Search
  • akmalalamshah

10 tips bila travel di turki

Updated: Apr 9, 2019



Jangan ke Turki kalau belum baca 10 tips ini. Tips ada pada setiap foto, jangan malas malas, baca sampai habis lepas tu macam biasa jangan lupa share.

HATI - HATI DENGAN HARGA


Orang Turkey banyak "tukang sembelih". Hati-hati dengan kedai makan ataupun kedai yang tidak meletak tanda harga. Kerana mereka akan sembelih kebanyakan tourist yang datang. Masuk restoran pun kalau ada tanda harga pada menu tapi pada minuman tiada tandaharga, maka tanyalah dahulu harga minuman itu kerana harga minuman boleh jadi lebih mahal dari steak yang dimakan. Tapi masa tu dah tak boleh nak argue kerana kita dah minum.

LAYANAN KASAR


Orang Turkey sangat kasar. Bergantung kepada mereka melayani kita. Jika mereka dah layan kasar, kita juga kena bargain secara kasar (dan mereka ok sebenarnya). Kalau dia bargain secara baik, maka baiklah kita bargain. Yang pantang bila dia rendahkan suara, kita pula yang tinggikan suara.

MUSTAFA KAMAL ATATURK


Jangan mengejek atau mengkritik apa-apapun tentang Ataturk kerana ikon ini ialah ikon negarawan mereka sepertimana Tunku Abdul Rahman. Juga tidak boleh mengejek dan mengkritik mahupun memain-mainkan bendera mereka, tentera dan kerajaan sekarang ini kerana itu bertentangan dengan undang-undang. Anda boleh didakwa dan rakan sebilik anda akan dapat single room selepas itu.


MATAWANG


Banyak kedai-kedai guna dan terima USD tapi berurusniagalah dalam Lira. Kalau mereka bagi dalam USD, tanyakan dalam Lira. Lepas tu bila kita kira biasanya kita akan untung lebih banyak bayar pakai Lira.

HAND GESTURE

Kalau OK jangan buat jari macam diatas : kerana ini bermaksud yang tak elok dalam budaya orang Turkey.

PERAMAH


Orang Turkey peramah, kena selalu menyapa nanti baru nampak mereka peramah. Kalau tak, dia macam sombong jer perasan lawa. Yang bujang boleh cari calon di sana kerana memang taste orang sana memang kulit hangus-hangus macam kita. Mereka lagi teruja tengok kulit jawa dan hidung terpesek dari yang mancung dan putih melepak.

TIPPING


Turkey is not Britishlike but Americanlike in term of tipping. Some good services in the restaurant expecting tipping. Not much, seperti rate GST Malaysia untuk panduan. Kalau makan kena 50 lira, bagi jer lah 4-5 lira sebagai tips. Tapi kalau mereka langsi sangat...tak payahlah bagi.

FOTO ORANG TUA


Jangan ambil gambar orang-orang tua terutamanya tanpa izin. Sebahagian tak marah tapi sebahagian akan marah kerana kepercayaan kuno mereka kamera ini macam ada evil eyes yang saya sendiri tak faham kenapa nak marah. Kalau nak ambil juga, ambil lah curi-curi tapi jangan sampai dia tahu, baru dia tak marah.

BAHASA


Belajar sikit bahasa TUrkey asas seperti ‘tesekkür ederim’ bermaksud TERIMA KASIH boleh buat mereka happy. Macam Mat Saleh cakap Melayu dengan kita walaupun sepatah dua sahaja tapi kita excited sangat pasal Mat Saleh boleh cakap melayu. Samalah mereka pun excited bila kita boleh cakap Turks. Silap-silap dia boleh ambil jadi menantu.

RUGI TRAVEL KE TURKI TAK BAWA JURUFOTO


Sebab dari landing airport sampai balik aiport semula semua tempatnya cantik cantik. Kalau pergi trip biasa cuma mampu selfie jer, tapi dengan Rarecation kita dapat FOTO TRAVEL YANG PROFESSIONAL, ramai yang jeles tengok gambar trip kita tau.


Tak macam pakej biasa, Rarecation pagi pagi kita mula dengan solat subuh di Masjid bersejarah Sultanahmet yang hanya sepelaungan sahaja dari penginapan. Tapi jika stay jauh dari masjid tu, kita boleh pergi masjid lain pun tak mengapa kerana banyak masjid di Turkey ni rupanya sama macam masjid Sultanahmet.


Ini kita travel dengan kapten Rarecation yang memang photographer...memang hasilnya sesangat cantik sampai ramai yang jeles dengan trip rarecation. Malas nak cerita lebih panjang. Patutnya tengok gambar jer boleh DAPAT FEEL TERUS.


INI BARU BETUL RARE!


Nak ikut kami ke Turki akhir tahun ini ? Hubungi : 010 667 2738


Tekan pada link ini untuk melihat info penuh : TURKI AKHIR TAHUN

120 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf