Search
  • akmalalamshah

10 TIPS BAGI BEG TRAVEL 10 KG LEBIH RINGAN


Pada zaman ekonomi melecet ni mmg semakin banyak airlines yang tidak memberikan saiz luggage yang besar. Kebanyakkannya memberikan sekitar 20-23/27 kg. Malah tambahan luggage sahaja sebanya 5kg bagi emirates sahaja boleh mencecah RM1,000.



Oleh itu penting utk kita tahu bagaimana untuk travel light. Penerangan ada pada setiap foto, jangan malas membaca, malas membaca orang rugi.

Dah baca jangan lupa share juga agar lebih ramai yang beroleh manfaat.



TUALA Antara yang paling tebal dan makan ruang, tapi untuk travel boleh ambil microfiber travel towel yang sangat nipis tapi masih menyerap air dengan baik, agak mahal sedikit dan boleh mencecah harga ratusan ringgit tetapi BERBALOI untuk dimiliki.



BUANG PAKAIAN TEBAL Seluar jeans, baju kait-kait tebal seinci jangan dibawa buat berat beg sahaja. Lebih baik bawa baju yang nipis, jika ke negara sejuk, tipsnya jangan bawa 1 baju yang tebal tetapi bawa baju nipis yang boleh tahan sejuk seperti uniqlo heat tech dan pakai berlapis-lapis.



JAKET TEBAL JANGAN BAWA Faham pi tempat sejuk takkan tak bawa jaket kan, jangan risau terdapat banyak jaket yang boleh tahan sejuk tetapi tidak begitu tebal seperti jaket dari brand NORTHFACES, uniqlo, dan lain-lain.



BAWA BAJU 3-4 HARI SAHAJA Walaupun kita akan travel sehingga 10 - 15 hari tapi bawa baju untuk 3-4 hari sahaja, jangan risau cari sahaja penginapan yang mengediakan perkhidmatan Dobi, senang dijumpai. Bila kita bawa baju yang sedikit juga memudahkan kita nak bergerak dan cari baju baru di sana.



BAWA BEG YANG KECIL Tips yang paling penting, terus siap siap bawa beg yang kecil saiz optimum antara beg 20 inci - 24 inci. Bila beg kita dah kecil secara automatik kita akan menjimatkan jumlah pakaian dan barang yang kita bawa.


PAKAI TERUS Bagi yang terpaksa bawa juga jaket yang tebal sedikit terus pakai dari simpan di dalam beg. Jimat ruang dan menjadi selimut di dalam flight. Lagi-lagi bila flight yang lama.



GULUNG Belajar teknik gulung baju, kerana bila kita gulung berbanding lipat kita boleh dapat manfaatkan ruang yang lebih baik di dalam beg.



BAWA YANG KECIL Jangan bawa syampu/sabun stok satu keluarga punya, bawa yang kecil dan nak lagi jimat beli sahaja di destinasi kita nanti.



SEMAK JANGAN TAK SEMAK Ini juga paling penting kerana Airlines sering juga mengubah jumlah berat luggage yang diberikan. Ada yang 20 kg, ada yang 30kg tapi 1 beg sahaja, ada yang 23 kg tapi boleh lebih dari 2 beg, jadi sentiasa semak ketika pembelian dan sebelum berlepas.



SIAP CHECKLIST Ini perkara wajib ,baru lah kita tidak bawa 1 ALMARI ketika travel. Kita juga lebih tahu berapa helai pakaian dan jumlah barang yang dibawa. Checklist juga memudahkan kita untuk menyemak jika ada barang yang hilang sebelum pulang ke tanah air.


Tips travel ini di bawa oleh www.rarecation.com Jangan lupa like page kami agar tidak terlepas info dan trip2 menarik keseluruh dunia.




76 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf