Search
  • akmalalamshah

Impian lebur. 120 orang terkandas di KLIA.

Updated: Feb 12, 2019



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang sekumpulan pelancong ditipu dengan sebuah syarikat agensi sebanyak RM810,000.


Impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur seleas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin dipercayai akibat ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.


Kesemua mangsa yang tiba dari negeri di utara dan selatan tanah air turut mengalami kerugian lebih RM810,000 selepas dimaklumkan nama mereka tiada nama senarai penumpang untuk pener­bangan ke Turki, Paris serta Santorini.


Selain itu, tiada wakil agensi pelancongan ber­kenaan di lokasi sebalik­nya rata-rata mereka yang menunggu sejak tengah hari telah menerima panggilan pada pukul 9.35 malam daripada agensi itu memaklumkan pe­nerbangan mereka dibatalkan.


Sumber : KOSMO


SCAM ATAU MISSMANAGEMENT ?


Dari pemerhatian kami, syarikat yang menguruskan ini bukanlah syarikat baru dan mempunyai review yang agak baik pada tahun tahun sebelumnya. Dengan 390,000 likers di FB dan pakej yang lebih murah dari pasaran, ramai yang memilih syarikat ini.


Namun review pada beberapa bulan terbaru ini menunjukkan berlaku kerap trip cancellation, dan yang paling teruk apabila kes terkini lebih 120 individu terkena.


Kini FB mereka sedang di serang


Berita ni sangat mengejutkan, sebagai salah satu pengusaha di dalam industri yang sama juga, kami harapkan syarikat ini dan semua yang terlibat akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik.


Jadi bagaimana nak mengelakkan dari ditipu ? Baca tips kami ini :

8 TIPS NAK KENAL TRAVEL COMPANY MENIPU.




4,384 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf