Search
  • farouqfakhri94

10 TIPS DI TURKEY YANG TIDAK DISUKAI SYARIKAT TRAVEL.



Turkey tempat cantik & murah tapi boleh jadi sangat MAHAL. Kita pula jadi mangsa "sembelih harga" yg dahsyat. Nak ke Turkey, perlu kenali orang dan budayanya dahulu supaya pengembaraan kita tidak menjadi satu "penyembelihan". Bayar pakej RM4000 tapi kena "sembelih" sampai beribu-riban.



10. HALF-BOARD ATAU FULL-BOARD? Tips ini paling menarik. Sepanjang pengalaman kami bawa trip ke Turkey, traveler kita cuma makan habis bila betul-betul kelaparan ataupun hari pertama baru sampai. Makanan Turkey sangat plain berbanding makanan Melayu. Banyak pembaziran berlaku bila makanan yg disediakan tidak dimakan. Bila dah FULL BOARD, kita perlu sit-in untuk makan. Biasanya akan memakan masa terutama ketika makan tengahari. Sedangkan kita sedang dalam percutian dan nak buat banyak explorasi tempat-tempat cantik lagi. The best is QUICK GRAB dari mana-mana yang ada. MAHAL? Tak..jika harga Turkey jauh lebih mahal dari Malaysia, bermakna anda dah kena temberang. Makanan di Turkey murah. Saranan kami, ambil half-board dan makan sekadarnya sahaja tengahari. Pagi sudah makan di hotel. Malam juga satu pilihan menarik sebenarnya. Ramai trip kami dulu yang full-board last-last makanan terbuang kerana malam-malam semua nak berjalan cari makanan yang mereka suka di jalan-jalan di tengah bandaraya. Rugi kan kalau dah full board. Yang dibazirkan tak makan tu sebenarnya telah pun dibayar. Kalau standard orang Melayu makan makanan Turkish, rasanya lepas hari ke-3 semua dah rasa nak balik. Sup ayam yang diberipun boleh pula berperisa seperti ubat gigi Colgate. Rarecation go half-board biasanya. Tapi makan memang dari makanan Melayu, makanan Yemen, makanan western, makanan Thailand dan macam-macam lagi boleh cuba...DAN TAK MAHAL PUN.



9. JANGAN SHOPPING TEMPAT YG SYARIKAT TRAVEL BAWA ANDA. Kenapa? Biasanya pakej-pakej harga ASAS seperti kalau di Malaysia, harga macam RM4500 untuk 8H7M mengambil margin yang terlalu tipis. Mereka perlukan supplement dengan shopping di tempat-tempat yang syarikat travel akan dapat komisyen setinggi 40% dari apa yang anda semua belanjakan. Biasanya mereka katakan ia seperti FACTORY OUTLET. Entah tengah-tengah tempat jin bertendang dia bawa kita ada bangunan yang tidak ada orang lain selain semua bas-bas pelancong sahaja yang menyinggah. Dari jual porcelain, karpet, jewellery, barangan kulit dan macam-macam lagi. Kami biasa akan advice traveler kami NOT TO SHOP dan sekadar tunjukkan minat. Setiap shopping stop hanya 30 minit dan paling lama 45 minit. Harganya bukan murah. Sekeping karpet sebesar sejadahpun boleh berharga USD700 tetapi bila sampai Istanbul di kawasan Sultanahmet, kedai-kedai karpet jual karpet yang dikatakan sulam tangan juga dengan harga 400 Lira. Jauh sangat lari tu. Itu belum cerita mereka claim beg tangan kulit mereka buat untuk Prada dan Gucci dan kita beli terus dari kilang dengan harga USD2000 tetapi di Grand Bazaar design salin tak tumpah, harganya cuma 500 Lira. Apapun, undang-undang tourism mereka di Turkey mewajibkan kita pergi juga shopping begitu. Jika tak mahu shopping boleh juga, sedia sahaja bayar extra dalam RM800 setiap orang kerana tidak mahu singgah shopping tempat mereka bawa. Nak tahu murah dan bagus nak shopping, kita akan lihat orang tempatan juga shopping di situ. Jika semua bas pelancongan, itu bukan tempat shopping tapi sebenarnya "Rumah Sembelih" lebih tepatnya. Point ni, travel company akan marah kita expose tips ini. Tapi tak mengapa, kerana Rarecation bukan agensi pelancongan tetapi KAMI JUGA PENGEMBARA seperti anda.



8. TANYA HARGA DULU BARU MAKAN. Banyak tempat makan dari street food sampailah restoran yang nampak agak ada kelas sikit tidak terlepas dalam usaha untuk memerangkap orang-orang baik dan lurus macam anda dan kami. Jangan singgah tempat yang tiada tanda harga kerana harganya boleh jadi lagi mahal dari kita makan Truffle di Burj Khalifa Dubai atau kita makan gulai jongkong emas 999.9. Hati-hati juga bila makan dengan tanda harga. Bila order, kena tanya kadang mereka hantar condiment atau macam sos buat cicah makanan adakah inclusive atau mereka akan caj. Tak masuk akal bila ada yang order family set makan 150 Lira bila nak bayar dah jadi 300 Lira. Saja jer dia caj sos, mayonese dll condiment yang dia hidang sekali dgn menu utama. Tak order pun benda tu, mana nak tahu bila dia datang sekali yang itu kena caj lain. Ini boleh mendatangkan marah. Hati-hatilah ye semua. Turkish tidaklah penipu sangat tetapi mereka mengambil kesempatan di atas jalan yang benar tetapi samar. Dah dari mula tak ada harga, memanglah dah makan letak harga Ferrari pun kita tak boleh cakap apa. Lagi satu, kadang-kadang hari ni datang harga lain, esok datang harga lain. Tapi bila kita travel, biasanya kita dah kenal dan ada trusted restoran dah dan tidak foodscouting lagi dan tertipah lagi.



7. DI ISTANBUL, TINGGAL DI KAWASAN SULTANAHMET. MAHAL SEDIKIT TAPI BERBALOI. Ada ratusan hotel dari yang paling mewah sampai yang biasa-biasa. Kenapa? Kerana KEBIASAAN PAKEJ asas akan hantar kita duduk di hotel yang jauh di pedalaman dan jauh sangat dari bandar. Walaupun mereka beri 5 stars hotel tetapi kalau dah jauh dari tempat menarik, susahlah. Kalau bas tak ambil, mati kutu lah kita. Teksi pun susah nak nyinggah. Btw, jangan percaya sangat rating HOTEL BERBINTANG-BINTANG yang disediakan oleh syarikat pelancongan Turkey. Kerana mereka membuat hotel sendiri di kalangan pengusaha dan mereka sendiri berikan rating itu. Sebab itu selalunya, rating 5 bintang mereka sama macam hotel 3 bintang di dalam bandar. Mahal sikit tak mengapa kerana semuanya walking distance. Bukan sekadar walking boleh sampai, bergolek-golek pun boleh sampai. Ayasofya, Topkapi Palace, Bluemosque semua tu dekat-dekat sahaja boleh jalan kaki. Pulak tu, dekat dengan semua jenis makanan dan shopping bagi mereka yang jenis tidur lambat. Rugilah pergi Turkey dan duduk hotel best tetapi hotelnya kat ceruk mana bukit ntah. Kita jalan tempat orang nak tengok tempat orang, bukan nak orang bawa kita pergi tempat yg memberi pulangan kepada mereka. Kan?



6. GUNAKAN DOMESTIC FLIGHT


Kerana Turkey lebih 10 kali ganda lagi besar dari Malaysia kot. Biasa pakej asas murah-murah 8H7M akan spend masa seperti berikut :

8H7M 1 Hari - Istanbul - Cappadocia (12 jam) 1 Hari - Cappadocia - Pammukale (10 jam) 1 Hari - Pammukale - Bursa - Istanbul (Banyak jam lah) 8 hari tolak 3 hari atas bas dan 2 hari ketibaan dan perlepasan balik, betul-betul solid ada dalam 3 hari. Pergi jauh-jauh cuma dapat 3 hari sahaja. Rugi. Memanglah jalan darat boleh nampak pemandangan tetapi kebanyakannya naik bas sahaja terus lelap sampai lapar. Elok spend lebih kepada pakej intermediate biasa dalam range pakej RM6500-8000. Yang ini biasanya guna domestic flight. Ada juga naik bas tapi setakat 4 jam distance should be ok lagi. Nak buat macam mana, dah Turkey tu besar. Selesa pun selesa. Pagi boleh jalan-jalan di Istanbul. Lepas tu pergi airport berlepas terus landing di Cappdocia. Dari 12 jam naik bas, jadi cuma 1 jam sahaja flight. Ok lah tu kan. Ramai orang ambil pakej murah, in the end terasa tak berapa berbaloi. Apa kata spend lebih sedikit tapi kita enjoy lebih dan in the end...value for money. Kalau mungkin bajet tidak tinggi, advice kami mungkin boleh cuba destinasi lain yang sesuai dengan bajet seperti Korea, India, South East Asia...yang penting, relaxing dan puas hati. Jika nak ke Turkey, pastikan we have ENOUGH day to explore. Bukan dari 8 hari...3 hari solid sahaja kita dapat berjalan. Yang lain semua on the road. Kesian.



5. FREE & EASY JANGAN GUNA BAS PELANCONG TAPI GUNA PUBLIC TRANSPORT. Kita pergi tempat orang, kita nak merasalah sekali sekala travel macam orang tempatan, makan macam orang tempatan, tinggal di tempat dekat dengan orang tempatan, solat dengan orang tempatan. Takdelah bosan jer yang kita nampak tempat tourist attraction, bas pelancong dan hotel dan MUKA GUIDE yang kadangkala tak semenggah pun. Ok, Istanbulkart boleh topup di semua vending machine. Tak perlu beli Istanbulkart kat kedai biasa dia caj sampai 10 Lira. Padahal boleh beli kat vending machine jer murah. Setiap ride public transport tak kira bas atau tram atau Metro dikira 2.40 Lira. Kalau tren tukar 2 kali bermakna 2.40 Lira x 2. Murah sahaja. Kalau lebih dari 3 orang dan kurang dari 5. Naik teksi jer pun murah. Tapi pastikan...Uncle uncle teksi pasang meter ok.

Mereka juga pandai "sembelih" orang dengan harga confirm mati punya. Spoil mood kita nanti.



4. PAKAI BAJU RAYA DAN TRAVEL DENGAN ORANG PANDAI AMBIL GAMBAR. Travel dengan fotografi berpisah tiada. Sebab itu, kalau travel dengan Rarecation memang SEMUA TOUR LEADER / KAPTEN trip kita adalah PROFESSIONAL PHOTOGRAPHER. Gambar memang merecik. Kenapa pakai baju raya? Kerana di Turkey banyak masjid cantik dan background cantik. Pakailah baju raya boleh juga buat stock gambar kad raya nanti kan. Bakal-bakal mentua tengokpun sejuk jerrr mata. Tak betul ke?



3. WANITA TURKEY SUKA LELAKI MELAYU. Ini fakta bukan auta. Comel-comel semuanya. Jika jodoh anda tidak diketemu di Malaysia, mengapa tidak mencuba di sini. Mungkin rusuk kamu yang satu itu semasa kamu diturunkan roh mu ke bumi, ia terjatuh di bumi Turkey lalu menjadi gadis Turkey. Apapun itu alasan sahaja. Layan mereka dengan sopan dan mereka amat mudah menerima orang kulit hangus macam kita ni jadi jodoh mereka. Kita di Malaysia, kalau taste muka putih putih mulus dan kita pula jenis kulit hangus, memang selalulah kena reject. Tapi itulah dunia, yang kulit hangus suka yang putih melepak. Yang putih melepak suka pula yang hangus-hangus. Kapten Saiful Nang, kapten pertama yang bawa trip ke Turkey utk Rarecation masih hafal khutbah nikah. Kalau nak dia nikahkan sekalipun boleh. Kepada yang dah berkahwin, simpanlah dulu angan-angan ni ye. Kepada Si Isteri, curigailah suami yang nak ke Turkey sendirian. Mungkin beliau akan pulang bersama MADU ASLI.



2. MAIN SNOW DI TURKEY SEMASA DISEMBER Tak banyak tempat turun snow lagi di kawasan pedalaman Turkey. Istanbul lagilah paling rare turun snow. Tapi, jika salji tak turun-turun masa anda ada di sana. Make a short trip to Bursa dan beli tiket cable car dan naiklah ke Uludag. Di situ, PASTI ADA SNOW semasa Disember. Tak percaya tengok gambar ni. Ini kita ambil masa 2 Disember ni. Dah ada snow lebat macam ni. Budak-budaklah happy. Tapi kalau tengok video kami di Turkey dalam timeline FB ni, kita akan keliru mana satu budak dan mana satu emaknya. Kerana emaknya lagi excited berguling-guling atas snow.



1. JANGAN AMBIL BELON PANAS DENGAN TOUR GUIDE KERANA MEREKA BAKAL MENYEMBELIH ANDA JUGA. Standard 1 jam flight belon panas untuk 20 orang per bucket ialah 200 Euro. WOWW!! betul...dalam EURO. Kadang-kadang dalam USD. 200 EURO atau kadangkala 250 USD. Orang yang tak tahu...main bayar sahaja. Yang tak mampu bayar, terpaksalah pasrah melihat rakan-rakan mereka ke udara dan mereka di darat sahaja. TAHUKAH ANDA, Rarecation bagi kepada traveler kami semua 95 Euro sahaja. Itupun dah ada mark-up sikit untuk cover crew photography dan video kita naik sekali ikut belon. Kalau tak, siapa nak ambil gambar lawa-lawa? Jangan risau, pakejnya tak kurang apapun. Tapi senyap-senyap bila guide tanya, cakap jer not interested. Esok pagi-pagi van sampai ambil kita, jangan sampai ketahuan dengan guide. Kalau ketahuan, dia tak boleh buat apapun cuma dia akan tak happy kerana itu juga sebahagian dari income mereka. Tapi melampau sangat banyaknya.

Kita banyak lagi benda nak beli, kalau boleh jimat kenapa kita bayar lebih. Betul kan?

OK, kalau dah baca sampai sini. Ini dah hujung post. Jika rasa berguna. Sila SHARE tapi mohon LIKE dulu. Day to day kita akan share lagi banyak TIPS TRAVEL. Anda boleh jer pergi sendiri ke Turkey dan bahagia. Tapi kalau nak berkawan, join sahaja trip Rarecation.

Memang akan jadi "masuk air" sikit nanti. Tengok video kita ke Turkey, boleh lihat severe mana mereka.

65 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf