Search
  • farouqfakhri94

12 PERKARA TAK BOLEH MISS BILA KE JEPUN.



Ini perkara kalau anda ke Jepun WAJIB cari. Rasai, alami dan tengok sendiri. Jangan dah balik Malaysia, dengar kawan cerita pasti anda menyesal.



1. VENDING MACHINE

Mana-mana negara kita pergi pasti ada vending machine. Tapi agak berlainan di Jepun kerana vending machine bukan sahaja untuk minuman sejuk dan panas. Anda boleh beli banyak benda pakai vending machine. Antaranya komik, payung, kereta mainan, telur, sushi dan banyak lagi. Vending machines are everywhere almost wherever you look - mesti ada. Kat kampung kampung pun selamba je berderet mesin mesin ni belakang rumah diorang.

Lebih kurang 5.5 juta vending machines yang ada di Jepun sekarang - by ratio, satu vending machine untuk setiap 23 orang rakyat Jepun. Banyak kan? Ni tempat wajib beli air 'gedegang' untuk habiskan coin sebelum balik Malaysia.




2. SINK + TOILET

Satu inovasi yang sangat menarik mula diperkenalkan di Jepun sejak 1956. Air yang akan masuk ke dalam tangki pam toilet dalam saluran tap untuk basuh tangan dulu. Setiap kali lepas melepaskan hajat, tinggal pusing belakang terus basuh tangan. Air jimat, jimat space dan sangat praktikal untuk semua. Inovasi toilet di Jepun memang pelbagai. Yang ni antara the simplest but brilliant.




3. PENUTUP MANHOLE ARTISTIK

Ada lebih 6000 design penutup manhole tepi jalan diseluruh Japan yang direka dengan visual yang sangat menarik. Bukan sikit sikit seni orang Jepun sampai manhole pun diorang pay great attention and details. Bila lalu buat kita tertunduk untuk tengok atau ambil gambar. Antara perkara menarik untuk buat koleksi gambar bila ke Jepun. Manhole berbeza ikut setiap region dan prefecture. Dan ni juga antara sebab Rarecation suka jalan kaki bila mengembara di Jepun. Banyak benda kita boleh teroka dan experience like locals do.




4. TOILET

Semua yang ke Jepun pasti rindukan toilet sepanjang di sana. Sampai je airport KL mesti kemurungan melanda. Public toilet siap ada seat warmer dan bidet jadi majoriti handsfree je pun boleh selesai bersuci. Tapi kita orang melayu ni, tak lari mesti nak juga pakai tangan. Sesetengah toilet di shopping mall, ada sediakan butang privacy. Kot ada yang segan dengan orang sebelah, boleh tekan button dan ada ambience speaker untuk cover bunyi 'projek' kita. Choose your own water pressure and temperature, ah, selesa ikut kita pendek ceritanya. Ada toilet siap buka penutup secara automatik. Macam masuk toilet ada yang sambut and say 'Hai'.




5. KEDAI 100 YEN

Lebih 5000 kedai 100 Yen di seluruh Jepun. Hampir semua barang dijual dengan harga 100 Yen (RM3.60). Kedai ni ala-ala kedai RM2 di Malaysia tapi mempunyai produk yang lebih berkualiti. Daiso, Seria, Can Do merupakan nama besar di Jepun. Kadang kadang bila masuk sini tak perasan dah berjam lamanya sebab belek belek barang 'Made In Japan' ni ralit sangat. Takleh miss masuk kedai macam ni dan tengok hasil pembuatan mereka yang selalunya kita tak terfikir pun perlu ada. Orang Jepun famous dengan kerja yang kreatif, teliti dan kemas.

Tambahan pula golden rule mereka adalah, "Treat others as they would like to be treated". Jadi mereka suka invent barang barang yang menyenangkan kehidupan orang. Anda akan amaze dengan their attention to details. And yes, save more yen for fresh sashimi later when you buy your souvenirs here.




6. CAPSULE HOTEL

Hotel kapsul atau dikenali juga sebagai ‘Pod Hotel’ menyediakan keperluan asas untuk menginap. Ada tilam, TV dan locker peyimpanan barang. Lokasi hotel kapsul biasanya terletak di tengah kota. Keperluan basics termasuklah lampu tidur peribadi dan soket untuk mengecas tapi part yang best, mesti ada tirai untuk privasi. Untuk tidur semalam, why not, for the sake of experience - satu bilik boleh sampai 24 orang kadang kadang tu. Tapi kita tak suggest untuk claustrophobics ye! Pengsan nanti.




7. SAMURAI / NINJA EXPERIENCE

Ni memang takleh lari dari imej Jepun. Ingat ninja je mesti terbayang baju hitam dengan pedang berkilat 2 hasta diorang tu. Rambut kena panjang bertocang. Pastu boleh panjat bumbung rumah sekelip mata. Pahlawan jepun ni bukan mitos ye. Dan ada beza antara samurai dan ninja. Tak sama tau. Ada nama nama besar clan mereka seperti Iga dan Koga, dan traits ni selalunya bersambung dalam family.

Nak tahu sejarah lanjut boleh cari perkampungan samurai di Jepun, antara yang masih dipelihara sehingga kini adalah di Kakunodate Bukeyashiki di Akita - antara spot wajib kita dalam Rarecation Rentas Jepun. Kalau Akita jauh sangat, boleh ke Toei Kyoto Studio Park untuk replica Edo period punya rumah sambil ada samurai show untuk korang ambil gambar. Tapi sini yang for fun punya experience la, still okay dari takde. Dah sampai Jepun takkan tak pergi kan kan.




8. MOUNT FUJI

Ikon paling agung bukan untuk pelancong je. Rakyat Jepun pun tak pernah puas tengok Gunung Fuji ni sendiri. Kalau kita pergi time winter, insyaAllah boleh tengok puas puas sebab selalunya langit clear kemain takde awan. Tapi tulah masalahnya, Fujisan ni pemalu sangat. Most of the time it will be covered with clouds and itulah buat pelancong depress semacam. Sebab nak datang tengok bukan dekat kalau dari Tokyo. Naik tren atau bas je dah dekat dua jam.

Tapi worry not, sebab ada banyak spots kita boleh tengok dari sekitar Tokyo kalau cuaca menyebelahi kita. Dari Kamakura boleh nampak Fuji dengan view laut. Dari Yokohama pun boleh nampak a small glimpse of Fuji di balik bangunan metropolitan yang gah. Kalau nasib baik pun boleh nampak Fujiyama dari Tokyo Metropolitan Government Building. Cuaca ni memang susah kita nak predict jadi siapkan plan B dan C ye.




9. PUBLIC TRANSPORT

Semua orang tau dah kalau train system in Japan memang antara the best in the world. Sebelum ni pun pernah viral syarikat keretapi Jepun meminta maaf kepada penumpang sebab tren bergerak 20 saat awal dari time sebenar. 20 saat je gais. Jadi biasa kita memang try naik tren dia - name it local train, metro, subway mahupun shinkansen - 99.99% mesti on time kecuali dia tulis slight delay. Itupun ada alasan tertentu dia notify on display.

Tapi why not, try naik bas dia pulak. Punctual bukan ikut jadual 8.00 pagi. Next bas 8.30 pagi. Ni schedule 8.09 - 8.21 - 8.37. Semua on time. Lepas tu dalam bas akan announce setiap nama stop jadi jangan gusar taktau nak berhenti kat mana. Kalau bas dalam bandar tu, biasa ada pengumuman dalam English. Kalau yang luar bandar tu biasanya driver yang akan cakap sendiri pakai mic. Jangan terkejut pemandu bas semua pakai smart neck tie siap topi ala pilot.




10. FOOD

Ah. Bab paling takleh miss. Jangan merantau jauh bawa bekal makanan satu beg then hari hari makan lauk serunding dan sambal bilis. You have to try their food! Tapi untuk muslim kena ada extra caution la ye. Sekarang pun Japanese dah start mempunyai kesedaran yang tinggi tentang food restrictions especially when it comes to muslims. Jadi kedai kedai makan halal mula bercambah dan pilihan semakin banyak serta bakal menggemukkan! Although we have to warn, harga makanan halal obviously lagi slightly mahal dalam RM40-90 per meal tapi when it comes to presentations and flavours, susah ooo nak komplen why you pay such price. Memang berbaloi.

Carilah yakiniku wagyu di Asakusa. Ramen meleleh peluh di Kyoto. Takoyaki gemuk bulat bulat di Osaka. Dan tendon terbaik di Ginza. Experience how they cook them in front of you. Dan pulanglah dengan penuh kegembiraan kerana makanan Jepun memang takkan menghampakan.




11. WATCH THE ATTITUDE

Sikap orang Jepun memang boleh dikagumi. Go walk on the street. Dari kampung ke bandar bandar besar. Susah untuk kita jumpa sampah di jalanan, orang bercakap kuat dalam tren, tak beratur masa nak naik escalator - pendek kata they are living the rules to the max. Kalau ada yang langgar tu, samada pelancong luar atau dia tengah mabuk. Sebab tu negara ni kadar jenayah antara paling rendah di dunia.

Disiplin level untuk orang Jepun memang susah kita nak brain. Bayangkan pukul 2 pagi takde kenderaan pun, pejalan kaki masih lagi tunggu lampu hijau untuk melintas jalan. Kalau nak pergi toilet ketika duduk di restoran, its okay to leave your iPhone and Prada on the table. Takde orang akan usik. You have to see it to believe it.




12. TRAVEL RARE

Travel like locals. Menapaklah sampai 10km sehari, bagi mereka perkara ni normal. Guna semua jenis pengangkutan awam. Dari subway, bas ekspress, bas lompt-lompat, shinkansen (kalau boleh Nozomi Osaka - Tokyo) dan tak lupa kayuh basikal di Japan. Baru dapat rasa betapa efektif public transports di Jepun. Tapi kena betul-betul perhati, jangan sampai salah tren dan platform. 1 stesyen besar boleh sampai 15 line tren dan tambahan ada lagi 15 exit. Salah keluar exit memang kena tawaf la jawabnya.

It can get intimidating at first, sesat pun perkara wajib rasa - tapi bila kita jalan like locals ni baru dapat perhati lifestyle dan tahu banyak benda lagi. Memang kalau dapat kenderaan yang pick up dari hotel hantar sampai muka pintu tempat yang dituju tu selesa sangat dah - tapi tujuan kita mengembara sebab nak belajar benda baru. Jadi bila kita cuba different modes of transportations, kita akan dapat lagi banyak pengalaman. Itu yang buat kenangan berjalan tu lagi best dan meriah.

87 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf