Search
  • akmalalamshah

15 gambar terbaik Iceland bersama Rarecation


Biasanya kalau tempat rare begini memang kita akan menjelajah dengan kereta berpandukan citarasa Malaysia. Kita akan golek sepuas-puasnya atas snow, dengan air terjun cantik, dan pemandangan yang menakjubkan… serius WOW!

Sebelum kita mula, apa yang anda nak tahu tentang negara Iceland? Pastilah yang terbayang di dalam fikiran anda adalah sebuah negara yang banyak ais kan umpama ais kacang. Sebenarnya negara Iceland tidak memiliki banyak ais cuma sebahagian sahaja yang ditutupi ais.


Namun negara ini memiliki keunikan dan kehebatannya yang tersendiri dan adakalanya tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan penulisan. Jum kita lihat foto foto yang menarik kat bawah.

Sweetnya lahai..gambar ni diambil oleh photographer kami yang awesome. Lumut hijau macam karpet ni bersepah di Iceland, selamba jer kita lepak sini buat macam ruang tamu sendiri.

Pemandangan matahari terbenam di sekitar Vogur Palm semasa perjalanan balik ke hotel. Semua peserta menikmati pemandangan sunset yang sangat cantik ini dan ada diantara mereka menyebutnya ''Golden Moment Sunset''

Tempat ni dipanggil Diamond Beach di Jokulsarlon ada lah antara tempat wajib dikunjungi kerana di sini terdapat banyak ketulan ais bergelimpangan di pantai menjadikan pantai ini unik. Tapi apa pun berhati-hati dengan ombak yang kuat nanti dimandikan ombak pula.

Perjalanan menaiki kenderaan 4x4 secara berkumpulan antara aktiviti paling di ingati dalam perjalanan kami. Sepanjang perjalanan pemandangan indah menemani kita. tasik-tasik umpama cermin seluas mata dan salji putih menanti untuk di jadikan ais kacang.

'' Mirror lake'' Stockholm yang terletak di selatan negara Iceland. Antara uniknya tempat ini ialah keadaan tasiknya yang cetek paras buku lali sahaja membolehkan anda turun ke dalam tasik untuk sesi bergambar tapi dengan syarat kasut mestilah waterproof ok. Jangan sampai-sampai nanti korang nak terjun. Haa...Hati-hati

Ini adalah fenomena paling utama para peserta untuk ke Iceland, untuk melihat sendiri Aurora Borealis dengan mata kepala mereka sendiri. Alhamdulillah syukur diberi peluang melihat sendiri fenomena Aurora Borealis atau Solar Storm ini.

Haa dah sampai sini takkan tengok je kan, ambil gambar la apa lagi. Ini bangkai kapal terbang dari Navy US Army pada tahun 1973. Tiada nyawa terkorban yang berlaku. Dan sampai sekarang bangkai ini sekarang jadi salah satu tourist spot.

Ini antara air terjun yang terbesar di Iceland Gullfoss Waterfall dan menjadi tumpuan bagi pengunjung. Airnya yang kehijauan dan sedikit diliputi sajli antara tarikan kepada para pengunjung.


Kat iceland ni lah korang akan jumpa kuda dan kambing yang sentiasa temani anda jika ada yang penat boleh cuba naik kuda iceland yang comel dan mesra alam umpama kucing comel.


Ini lah salah satu perangai kami, kalau nampak benda cantik kami akan berhenti layan pemandangan dulu, lepas dah shoot beberapa keping gambar barulah kami meneruskan perjalanan semula.


Dengan rarecation ni, ada juga yang datang secara solo dan ada juga yang datang secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menikmati kebebasan melihat syurga dunia yang tiada tandingan di tempat lain.



OKAY LAST LAST…SEMUA NAK TENGOK AURORA sebab tu ramai yang minat nak pergi ke Iceland. Aurora ni ialah reaksi bumi kepada solar storm yang kemudian ditampan oleh daya geomagnetism bumi supaya kesan radiasi solar itu tidak terkena manusia. Sebab itu dia keluar plasma-plasma berwarna hijau menari-nari di atas langit kita. Kalau datang masa summer, ada nasib kita akan jumpa…


Macammana? Jum sertai kami.

https://www.rarecation.com/pakejiceland


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf