Search
  • farouqfakhri94

15 'RARE BUCKETLIST' DI MOROCCO - SPAIN BERSAMA RARECATION.



Anda pasti merasai satu pengalaman yang luar biasa dengan perjalanan selama 14 HARI 11 MALAM merentasi Andalusia dari MOROCCO KE SPAIN. Asimilasi budaya yang menjadikan perjalanan ini sungguh unik dan penuh warna warni.



1 : ‘CAMEL TREKKING’ DI SAHARA

Camel Trekking satu perkara wajib bila kita ke Morocco. Tak ramai yang sediakan pengalaman ini. Namun naik unta jadi No. 1 Bucketlist Rarecation bila dah sampai Sahara.

Ramai yang tanya. Boleh ke akak ni naik unta? Kang pengsan unta ni bila bawak akak. Kalau 20 tahun dulu mungkin la. Jangan runsing ye..unta ada absorber yang sangat powerful. Rekod setakat ni 140kg dia bawa sambil boleh senyum lagi.

This is RARE. Naik unta dekat sahara !!



2 : MASJID HASSAN II, CASABLANCA

Tak bermakna jejak kaki ke Casablanca jika tak singgah di Masjid Hassan II. Separuh dari binaan ‘Gem of Casablanca’ ini terletak atas lautan pasifik.

Masjid Hassan II merupakan masjid terbesar di Morocco dan mempunyai menara setinggi 210 meter merupakan yang tertinggi di dunia. Masjid ini mendapat sentuhan dari artisan terbaik senibina Islam.

Kehalusan, keunikan dan sentuhan tangan lebih 6000 professional pelbagai bidang. Binaan ini pasti membuat anda terpukau!



3 : DJEMAA EL FNAA, MARRAKECH

UNESCO mengisytiharkan Djemaa El Fnaa sebagai 'Masterpiece of World Heritage' pada 2001. Berdiri sejak kurun ke-11. Pasar yang menyajikan makanan tradisi, street performance dan pelbagai aksi haiwan eksotik seperti ular King Cobra dan monyet pasti menjadikan anda begitu asyik.

Menjelang senja semakin meriah. Bagi yang singgah di Marakesh wajib melepak di Djemaa El Fnaa sambil menikmati Moroccan Tajine dengan fresh orange. Sambil dengar persembahan muzik jalanan kaum Berber.

Dekat sini juga boleh tengok mereka main ular tedung selar macam main anak kucing je. Its like an 'live action opera'.



4 : AIT BEN HADDOU

Anda minat movie Games of Thrones. Kalau perasan Ait Ben Haddou ni la lokasi penggambaran movie tu. Malahan banyak lagi movie-movie Hollywood jadikan lokasi ini sebagai latar belakang cerita mereka.

Sebuah penempatan tradisional kaum asli Sahara. Dikelilingi oleh pagar tinggi dan menara kawalan di penjuru, juga dikenali sebagai Ksar.

Ksar Ait Ben Haddou merupakan definisi 'Earthen Architecture' yang masih tegak berdiri di Morocco. Dibina sepenuhnya dari tanah, kota ini merupakan perrsinggahan penting bagi laluan perdagangan tradisional antara Sudan ke Morocco. Sangat menarik !!



5 : TIZI N TICHKA - 7415 ft DARI ARAS LAUT

Perjalanan melalui jalan pergunungan menaiki mini bus di Morocco pasti mengujakan bila kita melalui Tizi n Tichka Pass.

Pengalaman melalui jalan yang tertinggi di laluan pergunungan Afrika Utara pasti mendebarkan. Jangan runsing, pemandu kita sangat berhemah dan takkan buat drift. Yang penting..pemandangan yang bakal dilalui takkan dapat di tempat lain. Pasti sesuatu yang sangat unik untuk kita lalui sepanjang kembara bersama Rarecation.


6 : SUNRISE & SUNSET DI SAHARA

Tak ramai yang dapat nikmati keindahan matahari terbenam dan terbit di Gurun Sahara. Setelah selesai camel trekking dan sampai di Desert Camp. Kita mendaki puncak bukit pasir. Masing-masing cari posisi terbaik.

Hayati singkatnya masa saat sang mentari nak terbenam dan terbit. Detik-detik indah ini, bagi yang betul menghayati boleh cair.

Bagi yang honeymoon. This is the best place untuk abadikan memori RARE anda berdua.



7 : TIDUR DALAM DESERT CAMP DI SAHARA

Sesudah tengok matahari terbenam, kita akan bermalam di khemah padang pasir. Sambil menikmati makan malam. Kita akan dihiburkan dengan alunan musik 'live' yang dimainkan oleh kaum Berber Sahara.

Jangan runsing tentang toilet ye. Rarecation memilih menggunakan perkhidmatan khemah yang ada 'inside toilet'. Tapi wet tissue masih tetap perkara wajib bawa.



8 : FES TRADITIONAL TANNERY

Melihat proses mewarna kulit kambing dan lembu yang masih dijalankan secara tradisional di Fes. Boleh lihat dari mula-mula proses sehingga jadi produk siap seperti bag, jaket dan pelbagai barangan kulit.

Selepas melihat semua proses terlibat. Pasti akan lebih hargai barangan kulit dengan harga yang berpatutan.


9 : CHEFCHAOUEN - THE BLUE CITY



10 : PUENTE NUEVO, RONDA SPAIN



11 : MOSQUE - CATHEDRAL OF CARDOBA



12 : AL HAMBRA GRANADA, SPAIN



13 : PERAH BUAH ZAITUN



14 : ROYAL PALACE MADRID



15 : LAWATAN BERNABEU STADIUM

157 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf