• Saiful Nang

KEPUASAN SEBAGAI TRAVELER


"Pagi pagi kita sembang perihal hal semasa sambil pekena kopi muar famous 434 dengan cengkodok labu dengan pemandangan berlatarbelakangkan pergunungan ALPS, pelancong tak dapan rasa pengalaman macam ni"

- Foto dari kembara Alpsventure 2015

KEPUASAN SEBAGAI TRAVELER Siapa kata orang kaya baru boleh travel. Sebenarnya travel yang akan buat kita jadi kaya. Tidak Dinafikan banyak peluang, banyak idea dan banyak pelajaran kita kutip semasa mengembara. Tapi jangan silap...semasa mengembara bukan melancong. Apa beza orang melancong dengan mengembara? Orang melancong mereka membeli belah dan tidur di tempat yang selesa. Kepuasan mereka kerana membeli belah dan tidur di hotel untuk berehat dan sedikit untuk sight-seeing. Pengembara pula membuat EKSPLORASI ataupun meneroka ke tempat yang orang tidak kunjungi.

"Apabila mengembara kita dapat bergaul dengan orang tempatan, di foto ini pasangan suami isteri dari German sedang menikmati hidangan lauk "Malaysia" ketika kami di Itali. Katanya tak percaya kami semua baru berkenalan ketika mula kembara. Kami sangat rapat, betul ini lah Rarecation, pergi 1 orang balik dapat 19 ahli keluarga baru "

Foto dari kembara Italian Job - 2016

Pelancong pergi ke tempat pelancong-pelancong ramai. Pengembara macam saya bercampur dengan masyarakat tempatan. Kita tinggal di tempat yang boleh berbual dengan mereka. Kita pergi ke tempat yang dekat dengan kehidupan orang tempatan. Tempatnya tidak bertiket dan tidak komersil Tetapi memberikan banyak pelajaran kepada kita atas perbezaan yang ada antara kita dengan mereka. Ada yang bagus ada juga yang tidak.

"Explorasi dan "TERJAH" ke lokasi yang tidak di promosikan oleh goverment tetapi sangat cantik dan layak untuk di singahi. Apabila lokasi tiada promosi pastinya kurang kemudahan juga, tetapi tak mengapa, kita naik motorhome, kemudahan bergerak (dapur/tilam/toilet) kita bawa ke mana kita pergi"

Foto dari kembara South Island New Zealand 2017

MENGAPA SESEBUAH NEGARA MEMPROMOSIKAN SESEBUAH TEMPAT UNTUK PELANCONGAN? ADAKAH TEMPAT ITU YANG TERCANTIK?? Sebenarnya TIDAK. Jangan tertipah dengan stigma lama tu. Malaysia sendiri spend berjuta RM untuk mempromosi destinasi Malaysia kepada dunia dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia Dan Malaysia Truly Asia. Ada ke destinasi yang dipromosikan itu tidak ada hotel? Tidak ada kompleks beli belah? Tidak ada apa-apa aktiviti ekonomi langsung? Pasti mereka akan promosi tempat yang boleh tarik duit pelancong masuk ke negara mereka. Nasib baik kita ni pengembara yang kurang fancy dengan benda-benda begitu.

"Pagi pagi kita tidak di hidangkan dengan lagu sentimental dari sound sistem hotel tetapi dikejutkan dengan bunyi kambing Slovenia mengembek pergi mencari rezeki. Melihat sendiri kehidupan orang tempatan di Slovenia, pengalaman hanya dapat di rasai apabila kita mengembara "

Foto dari kembara South Europe 2015

Saya ingat saya bawa team Rarecation 24 orang tahun lepas ke Slovenia. Tempatnya cantik gila hanjing tapi tak ada orang lain selain kami sahaja. Tiada kena bayar tiket dan boleh masuk melalui bantuan GPS dan melalui kampung-kampung orang di kaki gunung. Tahu-tahu sahaja dah melepasi 2 hari 1 malam di Slovenia tanpa spend 1 sen pun. Kami tak check in pun di hotel atau di campsite berbayar. Wild camp park sahaja tapi berdekatan sumber air yang percuma di campsite yang ditutup pada hujung autumn.

"Waktu ini kita nak merasa pengalaman tidur rumah "Nobita", jarang jarang sekali hotel menjadi pilihan penginapan kami. Kebiasaannya Homestay/Campsite. Apabila kita duduk di rumah mereka, banyak yang dapat kita pelajari berkenaan budaya dan disiplin kehidupan mereka"

Foto dari kembara Jepun 2016

Tempatnya tiada dalam destinasi pelancongan di Slovenia tapi cantiknya masyaAllah. Ini baru jiwa traveler. Sebab itulah...kami tubuhkan movement RARECATION. Dah 4 tahun dah bermula dari PhotoCamp sehingga menjadi Rarecation. Memang gila-gila. Geng skema suka belaian hotel bintang banyak dan theraphy shopping sila jangan join kerana trip ini mesti tidak kena dengan jiwa anda. Tapi bagi jiwa yang suka tempat cantik, belajar dari masyarakat tempatan dan kutip segala jenis pelajaran semasa pengembaraan...kitalah tempatnya.

LIHAT KEMBARA RARECATION 2017 DISINI

665 views0 comments

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf