Search
  • farouqfakhri94

10 CARA BAGAIMANA UNTUK NIKMATI ROMANTISNYA NEGARA FRANCE.



Ramai yang tak tahu France sebenarnya ada banyak tempat yang romantik dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.



1. CHATEAU DE CHAMBORD

Tempat yang berinsipirasikan dari Leonardo Da Vincci ni memang tersangatlah cantik luar dan dalam castle ni. Keunikan rekabentuk dan designnya pasti membuat anda tersentuh di hati dan membuat hati berbunga bunga. Tempat ni sesuai juga untuk family potret atau couple.



2. KAMPUNG COLMAR

Ini yang real punya bukan macam di Bukit Tinggi. Boleh bawa keluarga naik sampan keliling kampung tengok rumah rumah yang pelbagai design tepi sungai. Pasti ada yang cadang nak beli rumah disitu satu untuk buat rumah pelancongan. Bila jalan jalan jumpa kedai kopi singgah kejap nak rasa juga kopi France macam mana kan?



3. GRAND PALAIS

Terletak di tengah bandar Paris, ini memang tempat untuk siapa yang ingin merasakan kesenian asal negara France. Tempat yang berusia lebih 100 tahun ini membuatkan anda terasa seperti dilamun cinta dengan sejarah dan keunikan arkitekturnya.



4. LOUVRE MUSEUM

Tempat dimana tersimpannya Potret Monalisa, hasil nukilan Leonardo Da Vincci. Lukisan yang sangat unik dan disanjung tinggi. Juga membuat anda tersentak melihat keindahan senyuman pada potret tersebut. Apakah makna disebalik senyuman Lisa?



5. EIFFLE TOWER

Pasti semua tahu tempat ini sehinggakan banyak movie cinta yang buat penggambaran disini. Satu pengalaman yang indah bila kita dapat candle light dinner masa sunset. Sungguh indah.



6. MONT DOL

Nikmati pemandangan indah di atas Puncak Mont Dol sambil ditemani background kincir angin lama yang rare. Sambil minum kopi 434 di atas ni, kita layan juga angin sepoi sepoi bahasa. Kalau nak baring sambil tengok langit pun boleh juga.



7. MONT ST MICHEL

Jika anda peminat Harry Porter wajib pergi tempat ni bergambar di depan Istana Hogwarts. Feeling sikit berlakon seperti seperti Harry, Hermione dan rakan rakan yang lain sedang naik penyapu terbang. Tapi nak kesini kena kuatkan stamina kaki nak berjalan. Penat tak dapat mengalahkan perasaan puas dapat bergambar disini.



8. SEINE RIVER

Pasti anda nak makan malam bersama keluarga atau pasangan anda disini. Sambil layan sunset atas feri kita pusing sungai sambil borak borak cerita tentang masa depan bersama keluarga tersayang. Pengalaman yang indah untuk anda nikmati.



9. TOBOGGUN

Aktiviti ni paling digemari oleh para peserta kami. Tidak sah jika kita tak singgah main toboggun ni ramai-ramai bersama keluarga atau pasangan kita. Enjoy dengan kelajuan yang boleh kita kawal. Jangan risau ada brek juga.



10. INI PALING RARE - BERBASIKAL ATAS LANDASAN KERETAPI (VELORAIL)

Selalu orang berbasikal di jalan raya tapi ni kita bawa untuk naik basikal atas rail keretapi. Jangan risau tiada keretapi yang akan lalu jalan ni. Anda cuma perlu kayuh hingga sampai ending dia. Kalau penat boleh gilir-gilir tukar dengan pasangan anda. Jangan ada yang ngelat tak kayuh pulak.


8 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf