat cantik dan besar, mempunyai banyak air terjun. Salah satunya setinggi 16 tingkat.

Tapi Plitvice Lake ni buka sepenuhnya pada bulan 4 hingga 10, masa masa lain akan buka sebahagian tasik sahaja atas faktor keselamatan.

Di sini, saya pernah nampak cara mat salleh didik anak. Ada seorang budak dia baring main air dan bangun. Tak ada siapa larang tak ada siapa kisah termasuk ibu bapanya.

Kalau anak orang melayu dah kena piat piat telinga. Pasal mereka bagi peluang untuk budak budak ini belajar dengan sikap ambil tahu.

Dah tahu, cukup.

Plitvice Lake ini dilindungi oleh UNESCO, sebagai National Park, tak boleh berenang, tak boleh memancing. Pada musim-musim tertentu, kita boleh menaiki bot merentasi sungai-sungai.

Pelajaran seterusnya yang saya nampak adalah kehidupan selepas mati. Perasan tak, pokok-pokok ini semua tak ada daun? Semua telah gugur.

Namun, akan hidup semula selepas satu ketika. Ini lah bukti-bukti kecil ke-esaan Allah SWT menghidupkan benda yang telah mati.

137 views0 comments

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf