KAZAKHSTAN & UZBEKISTAN

Mengembara kezaman kegemilangan islam lampau

ATURCARA PERJALANAN

10 SEP - 20 SEP 2019

11 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Almaty

Day 2 : Almaty

Day 3 : Almaty - Tashkent

Day 4 : Tashkent

Day 5 : Tashkent - Samarkand

Day 6 : Samarkand

Day 7 : Samarkand - Bukhara

Day 8 : Bukhara

Day 9 : Bukhara - Tashkent

Day 10 : Tashkent - Kuala Lumpur

Day 11 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

**Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 9,820 / pax (single)

RM 9,520 (berdua atau lebih)

RM 9,320 (kanak-kanak 2-11 tahun)

RM3,280 (0-23 bulan)

GROUND

RM 7,320 / pax (single)

RM 7,020 (berdua atau lebih)

RM 6,820 (kanak-kanak 2-11 tahun)

RM2,780 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,270 / pax (single)

SGD 3,170 (berdua atau lebih)

SGD 3,110 (kanak-kanak 2-11 tahun)

SGD 1,090 (0-23 bulan)

GROUND

SGD 2,440 / pax (single)

SGD 2,340 (berdua atau lebih)

SGD 2,280 (kanak-kanak 2-11 tahun)

SGD 930 (0-23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ALMATY, KAZAKHSTAN

Perjalanan pengembaraan kita untuk dua negara-negara ‘Tan’ bermula dari KLIA dikala mentari tinggi segalah menuju ke Kazakhstan dengan persinggahan di ibu kota lama era Kesatuan Soviet, Almaty. Negara ‘Tan’ terbesar ini adalah yang terakhir merdeka dari USSR pada 1991 dan merupakan kuasa ekonomi terbesar di Asia Tengah. Tanpa memerlukan visa, kita akan menjejak kaki di negera kesembilan terbesar di dunia ini sekitar lewat petang dan terus menuju ke hotel untuk berehat selepas terbang hampir 6,000 km dan makan malam serta taaruf di restoran sekitar penginapan.

HARI KEDUA

ALMATY

Perhentian selama 3 hari membolehkan kita meneroka tanah tinggi pergunungan Kazakhstan. Bermula dengan Medeo, kita akan menuju ke Shymbulak yang berada diketinggian lebih 7,000 kaki dari aras laut dan merupakan resort ski terbesar di benua Asia Tengah. Walaupun tidak bersalji pada musim panas, cuacanya adalah sederhana dan sangat selesa. Destinasi terakhir adalah Kok Tobe untuk kita menikmati pemandangan pergunungan yang sangat cantik dan menawan.

HARI KETIGA

ALMATY - TASHKENT

Seusai sarapan pagi, kta akan menuju ke lapangan terbang antarabangsa Almaty bagi meneruskan perjalanan ke Uzbekistan. Penerbangan pada waktu tengahhari dan dijangka sampai sekitar tengahhari di Tashkent. Kita akan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Petang ini adalah waktu santai dan bebas untuk samada mahu berehat ataupun meneroka sekitar penginapan untuk melihat budaya dan gaya hidup Uzbekistan. Malam berehat awal kerana kita akan mula pengembaraan diawal pagi ke Bukhara.

HARI KEEMPAT

TASHKENT - BUKHARA

Selepas sarapan awal pagi, kita akan ke stesen keretapi Tashkent untuk menaiki keretapi laju “Afrosiab” buatan Sepanyol, berkelajuan maksima 250km/j akan membawa kita ke Bukhara dalam masa sekitar 2 jam setengah. Kita akan sampai sekitar pukul 11.30pagi dan akan terus ke hotel untuk penyimpanan bagasi. Kemudian kita akan terus meneroka Bukhara, kota kelahiran Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Imam Bukhari, penulis hadis2 sahih Bukhari dan juga guru kepada Imam Muslim, penulis sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini merupakan sumber rujukan terbesar mengenai hadis-hadis sahih untuk umat islam diseluruh dunia hari ini.

Kita akan melawat banyak tinggalan sejarah kegemilangan Islam di kota Bukhara dengan meneroka masjid-masjid dan madrasah-madrasah. Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil yang masih digunakan untuk tujuan pembelajaran islam akibat tekanan dari penjajahan Kesatuan Soviet yang tidak mahukan ideologi selain komunisma.

HARI KELIMA

BUKHARA

Kita akan memulakan lawatan ke kawasan luar Kota Bukhara dengan menaiki bas, melihat tinggalan istana, yang mana istana ini adalah saksi zaman kegemilangan dan kejatuhan Amir Bukhara. Kita juga akan melihat beberapa lagi tinggalan sejarah kegemilangan Islam pada masa dahulu yang boleh kita jadikan pedoman dan mengambil iktibar kejatuhan Islam semoga dapat menjadi panduan hidup kita. Kita akan pulang semula ke Bukhara pada waktu petang dan kesempatan ini boleh kita gunakan untuk membeli cenderahati buat keluarga di Malaysia.

HARI KEENAM

BUKHARA - SAMARKAND

Pagi itu selepas sarapan, kita akan bertolak ke Kota Samarkand dengan menaiki bas. Samarkand terletak kira-kira 270km timur dari Bukhara. Dalam perjalanan kita akan melawat makam Imam Bukhari yang meninggal di luar kota Samarkand akibat diusir dari kota Bukhara oleh pemerintah ketika itu. Kita akan sampai sekitar awal petang dan terus ke hotel untuk check in dan berehat selepas setengah hari di dalam bas.

HARI KETUJUH

SAMARKAND

Meneroka kota Samarkand, salah satu kota di laluan sutera yang terkenal di Uzbekistan selain Bukhara dan Kiva. Ia adalah salah satu kota yang tertua yang terus didiami di benua Asia Tengah. Samarkand telah melalui pelbagai penjajahan dari Iskandar Zulkarnain, waktu itu Samarkand dikenali sebagai Marakanda ke Genghis Khan, kemudian pemberontakan dari pahlawan Uzbekistan sendiri, Tamerlane ke penjajahan Soviet Union hingga ke kemerdekan dari kesatuan Soviet pada 1991.

Kita juga akan melawat Ulugbek Observatory, tempat astronomer terkenal yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap ilmu astronomy pada waktu itu. Juga ke Dataran Registan, contoh kehebatan perancang bandar ilmuwan islam pada abad 15 hingga 17. Melihat masjid Bibi Khanom, bukti cinta Tamerlane untuk isterinya, yang ingin membina masjid terbesar didunia pada waktu itu.

HARI KELAPAN

SAMARKAND - TASHKENT

Hari ini, selepas sarapan pagi, kita akan bertolak pulang ke Tashkent dengan menaiki bas. Jarak perjalanan adalah sekitar 300km dan mengambil masa sekitar 6 - 7 jam. Kita akan sampai ke Tashkent pada awal petang dan terus check in hotel untuk berehat.​

HARI KESEMBILAN

TASHKENT

Pagi selepas sarapan, kita akan meneroka Tashkent secara santai. Kita juga ada masa untuk menambah koleksi cenderahati untuk keluarga dan rakan taulan serta barangan peribadi untuk diri sendiri. Malam akan diadakan makan malam terakhir kita di Uzbekistan serta sesi perkongsian tentang pengembaraan yang telah dilalui selama sepuluh hari yang lepas.

HARI KESEPULUH

TASHKENT - KUALA LUMPUR

Pagi yang santai untuk kita bersiar-siar disekitar penginapan sebelum kita check out dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

HARI KESEBELAS

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan pengembaraan ke Kazakhstan dan Uzbekistan, dua negara dari beberapa negara ‘Tan’ yang masih misteri dan eksotik.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di hotel yang bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing. 

KENDERAAN

KENDERAAN

Perjalanan kita akan ada beberapa mode, menaiki pengangkutan awam (keretapi) dan juga bas persiaran. Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini kerana limitasi bagasi di Keretapi.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf