JEPUN SAKURA

MENGEJAR SAKURA DI NEGARA MATAHARI TERBIT

ATURCARA PERJALANAN

3 APRIL - 9 APRIL 2019

7 HARI 6 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Osaka

Day 2 : Osaka

Day 3 : Osaka - Kyoto - Osaka

Day 4 : Osaka - Tokyo

Day 5 : Tokyo

Day 6 : Tokyo - Kawaguchiko - Tokyo

Day 7 : Tokyo - Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Osaka, Tokyo - Kuala Lumpur

2. Kenderaan

3. Penginapan (Local House)

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 8,060 / pax (single)

RM 7,760 / pax (berdua atau lebih)

RM 7,560 / pax ( 2 - 11 tahun )

RM 3,880 / pax ( 1- 23 bulan )

GROUND

RM 6,560 / pax (single)

RM 6,260 / pax (berdua atau lebih)

RM 6,060 / pax ( 2 - 11 tahun )

RM 3,380 / pax ( 1- 23 bulan )

WARGA SINGAPURA

SGD 2,690 / pax (single)

SGD 2,590 / pax (berdua atau lebih)

SGD 2,530 / pax ( 2 - 11 tahun )

SGD 1,290 / pax ( 1- 23 bulan )

GROUND

SGD 2,190 / pax (single)

SGD 2,090 / pax (berdua atau lebih)

SGD 2,030 / pax ( 2 - 11 tahun )

SGD 1,130 / pax ( 1- 23 bulan )

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARGA

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - OSAKA
 

Penerbangan kita dari Kuala lumpur menuju ke Osaka. Penerbangan dari Kuala Lumpur memakan masa sekitar 6 jam 30 minit.


Setiba sahaja di Osaka, kita perlu menguruskan Train Pass, pastikan semua passport tersedia dan Kapten akan membantu semua untuk menyelesaikan Train Pass masing-masing. Jepun kini mengamalkan dasar terbuka untuk pelancong Islam, jadi di airport Osaka, kita akan berpeluang untuk menikmati makanan Jepun Halal pertama! Udon, Sashimi, dan macam-macam lagi, sementara menunggu Train Pass masing-masing.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI KEDUA

OSAKA

 

Hari kedua di Osaka, kita akan menyusuri bandar Osaka, berhanami di bawah pohon sakura berdekatan dengan Osaka Castle. Cuaca yang sejuk dan kepadatan pelancong menyebabkan kita akan merasai pengalaman berasak seperti orang tempatan di Jepun ini. Kepada yang kurang berupaya berjalan seperti orang Jepun, di Osaka Castle, boleh kita menaiki tram mengelilingi Istana ini. Ada kesempatan, boleh kita menyamar menjadi puteri atau samurai Jepun!

Malam itu, kita akan singgah di Dotonbouri, ala-ala Petaling Street di Jepun! Pelbagai macam dan ragam boleh kita lihat di sini, makanan? Di Jepun makanan muslim ada dua kategori, Halal dan Muslim Friendly. Cari makanan yang terunik dan halal di sini untuk pengalaman paling bermakna!

HARI KETIGA

OSAKA - KYOTO

Kalau berjalan di Jusco, pernah nampak tak hutan buluh? Arashiyama tempatnya, terletak di Kyoto. Hari ini kita akan bertolak ke Kyoto menaiki Shinkasen Nozomi, Shinkasen, apa tu? Kereta Api laju lah. Kalau kereta api biasa mengambil masa 45 minit, Shinkasen hanya mengambil masa 15 minit ke Kyoto.

Jangan lupa bersama-sama kapten nanti, ambil masa sedikit di stesen keretapi untuk booking tempat duduk ke Kyoto. Kawasan yang cantik dan pemandangan yang sangat cantik di Kyoto, ambil masa kita untuk berhanami di Kyoto. Aik, semalam berhanami, hari ni berhanami? Eh, kena lah berhanami, kata mengejar sakura!

Hari ini pasti penat, perjalanan jauh sedikit ke Kyoto pasti memakan tenaga sedikit. Kita ambil peluang untuk ke pasar berdekatan mencari lauk dan bahan untuk makan malam terakhir di Osaka!

HARI KEEMPAT

OSAKA - TOKYO

Hari ini pastikan semua kena janji Jepun,  kerana tak mahu kita terlepas Shinkasen! Kapasiti penumpang yang penuh boleh menyebabkan kita tak dapat tempat duduk, dan perlu tunda kereta api kepada yang seterusnya!

Kalau semalam 15 minit menaiki Shinkasen, hari ini kita akan menaiki Shinkasen sejauh 500km dalam masa 2 jam 30 minit sahaja, 45 minit sebelum tiba di Tokyo, kita akan disajikan dengan pemandangan alam yang sangat indah, dengan pemandangan Gunung Fuji.

Setiba sahaja kita di Tokyo, kita akan terus check in penginapan, dan masa tidak boleh dibeli, jom explore Tokyo dimalam hari!

HARI KELIMA

TOKYO

 

Hari ini kita akan menyusuri bandar Tokyo, mencari hanami-hanami yang tersembunyi sehingga petang di Akihabara. Ada sesiapa yang berminat untuk memandu go-kart di atas jalan raya? Pastikan kita menyediakan lesen antarabangsa di Malaysia dan boleh kita memandu di sekitar bandar Tokyo! Yang tidak bergo-kart, akibahara tempat yang sangat cool nak berjiwa Jepun, dan mencari barang-barang elektronik.Pastikan semua tidur awal hari ini, kerana kita perlu keluar awal pagi esok untuk ke Kawaguchiko!

HARI KEENAM

TOKYO - KAWAGUCHIKO

Hari ke enam kita di Jepun, kita akan bertolak awal pagi, berperang sama dengan penduduk tempatan didalam kereta api. Kapten akan ambil gambar muka yang penyet-penyet di dalam kereta api, sementara ke Kawaguchiko.

Kita kemudiannya akan mengambil bas di dalam taman Kawaguchiko, beberapa lokasi yang cantik kita wajib berhenti, dan berhanami berlanskapkan Gunung Fuji.

Makanan yang biasa-biasa boleh jadi super sedap bila ada di sini. Esok merupakan hari terakhir kita di Jepun. Macam biasa, malam ni kita akan makan besar-besar-BESAR! Jom cari King Crab untuk masakan malam ni.

HARI KETUJUH

TOKYO - KUALA LUMPUR

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Jepun, flight akan berangkat dari Tokyo. Jadi pagi ini kita akan hantar beg direct ke airport pastikan kita siap packing awal dan ke stesen awal sebelum mereka bertolak! 


Kita akan terus ke airport lebih awal agar tidak terlalu rushing ketika check-in, dan sudah sampai masanya mengucapkan selamat tinggal kepada negara terbit matahari ini.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan di Jepun, kita akan menginap di Homestay. Rasakan pengalaman unik menginap di rumah Jepun, seperti rumah Nobita dan Doraemon.  

KENDERAAN

KENDERAAN

 

Kenderaan utama kita adalah kereta api. Japan Railway pass akan di berikan untuk perjalanan kita ini. Jangan risau Japan Railway pass kita sah untuk penggunaan selama 7 hari, sesuai untuk kembara kita

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf