Search
  • akmalalamshah

10 AKTIVITI WAJIB DI SWITZERLAND


Negara yang tersangat cantik, yang dah pergi mesti nak pergi lagi. Yang belum pergi akan termimpi mimpi.


Ketahui 10 aktiviti menarik di Switzerland. Jangan lupa untuk share ya!


1. MAIN SLEDGE DI KAWASAN PERGUNUNGAN ALPS Banyak tempat yang boleh main sledge ni seperti di Murren, Zermatt, Kandersteg dan lain lain. Harga sewaanya pun takdelah mahal cuma jika ada kasut hiking yang sesuai dipakai masa snow seperti solomon, karrimor boleh pakai siap siap tak perlu sewa kasut lain. Laluan juga anda boleh pilih samada nak yang adventure atau easy. Jangan risau nak corner lap tajam sebab kalau jatuh pun atas snow empuk. Sedap kalau boleh guling sekali.

2. RASAI PENGALAMAN 100KM/J TURUN BUKIT DENGAN TOBUGGUN Memang seram bila tengok gambar tapi bila dah naik takdelah seram sangat. Bila dah rasa sekali pasti nak naik lagi. Mudah saja nak mengawalnya siap ada break lagi. Kalau nak laju biarkan saja ia berjalan tanpa tarik break tp bila sampai selekoh eloklah break sikit takut terlanggar pulak orang depan.

3. PARAGLIDING SETINGGI 3000 METER Antara tempat famous untuk paragliding adalah di interlaken dimana pemandangannya sangat cantik dapat lihat tasik dan lalu celah gunung ganang. Bila kat atas kita boleh kawal nak ke kiri kekanan. Kalau nak adventure sikit boleh buat spinner sampai orang bawah nampak macam nak jatuh tapi masih dalam kawalan.

4. TREKKING MELIHAT KEINDAHAN ALAM. Pagi pagi bangun awal sikit boleh buat exercise sikit jalan macam masuk kebun. Memang fresh cuaca pagi tapi lagi best tengok pemandangan hutan yang cantik dengan pokok yang pelbagai. Jangan risau hutan kat Swiss ni tiada binatang liar yang merbahaya.

5. BOLEH LIHAT KOTA PERTAHANAN MASA PERANG Banyak castle lama yang masih utuh di setiap daerah di Swiss. Ada yg dijadikan sebagai muzium ada juga yang kita boleh redah je masuk. Bia tenok senibina castle ni pasti membuatkan anda terpegun dan tertanya tanya bagaimana orang zaman dulu membina castle ini.

6. NIKMATI KEINDAHAN TASIK HIJAU Siapa yang pernah tengok cerita Narnia boleh komen kat bawah ni. Memang sebijik pemandangan dia sama macam dalam cerita tu. Tapi untuk dapat pemandangan ni mesti pergi waktu winter time ada snow. Kalau pergi waktu autumn atau summer cantik juga pemandangannya penuh dengan warna kehijauan.

7. PANJAT SAMPAI PUNCAK GUNUNG Banjaran Alps ni semua tinggi tinggi belaka. Boleh naik samada dengan train, cable car atau nak lagi thrill boleh trekking sampai atas. Ambil masa la sikit tapi sangat puas hati. Badan pun lagi sehat tapi kena aware dengan altitude sickness sebab kadang kadang ada yang semput tak boleh nak bernafas macam biasa.

8. NAIK KERETA KUDA PUSING KAMPUNG Penat berjalan kita boleh naik kereta kuda pusing keliling kampung. Rasalah macam Cinderella sikit dan rasa macam orang have have zaman dulu. Muka boleh dongak sikit keatas sambil senyum dan lambai lambai orang tepi jalan. Sweet sangat!

9. MINUM JUS EPAL ORIGINAL TERBAIK DARI LADANG Pernah minum jus epal fresh? Cuba pergi farm yang terdekat dan petik apple dari pokok. Lepas tu masuk dalam mesin pemampat macam mesin tebu dan tadah airnya. Pergh memang sedap pati epal dan kita boleh minum terus. Tiada bahan perasa tapi memang manis. Tak percaya boleh cuba

10. PAKAI CANTIK CANTIK AMBIL GAMBAR MASA SNOW Bila kad raya dah too mainstream kita buatlah kad raya sendiri. Ambil gambar pakai baju raya boleh dijadikan kad digital setiap kali raya boleh send dekat kawan kawan. Pasti mereka jeles lihat anda berkebaya, spec gucci dan tudung WERDA.


Swiss juga sesuai untuk anda sekeluarga bercuti. Boleh bawa anak anak main snow.

Jika anda terigin nak ke Swiss boleh terus hubungi:


0102187273 (Aizat)

0102187273 (Aizat)

0102187273 (Aizat)


atau terus ke website: https://www.rarecation.com/switzerland-alps

51 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf