Search
  • akmalalamshah

10 sebab mengapa Jepun menjadi negara kegemaran ramai untuk travel



Memang tak dapat dinafikan kenapa ramai suka travel di negara Jepun yang merupakan sebuah negara Tanah Matahari Terbit. Kami akan menceritakan kepada anda tentang perjalanan kami semasa berada di sana bersama para pengembara. Jadi, Rarecation akan menjelaskan mengapa kita perlu merancang untuk pergi ke Jepun.


Mengapa Jepun adalah tempat yang menarik untuk melancong?


1. Hormat menghormati amalan mulia


Orang Jepun terkenal dengan sikap yang sangat sopan. Semasa perjalanan kami di sana, gambaran yang jelas boleh mengatakan bahawa orang Jepun adalah antara orang yang paling sopan di dunia. Ini fakta bukan auta ya.


Majoriti orang Jepun tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang kuat, mereka masih mengalu-alukan orang luar berada di tanah mereka. Jika mereka tidak kelihatan begitu ramah kemungkinan mereka tidak memahami dengan bahasa yang kita sampaikan, bukan kerana mereka tidak boleh membantu kerana tidak mampu untuk membantu kita kerana ia dianggap kurang ajar. Haa



2. Halal Toyyiban


Bila sebut pasal makanan sudah semestinya menjadi tarikan orang Malaysia adalah sushi kerana mereka teringin untuk merasai hidangan disana. Para pengembara menggemari meskipun terutama yang pertama kali mencubanya. Pada pemerhatian kami pada ketika itu membuatkan kami fikir makanan Jepun boleh diterima oleh tekak orang Malaysia terutama jika diubahsuai ikut selera rasa tempatan.



3. Toilet yang bersih seperti dalam istana


Kami pasti takda yang lebih baik di dunia ini selain tandas Jepun. Bagi kali pertama, anda juga akan merasai duduk di atas kerusi tandas Jepun yang hangat dan selesa. Lagi satu, sepanjang di sana, terdapat juga banyak tong sampah di jalan-jalan, tetapi itu tidak bermakna semua tempat kita akan jumpa. Jangan risau tempat yang kami bawa anda pergi kebanyakan memang ada sediakan tong sampah. Kalau takda sangat, simpan dulu dalam plastik then dah sampai hotel baru kita buang. Haa..


Cantiknya tengok mereka berpakaian Kimino ni.

4. Pakaian tradisional Masyarakat Jepun


Pakaian tradisional Jepun sentiasa menjadi topik hangat di kalangan peminat etnik dan budaya, termasuk juga pelancong. Cara rakyat di Jepun mengenakan pakaian tradisional telah lama menjadi tanda tanya bagi sesiapa yang meminatinya.


Di Jepun, kimono adalah dua pakaian tradisional yang biasa dipakai di negara ini. Kimono merupakan pakaian tradisional paling popular di sini, tetapi ada juga pakaian tradisional lain yang dipakai oleh orang Jepun seperti Hakama, Obi, Yukata, Habbi dan lain-lain.


Sweet nya tengok pasangan berdua ni.

6. Keunikkan budaya Jepun


Orang Jepun mempunyai budaya yang sangat cantik dan unik, terutama sekali dibandingkan dengan hanya berkait rapat dengan China. Sangat menarik untuk menyaksikan budaya ini bagi orang pertama mengembara ke Jepun.


Budaya Jepun telah berubah begitu drastik sepanjang tempohnya. Dari makanan, pakaian, seni persembahan, agama sehingga lah ke bahasa, membuat kita terpesona dengan budaya Jepun.


5. Internet berkelajuan 100 Mbps !


Di Jepun telah menjadi sambungan internet terpantas di dunia. Kebanyakan tempat yang kita tinggal di Jepun mempunyai sekurang-kurangnya 100 Mbps kelajuan muat turun! Jadi, boleh la anda ber video call dengan keluarga tersayang di Malaysia.



7. Alam semulajadi dan permandangan yang awesome


Jepun merupakan negara pulau yang panjang dari utara ke selatan. Memperkenalkan pemandangan alam semulajadi di Jepun, yang sangat berbeza cuaca dan pemandangannya mengikut kawasan. Disana nanti kita akan melihat gunung paling tertinggi di Jepun, Gunung Fuji yang berketinggian 3776m .


Walaupun bandar-bandar seperti Tokyo, Kyoto, dan Sapporo menyenangkan untuk melawat ia adalah kawasan desa dan luar bandar yang terus menjadi tarikan kami disana.


Ni dia mesin gedegang. Macam macam ada

8. Mesin gedegang layan diri


Di Jepun ada banyak mesin Vending Machine di sepanjang jalanraya, lorong atau berhampiran shopping mall. Lebih menarik, kebanyakkan harga air tin yang di jual di Vending Machine ini mempunyai harga yang standard. Tak kira samada anda travel semasa musim bunga Sakura atau Cherry Blossoms, pemandangan Gunung Fuji, kemajuan kota di Tokyo dan banyak lagi, pasti akan terjumpa dengan Vending Machine menjual air di Jepun. 



Bergambar dengan Bullet Train yang juga keretapi terpantas di Jepun.

9. Pengangkutan terbaik di dunia


Bersama Rarecation, kita akan menaiki keretapi berkelajuan sangat pantas di Jepun di mana anda boleh menaiki kereta api Shinkansen yang terkenal atau "Bullet train" dari Osaka ke Tokyo sejauh 500 km hanya dalam masa 2 jam 30 minit sahaja. Jangan tidur, kerana sepanjang perjalan kita akan di sajikan dengan pemandangan indah Gunung Fuji.


Kalau anda pergi bersama kami , sudah pasti akan dapat hoodie percuma khas untuk mengembara bersama Rarecation.

10. Kami memang RARE!


Kenapa anda patut memilih kami? sebab kami RARE.. tak ramai pun orang boleh buat macam kami. Kalau travel dengan kami, korang tak payah nak buat research bagai. Kami yang akan uruskan segalanya bagi pihak peserta. Dan kami juga akan guide persiapan peserta dari segi pakaian, kasut, luggage dan keperluan lain. Peserta hanya perlu sit back and relax, dan hanya tunggu masa untuk berlepas sahaja.


Jadi apa tunggu lagi?


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini

Atau boleh juga hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)



43 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf