Search
  • akmalalamshah

100 tahun lagi baru boleh pergi Haji ?



Kisahnya begini, semalam seorang sahabat saya pergi ke TH untuk daftar urusan haji anaknya. Bila dapat surat 'booking' rupanya anak dia kena beratur tunggu giliran naik haji lagi 115 tahun.


Betul ke sampai macam tu sekali?


Untuk pengetahuan semua kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1440H/2019M tahun ni sahaja adalah seramai 30,200 orang.


Jumlah pendaftaran haji yang tengah menunggu sahaja sudah mencecah lebih 2.9 juta orang sehingga 28 Feb 2018 lalu, sekaligus menjadikan tempoh menunggu giliran bagi pendaftaran baru meningkat kepada 106 tahun setahun yang lepas.


Kalau kita pergi Tabung Haji pagi ni, dah naik lagi. Sampai kena tunggu lagi 115 tahun. Bermakna jumlah pertambahan pendaftar haji hari ni dah lebih dari 3 juta orang hingga peningkatan tempoh menunggu bertambah lagi 9 tahun dalam tempoh setahun ini saja.


Suasana ketika solat asar di Masjidil Haram

Harga bayaran kos tunai Haji terkini tahun 2019.


Untuk makluman dan sebagai persediaan diri, kos atau bayaran menunaikan haji pada tahun 2019M/1440 H adalah sebanyak RM 9980 seperti sebelumnya bagi setiap jemaah. Walaupun berlakunya kenaikan kos tunai haji, namun kos tetap dikekalkan seperti sebelumnya bagi setiap jemaah haji Malaysia.


Kos sebenar bayaran haji tahun 2019 bagi bakal haji yang menunaikan haji buat kali pertama dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM 22,450. Namun itu, pihak TH tetap teruskan subsidi sebanyak RM 12,470 setiap seorang.


Mereka datang dari seluruh dunia namun tujuan mereka satu, untuk pengabdian kepada Allah.

Pandangan saya, untuk kita menunaikan Haji dari segi kemampuan sebenarnya sudah mampu dari segi dana dan tabungan. Isu yang menyebabkan ramai 'tergendala' adalah isu kuota sahaja yang tengah 'menggila'.


Kita semua kena pakat faham, berhubung kuota haji untuk 2019 adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 1978 di Amman, Jordan telah memutuskan bahawa Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara hanyalah pada kadar 0.1 peratus. Sikit saja sebenarnya, bukan banyak mana pun.


Jumlah itu dikira berdasarkan penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Itulah peratus jumlah yang nak masuk ke Mekah setiap tahun musim haji dari seluruh dunia.


Jangan pandang diri lebih mulia, mungkin doa orang yang kita pandang hina itu lebih dekat dengan Allah

Nasihat saya, jangan runsing dulu. Buat dulu yang wajib satu persatu. Tartil orang kata. Mana yang dah mampu jalan dulu. Umrah tak perlukam kuota. Itu yang bagusnya.


Haji adalah satu kewajipan bagi yang mampu dan umrah juga jatuh hukum wajib bagi mereka yang dah cukup duit simpanan dan berkemampuan kalau sihat tubuh badan.


Kalau tengok kos Haji kali pertama RM9980 tu, lebih kurang sahaja dengan kos nak pergi umrah malah lebih murah. Pakej umrah kalau pergi dengan saya baru RM6990 bagi bulan Mac ni. Kalau pergi semasa musim sejuk harganya boleh pergi sekitar RM7490. Masih dalam kemampuan sebenarnya.


Kalau nak tunggu haji, kita yang dah tua bangka ni kalau belum daftar haji lagi, rasa-agaknya bila tahun pulak dijangka tu ya?


Di dalam Umrah Rarecation, setiap orang di anggap sebagai 1 keluarga. Di dalam foto anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin membantu ayah salah seorang peserta yang uzur untuk menaiki bas

Gais, kalau duit dah cukup. Umur pun muda lagi. Tenaga masih ada jangan tunggu lama-lama, pergilah dulu buat umrah. Manfaat masa yang Allah berikan dengan nikmat yang dah dimudahkan. Pederas dulu buat dengan ilmu sampai kita jelas hakikat ibadah dan sains di sebalik ritual Haji.


Lagipun kita berpenat lelah bersabung nyawa siang malam cari duit, kumpul harta bagai tujuannya nak dijadikan modal untuk sucikan harta dan diri kita di sana juga. Nak pula kalau ada rezeki lebih bawa keluarga, anak-anak dan makbapak. Lagilah seronok.


Kalau rasa dah bersedia jangan segan-segan nak cari saya. Kita boleh pergi sekali, dalami sains di sebalik umrah baik ritual mahupun aktual. Belajar bersungguh-sungguh dan tanamkan impian untuk balik nanti kita mampu jadi insan yang lebih baik dengan kefahaman Kitab dan sunnah di dada.


Tidak ada jemaah yang di tinggalkan, pengisian terus menerus dari Ustaz Shauqi sepanjang perjalanan Umrah, walaupun di atas Gua Hira sekalipun banyak pengisian yang akan di kongsikan

Untuk anak-anak kita, itu rezeki mereka untuk tunaikan Haji. Tanggungjawab kita bantu mereka dengan daftar dahulu supaya memudahkan proses dan jalan untuk mereka menjadi tetamu Allah. Bagi kita sebagai ibubapa, carilah juga jalan untuk sampai ke sana sebelum 100 tahun mendatang.


Tak banyak mana pun jika kita berjimat dan menabung dari sekarang. Buat buku baru RM10, cukup duit dalam akaun RM1300 dah boleh daftar haji. Yang penting mula dari hari ini dan istiqomah menyimpan insha Allah dipermudahkan.


Semoga kita semua dijemput Allah menjadi tetamuNya satu hari nanti. Simpan azam dan doa banyak-banyak dengan usaha dan tawakkal untuk sampai ke Tanah Suci Mekah.

Sila share dan tag ahli keluarga dan kawan-kawan yang dah cukup syarat. Follow rapat untuk perkongsian menarik tentang umrah, baitulmaqdis dan pengalaman saya sebagai pelayan tetamu Allah di channel telegram t.me/notamutawifrare


Salam Jumaat,


Shauqi Hasan Mutawif Rare.


IKLAN

Pengembaraan Umrah Terbaik!!!

Pengembaraan teragung di Tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Tekan pada fofo ini untuk makluman lanjut atau hubungi 019 253 6474 (Ustaz Shauqi) :




942 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf