PERU 

Keajaiban dan misteri Machu Picchu sedang menanti. 

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
peru.png

KUALA LUMPUR - LIMA

Hari Pertama &Kedua

 

​Penerbangan ke Lima akan memakan masa

lebih kurang 35 jam termasuk transit.

Kita akan sampai di Lima pada malam

keesokan harinya. 

peru2.png

LIMA

Hari Ketiga

Memandangkan perjalanan kita yang panjang yang memakan masa hampir dua hari, maka hari ini tidak ada aktiviti khas. Semua peserta boleh ambil peluang untuk berehat dan juga boleh ambil kesempatan bersiar-siar sekitar tempat penginapan pada waktu petang

peru3.png

LIMA - PARACAS

Hari Keempat

Kembara kita kini bermula di bumi Amerika Selatan. Dari Lima, kita akan memandu kenderaan sendiri menuju ke Paracas. Perjalanan ke Paracas mengambil masa kira-kira 3 ke 4 jam. Perjalanan kita akan bermula seawal pagi dan di jangka tiba sebelum waktu tengahari.

 

Setibanya di Paracas, kita akan check in homestay dan akan bersama menyediakan makan tengahari secara bersama.

 

Di waktu petang, kita akan menuju ke Huacachina, di mana kita akan menyusuri padang pasir bumi Amerika Selatan. Jangan terkejut, kerana di tengah-tengah padang pasir itu, kita akan menuju perkampungan kecil oasis di sana, dan kita akan menikmati aktiviti luncur pasir atau di kenali sebagai Sandboarding.

peru4.png

PARACAS - NAZCA

Hari Kelima

 

Hari ini, kita akan mengalami satu pengalaman baru ketika mengembara. Kita akan merasai pengalaman menaiki jet. Kita akan menikmati pemandangan dari udara tentang kehebatan peninggalan sejarah yang di katakan berusia lebih beribu tahun oleh masyarakat Inca.

 

Kita akan menyaksikan keajaiban rekabentuk peninggalan masyarakat inca yang seolah-olah membentuk lukisan jika dilihat dari pandangan atas. Tidak perlu risau, pengalaman ini sudah termasuk dalam pakej kami. Jika di Malaysia kita tidak pernah terfikir menaiki jet dan menikmati pemandangan, kini kita lakukannya di bumi Amerika Selatan.

peru6.png

LIMA - CUSCO

Hari Kelapan

 

​Semakin hari pengembaraan kita akan menuju ke acara kemuncak iaitu Machu Pichu. Hari ini kita akan menaiki penerbangan ke Cusco di mana kawasan terletaknya Machu Pichu. Penerbangan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.

 

Setibanya di Cisco, kita akan terus ke homestay dan bersiap sedia untuk persiapan makan tengahari kita secara bersama.

Kita berehat serta membiasakan diri kita berada pada altitud tinggi.

peru9.png

CUSCO - LIMA

Hari Kesebelas

 

​Pengembaraan kita hampir berakhir. Kita akan menuju kembali ke Lima, setelah pelbagai ranjau aktiviti yang kita lalui di Cusco iaitu setelah menyaksikan sendiri Machu Pichu dan Sacred Valley.

Kita akan mengambil penerbangan menuju ke Lima dan penerbangan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.

peru5.png

PARACAS BALLESTAS ISLAND

Hari Keenam

 

​Jika anda pernah mendengar kepulauan Galapagos yang terkenal dengan haiwan-haiwan yang unik dengan pemandangan yang cantik, tetapi di Peru juga terdapat satu kepulauan yang boleh memberikan pengalaman sumpama itu. Dengan menaiki boat, kita akan melalui pengalaman safari di Pulau Ballestas dan akan menyaksikan pelbagai haiwan unik seperti anjing laut dan kepelbagaian jenis burung.

 

Setelah selesai aktiviti ini, kita akan bersiap-siap pulang menuju ke Lima pada petang itu.

peru7.png

CUSCO - MACHU PICHU

Hari Kesembilan

 

​Kembara diteruskan dan hari ini kita menuju ke Machu Pichu. Dari rumah kediaman kita akan dibawa ke stesen keretapi untuk perjalanan menuju ke Machu Pichu. Di sana kita akan mengalami sendiri keindahan peninggalan kesan binaan masyarakat Inca yang terkenal di seluruh dunia.

 

Tidak larat untuk mendaki? Tidak perlu risau, kita menyediakan pengangkutan untuk anda terus sampai ke puncak. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua boleh sampai ke atas. Jika diizinkan-Nya, kita semua akan membawa pulang gambar dengan berlatarbelakangkan kesan binaan dan gunung ganang yang popular di serata dunia itu.

egc9.png

LIMA - KUALA LUMPUR

Hari Keduabelas

 

Pagi yang santai, berehat mengembalikan tenaga sebelum memulakan perjalanan pulang ke tanah air bermula lewat petang hari.

IMG_2715.jpg

LIMA

Hari Ketujuh

 

Kita berehat di Lima seharian, beri peluang untuk recovery sebelum memulakan perjalan ke tanah tinggi keesokan harinya

peru8.png

RAINBOW MOUNTAIN

Hari Kesepuluh

 

Perjalanan dari penginapan di Cusco untuk tiba di Rainbow mountain lebih kurang 3 jam. Tiba kita di sana kita akan mendaki pula dalam satu jam menaiki kuda, jika nak berjalan akan mengambil masa lebih kurang 2/3 jam bergantung kepada stamina. View yang sungguh menakjubkan. Meskipun agak penat namun pendakian ini sangat berbaloi dengan pulangan yang kita akan dapat nanti.

egc10.png

LIMA - KUALA LUMPUR

Hari Ketigabelas

 

​Masih lagi dalam penerbangan pulang, memakan masa sekitar 32 jam termasuk transit, kita menempuh beberapa perubahan zon masa. Kita dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya. Pengalaman menaiki Jet menyaksikan keunikan peninggalan Nazca dan  menyaksikan keindahan Machu Pichu akan tersemat di dalam memori dengan pengalaman Rare bersama rarecation.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Sepanjang perjalanan kita akan tinggal di Homestay, Apartment dan juga hotel.

Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan tempat tinggal kita. Mempunyai dapur yang selesa untuk aktiviti memasak kita. 

Pengangkutan

Sepanjang pengembaraan kita, kita akan menggunakan kenderaan sendiri yang kita sewa. Barulah kita boleh merasa suasana ala-ala 'local people' sepanjang perjalanan kita. Keseronokkannya adalah seperti suasana balik kampung di hari raya. Malah ianya lebih memberi impak kenangan dengan suasana eropah yang memang pasti akan menggamit kenangan percutian kita di sana. Kenderaan yang biasa kami gunakan adalah Kereta MPV 9 tempat duduk, tetapi kami muatkan hanya 6 orang sahaja untuk menjamin keselesaan.

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 31 Mac - 13 Apr 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

9. Keretapi pergi balik Cusco - Machu Piccu

10. Kenderaan pergi balik Lima - Paracas

11.Bot Tour Kepulauan Ballestas

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA : RARE

Maaf untuk yang ini, kami tidak galakkan untuk membawa anak kecil atau yang mempunyai masalah kesihatan. Kembara kategori RARE ini mengikut cara pengembaraan orang tempatan dan ke destinasi yang agak Extreme.

 

Kembara ke Peru memerlukan kita menaiki kawasan tanah tinggi. Pastikan kita mempunyai stamina yang baik

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 19,990 / pax (single)

RM 19,690 berdua atau lebih)

RM 19,490 (2 - 11 tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 13,990 / pax (single)

RM 13,690 (berdua atau lebih)

RM 13,490 (2 - 11 tahun)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 7,160 / pax (single)

SGD 7,060 (berdua atau lebih)

SGD 7,000 (2 - 11 tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 4,660 / pax (single)

SGD 4,560 (berdua atau lebih)

SGD 4,500 (2 - 11 tahun)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf