Search
  • farouqfakhri94

10 PERKARA PANTANG DIBUAT BILA MELAWAT KOREA SELATAN.



Tak banyak sangat beza antara Jepun dan Korea. Ada persamaan seperti etika chopstick, buka kasut dalam bangunan kediaman, tak mahu terima duit tip dan pantang sembang dalam henfon kuat-kuat semasa di tempat awam. NAMUN KAMI ADA SENARAI LEBIH MANTAP UNTUK DIKONGSIKAN UNTUK KOREA.



1. JANGAN MARAH KALAU ORANG TUNJUK MIDDLE FINGER KEPADA ANDA.

Kita ni pantang anak Melayu berdarah Bugis bila orang dok carut macam ni pada kita kan? Tapi sebenarnya mereka memang menggunakan jari tengah untuk menunjukkan sesuatu. Ini kerana, pada mereka itulah jari paling panjang yang terbaik untuk menunjuk apa-apa sahaja termasuk bila orang tanya "Mana mak mentua kau" dengan laju dia menunjuk ke arah mak mentua mereka dengan jari tengah tanpa membuat mentua tersinggung. Trust me, hari ni mereka pun takut-takut nak buat finger sign begini kerana nanti ramai orang luar tak faham.



2. KALAU DAH ADA TANDA HARGA, BIASANYA TAK BOLEH TAWAR MENAWAR.

Kalau di market tiada tanda harga, itu boleh tanya kepada penjual dan boleh tawar habis-habisan. Tapi jika dah letak tanda harga, biasanya susah untuk nego semula. Apapun, itu bergantung kepada kesopanan kita juga. Btw, jangan nak shopping sangat hari Isnin. Mereka kebanyakan tutup pada hari Isnin. Monday Blues betul kan.



3. MALU JADI ORANG PALING TUA TAPI BILA MAKAN SAMA-SAMA NANTI BILA BAYAR MINTA BIL ASING-ASING.

Saya turut simpati dengan orang-orang tua Korea. Kalau asal ajak makan sahaja, dah tentu kena bayar. Kalau anak beranak sepupu sepapat ajak makan sahaja dan dia paling tua, confirm kena bayar juga. Tetapi RUDE juga kepada orang muda yang selepas makan makanan yang orang tua tadi bayar, kita mengopi ataupun makan ice cream bersama mereka tapi tidak bayar makanan round kedua itu. Lagi memalukan, lelaki yang ajak perempuan Korea makan, tapi masa bayar nanti perempuan tu yang kena bayar (yang ini, kat Malaysia weird juga).




4. MENOLAK PELAWAAN SOJU.

Ini eloknya kalau kamu bukan Islam, minumlah buat syarat kalau orang dah offer. Patutlah mereka ni kaki mabuk kadang-kadang kerana kalau orang offer tak boleh tolak. Kalau menolak itu sombong. TIPS kepada yang Islam, sila bagitahu mereka awal-awal sebelum berjumpa yang DEN TAK MINUM SOJU tapi katakan dengan jelas DEN MINUM AIR SOJUK YO. InsyaAllah nanti mereka akan gantikan dengan air sejuk namun custom tetap sama. Kembunglah perut kau minum air kosong, selagi dia tuang kita tetap tak boleh tolak. Kalau tolak juga, dikira RUDE.



5. JANGAN TULIS NAMA ATAU UCAPAN GUNA DAKWAT MERAH Tak macam orang Cina tau, senang kata orang Korea kalau dapat surat atau kad ucapan hari jadi bertulisan merah tak kiralah anda tulis alphabet rumi ataupun tulisan Korea, asalkan warnanya merah itu seperti SURAT MATI.



6. TAYANG BAHU DAN BUAH ITU HARAM DI KOREA SELATAN. TAPI TAYANG KAKI SAMPAI PANGKAL PAHA CONSIDER OK.

Benda inilah penyebab ramai lelaki-lelaki suci macam saya ni boleh accident kereta. Mana tidaknya, sana terbuka sini terbelah, situ offer sana juga offer nak memandu pun kena tunduk bawah tengok pedal minyak. Kalau pandang atas semua benda ada offer. Semua freeshow banyak. Ini custom dulu-dulu semasa zaman belum ada K-Pop atau mungkin semasa zaman drama Korea "Winter Sonata" ada lagi kot baki-baki sopan tu. Sebab tu tengok Bae Yong Joo tu rasa macam beliau budak baik yang patut jadi isteri ustaz jer layaknya. Sekarang kalau ke Korea, dah banyak yang buka atas buka bawah dan tutup sikit-sikit jer. Pemurah betul mereka. Semua orang nak dia "belanja" .



7. JAMAH DULU SEMASA MAKAN BERSAMA-SAMA ITU GELOJOH TAHAP CGPA 3.85

Ini juga sama dengan adab Melayu sebelum ni. Di sana masih praktis lagi cuma anak muda di sanapun sama juga lagho dah. Tapi untuk menghormati yang lebih tua dan lebih superior, tolong tunggu sampai mereka memulakan langkah. Kadangkala saya pun keliru, adakah setiap kali duduk makan kita perlu tengok IC setiap orang untuk tentukan siapa patut menjamah dahulu?



8. TINGGALKAN MEJA MAKAN SEBELUM ORANG LEBIH TUA BEREDAR.

Budaya ni dalam masyarakat Melayu pun ada. Kita memang utamakan kesopanan budaya tapi budak-budak zaman wicet ni yang mungkin tak merasa budaya ini kerana mak ayah mereka terlupa nak ajar. BIADAB bila makan bersama-sama keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja tapi kita paling muda bangkit dulu. Jika dalam dinner geng pejabat, kita yang peon bangkit dulu sebelum boss.



9. MAKANAN ATAS MEJA DAN PERALATAN TAK DISUSUN KEMAS SEBELUM MAKAN.

Semasa makan malam kita jemput mak mentua, ipar, mak bapak sendiri datang kemudian atas meja susunan terlampau "organik", kau akan digelar orang yang tak ada tatasusila. Memalukan mentua jer. Makan dan susunan di atas meja makan melambangkan peribadi tuan rumah. Orang Korea particula dengan benda ni. Nanti kita tengok China pulak. Kau rasa? macammana?



10. MAKAN TAK PELAWA ORANG

Bila kau sedang makan makanan seperti Pringles dan kemudian ada kawan kau datang lepas tu kau buat tak tahu sambil terus sembang tentang Projek Juta-juta dekat Gangnam. Kau akan dilabel KEDEKUTTT! Just a matter of courtesy kita kena offer juga "Nak Pringles?". Biasanya mereka yang kita offer tak lah lapar sangat, tapi tapi sekadar berbudi bahasa sikit.

112 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf