LAPLAND

Meneroka keindahan kawasan utara negara Scandinavian (Sweden - Norway). Aurora, Fjord dan landskap yang tidak dijumpai di mana-mana destinasi lain di dunia.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
LL193.jpg

Kuala Lumpur 

Hari Pertama 

Kita akan bersiap awal dan bersama-sama berkumpul di KLIA. Bersedia untuk melalui pengalaman 'rare' bersama kami di rarecation.

Lapland(1)-128.jpg

Stockholm

Hari Kedua

Setibanya kita di Ibu negara Sweden di Stockholm, kita akan menginap semalam di hotel berdekatan Airport dengan menggunakan Shuttle Bus

 

Sesampai kita di penginapan, suasana 'One Big Family' akan kita terapkan semasa menyediakan juadah untuk makan malam pertama kita di Stockholm. Suasana keakraban inilah yang akan kita bina sepanjang 13 hari kita bersama di Rarecation. Suasana kenduri Melayu, di bumi Lapland!

 

Jika berkesempatan, kita berpeluang melawat bandar Stockholm, menghirup udara di ibu negara salah satu negara Scandinavia. Boleh rakam gambar sebanyak yang anda mahu. Dengan keunikan seni bina kota, budaya dan orangnya.

Selepas suasana makan malam dan ‘berkenduri' kita boleh berehat untuk persediaan pengembaraan yang akan bermula pada esok pagi. Sudah tentu kita rasa teruja dan tak sabar untuk pengembaraan Lapland.

LL206.jpg

Stockholm - Kiruna

Hari Ketiga 

Pagi-pagi lepas bersarapan, kita akan check-out dan bersiap untuk ke Airport. kita akan menyambung kembara kita menaiki penerbangan domestik, menuju ke Swedish Lapland, Kiruna. Lazimnya kita akan bertolak awal pagi untuk ke Airport Stockholm.

 

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Jangan tidur dan ambil peluang ini untuk melihat pemandangan Lapland dari pandangan mata burung. Setiba di Kiruna, kita bersiap2 dengan urusan kenderaan kita. Selesai urusan kenderaan, kita akan menuju ke restoran di bandar Kiruna untuk makan tengahari. Bergantung kepada keadaan cuaca. Jika cuaca baik, kita boleh terus ke Lofoten, Norway ataupun kita akan bermalam di Kiruna dahulu.​

Perjalanan yang unik dan mencabar sedang menunggu kita. Semestinya menarik dan RARE!

Lapland(2B)-57.jpg

Kiruna - Lofoten Svolvaer

Hari Keempat

Di pagi hari, kita siap bersarapan, dan siap-siap juga tapau makanan untuk kembara ke Lofoten nanti. Maklumlah, di bumi Scandinavia, mustahil kita boleh jumpa kedai mamak tepi jalan dengan harga Malaysia. Jadi kita siap2 sediakan juga lunch kita. Perjalanan mengambil masa lebih kuran 7 jam termasuk berhenti solat dan juga tandas. Kalau ada spot2 yang menarik, kita akan berhenti dan rakam gambar terindah untuk kenangan kita di sana.

 

Sampai di penginapan Lofoten, mungkin dalam waktu petang/maghrib, kita akan berkampung di sana selama 4 hari. Kediaman kita berlatarbelakangkan suasana perkampungan nelayan dan laut Norwegian yang indah permai sambil disulami bunyian burung camar. Dah selesai semua perihal check-in, captain akan bawakan peserta untuk memancing dengan menaiki boat (harga tidak termasuk dalam pakej) pada hari-hari berikutnya. Ini adalah aktiviti yang paling tidak dapat dilupakan oleh setiap peserta meskipun bukan kaki pancing.

 

Malam hari, kita sama-sama bergotong royong untuk majlis dinner kita diketuai oleh Captain sendiri. Bayangkan kita menjamah masakan Ikan Salmon masak asam pedas panas-panas sambil melihat salji turun di tingkap rumah kita inap. What a memory! Aktiviti malam, sekiranya bacaan KP dan Aurora forecast cantik, kita akan keluar memburu Aurora. Dah berada di Norway, tidak sah kalau kita tak cari Aurora Borealis!

Lapland(2)-150.jpg

Lofoten - Hamnoy - Reine

Hari Kelima

Macam biasa, pada pagi hari, kita sarapan dulu. Dan seperti hari-hari yang lain juga kita 

 

Hari ini, kita akan bertolak ke Reine, antara salah satu satu perkampungan nelayan yang tercantik di Lofoten! Sementara menuju ke Reine, kita akan singgah di Hamnoy untuk mengambil gambar di salah satu tempat yang menjadi tempat ikonik bila berada di Lofoten. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2-3 jam. Sampai sahaja di Reine, kita akan teroka perkampungan nelayan Reine dan ambil gambar puas-puas!

 

Kita boleh cari restoran yang boleh memberikan makanan tempatan untuk kita merasai nikmat makanan tempatan rakyat Lofoten.

Kita akan pulang ke rumah menjelang waktu petang.

Lapland(3)-279.jpg

Lofoten Svolvaer

Hari Keenam

Seperti biasa, rutin kita adalah bersarapan bersama, dan bersedia dgn lunch pack. Kerana hari ini kita akan bergerak ke buat aktiviti di Svolvaer yang di kira sebagai bandar terbesar di sekitar yang penuh dengan aktiviti dan kedai serta pusat membeli belah.

Di sini juga kita akan memulakan aktiviti memancing di Lautan Artik, yang semestinya akan meninggalkan kenangan untuk trip kali ini.

Kita akan pulang ke rumah setelah selesai aktiviti hari ini.

Svolvaer - Tennevoll

Hari Ketujuh

Hari ini, kita akan meninggalkan Lofoten, Norway menuju ke Abisko tetapi kita akan singgah sebentar di Tennevoll untuk menginap semalaman di sebabkan jarak perjalanan yang panjang untuk terus ke Abisko. Kecantikan Tennevoll memang tidak terkata kerana tempat kita menginap nanti adalah di kawasan lembah yang ada tasik besar yang sangat cantik! Ia juga antara spot RARE untuk memburu Aurora

Perjalanan hari ini agak panjang, jadi kita memang akan bersiap sedia dengan bekalan makan tengahari.

Lapland(7B)-20.jpg

Abisko - Kiruna - Stockholm

Hari Kesepuluh

Pengembaraan kita hari ini akan menuju ke Lapangan Terang Kiruna. kita kan mengambil penerbangan untuk menuju ke Stockholm ada hari ini.

Pagi, setelah bersarapan, kita kan bersiap-siap menyediakan bagasi-bagasi untuk menuju ke lapangan terbang di Kiruna, dan seterusnya akan tiba di Stockholm, ibu negara Sweden.

Setibanya di Stockholm, kita akan check in dan berehat sementara menunggu hari esok untuk bertolak menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur.

Namun, kita tidak akan melepaskan peluang untuk mencari gambar-gambar yang menarik sekitar tempat tinggal kita.

33707805258_e0ec9900e7_k.jpg

Tennevoll - Abisko - Kiruna

Hari Kelapan

Kita akan bergerak awal pagi untuk ke Abisko. Dari Abisko, kita akan melawat perkampungan orang asli di Lapland. Orang asli? ya Orang asli dan anda tidak tersilap baca. Di kawasan sekitar Lapland, ada satu kaum atau puak di namakan kaum Sami, dan mereka ini adalah orang asli atau penduduk asal di tanah Lapland. namun mereka kini sudah terikat dengan kerajaan Sweden dan Norway yang mengambil alih kuasa pentandbiran di kawasan asal mereka. Mereka jugalah yang merupakan tuan kepada semua Reindeer yang ada di utara Lapland.

Di perkampungan orang Sami, kita akan di bawa melihat cara hidup asal orang-orang Sami. Iaitu bagaimana mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan reindeer, bagaimana mereka memburu reindeer yang liar serta bagaimana mereka menyediakan makanan mereka secara tradisional dan khemah-khemah yang menjadi tempat tinggal asal mereka sejak zaman berzaman. Pengalaman rare ini kita akan rasai hanya dengan Rarecation.

Kemudian kita akan bergerak pulang ke hotel di Kiruna

40398811354_7fbc44de85_k.jpg

Stockholm - KLIA

Hari Kesebelas 

Setelah bersarapan, kita akan bersiap-siap dengan segaa bagasi menuju ke Lapangan Terbang Stockholm.

 

Kita bersiap-siap pagi dan ke Lapangan Terbang seawal mungkin untuk memudahkan pengurusan kita di sana.

Pengembaraan yang akan meninggalkan kenangan yang penuh dengan warna warni akan berakhir di sini.

Kiruna

Hari Kesembilan

Pagi ini setelah bersarapan, kita akan memulakan aktiviti menarik iaitu bermain snow mobile (harga tidak termasuk dalam pakej). Kita akan di bawa masuk menelusuri hutan-hutan Utara Sweden ni yang sangat cantik dan merentasi tasik beku yang serba putih!

Kembara menaiki snow mobile mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kita akan dibekalkan dengan pakaian lengkap, glove dan juga helmet. Kita juga bakal dijamu dengan masakan tradisional orang utara Sweden yang RARE di dalam sebuah Hut yang unik! Selepas itu kita akan sambut aktiviti bermain snow mobile dan pulang ke base.

Lapland(3B)-131.jpg

Kuala Lumpur

Hari Dua Belas

Pulang ke tanah air, Malaysia dan staff kita akan menunggu anda di KLIA.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembaraan "All Crew Concept" bukan pelancong. Dan "we came as strangers and comeback as a big family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang jenis "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Dan kami pasti anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya!

 

Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan dan pemandangan scenery yang sangat indah. Bayangkan anda buka tingkap, nampak gunung-ganang yang dihiasi salji. Pasti mengasyikkan.

Keselesaan, kebersihan, privasi semua adalah keutamaan dalam pemilihan apartment. 

Pengangkutan

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self-drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan yang di bawa sendiri adalaah kerana kita ada flexibility dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. Pengalaman memandu di luar negara semestinya mengujakan!

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 10 Mac - 21 Mac 2020 

  • 21 Mac - 1 April 2020      

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 14,540 / pax (single)

RM 14,240 (berdua atau lebih)

RM 14,040 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,480 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 12,040 / pax (single)

RM 11,740 (berdua atau lebih)

RM 11,540 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,980 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 5,000 / pax (single)

SGD 4,900 (berdua atau lebih)

SGD 4,840 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,310 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 4,020 / pax (single)

SGD 3,920 (berdua atau lebih)

SGD 3,980 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,000 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf