46053792412_462539cbca_k
45192132755_15b51cbba6_k
42353774442_67be542563_k
40595635370_7762066874_k
41501250785_7f3f0c253f_k
40595590020_ff477d9aec_k
39897911553_4d4c2c6f8a_k
31921170707_5171d4440a_z
45192159635_f265f85af0_k
46103868131_196aa9131b_k

EUROPE GOLDEN TRIANGLE

Pengalaman mengembara ke 3 negara terkemuka dunia

ATURCARA PERJALANAN

22 Apr - 1 May 2019

10 HARI 8 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Ams

Day 2 : Amsterdam

Day 3 : Amsterdam 

Day 4 : Amsterdam - Paris

Day 5 : Paris

Day 6 : Paris - London

Day 7 : London

Day 8 : London

Day 9 : London - Kuala Lumpur

Day 10: Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi dan balik

2. Pengangkutan Sepanjang Trip

3. Penginapan (Holiday Park/Apartment)

4. Sarapan dan Makan Malam

5. Insuran perjalanan**

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan Tengahari

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 9,600 / pax (single)

RM 9,300 (berdua atau lebih)

RM 9,100( 2- 11 Tahun)

RM 3,880 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 6,600 /pax (single)

RM 6,300 (berdua atau lebih)

RM 6,100 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,380 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,200 / pax (single)

SGD 3,100 (berdua atau lebih)

SGD 3,040  ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,300 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,200 /pax (single)

SGD 2,100 (berdua atau lebih)

SGD 2,040 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,130 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - AMSTERDAM 

Kita akan berkumpul di KLIA. Penerbangan kita menuju ke Amsterdam dari Kuala Lumpur. Perjalanan ini kebiasaanya mengambil masa sekitar 12-14 jam termasuk masa transit. 

HARI KEDUA

AMSTERDAM

Setibanya di Amsterdam, kita akan terus ke tempat penginapan rehatkan diri dan refresh. Amsterdam memang terkenal dengan bandar yang tersusun cantik dan juga kampung yang penuh dengan kincir angin. Hari pertama ni kita pusing town kalau dapat naik basikal lagi best. Night life di Amsterdam pun antara perkara yang menarik kita boleh explore. Selesai jalan jalan kita balik ke tempat penginapan kita. 

HARI KETIGA

GIETHOORN 

Hari ini kena bangun awal sikit dan kita akan bertolak ke perkampungan Giethoorn tempat dimana kita boleh naik bot di terusan yang diibaratkan sebagai jalan perhubungan utama disitu. Memang cantik pemandangan di sekitar perkampungan ditambah dengan bunga dan landscape pokok pokoknya yang disusun rapi. Siapa yang ada skill bawak bot boleh jadi kapten dan bawa kita pusing kampung. Kita akan berada seharian disana jadi boleh la bawa bekal dan piknik dibawah pokok sambil menikmati pemandangan yang indah. 

HARI KEEMPAT

KEUKENHOF - SCHIPHOL - PARIS

Hari ini kita memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Keukenhoff, antara ladang tulip terbesar didunia (Hanya dalam musim bunga). Selepas itu kita akan meneruskan perjalanan menuju ke stesen keretapi untuk ke Paris. Perjalanan ke Paris mengambil masa lebih kurang 5 jam bergantung pada masa train yang ada. Hati berbunga bunga meninggalkan Amsterdam dan akan bersambung pula di kota cinta Paris. 

HARI KELIMA

PARIS

Paris memang terkenal sebagai kota cinta namun jangan lupa Paris pun ada Disneyland juga. Pada yang berhajat nak pergi kesana pun boleh juga. Selain itu kita akan ke Arc De Triomphe yang terletak di tengah tengah 12 persimpangan. Ia mempunyai sejarah tersendiri dan ada 4 ukiran monumen yang unik. Jangan risau kapten ada untuk ambil gambar anda semua. 

HARI KEENAM

EIFFEL TOWER -  LONDON

Sebelum bertolak ke London, kita akan ke menara besi kegemaran ramai iaitu Eiffel Tower. Kita akan berposing sakan ambil gambar disana sebelum meninggalkan kota cinta ini. Dah puas kita terus naik train ke London, destinasi cantik yang seterusnya. Lagi best kita naik keretapi laju bawah tanah yang melalui Selat Inggeris, dalam 2 jam lebih kita akan sampai London dari Paris. 

HARI KETUJUH

HYDE PARK - BUCKINGHAM PALACE - TOWER BRIDGE

Yang bestnya jalan jalan di London ni macam pusing pusing kat KLCC naik LRT je. Semua pun interconnected. Seperti biasa kita akan ke Hyde Park pusing pusing dan kalau ada masa singgah sebentar di Malaysian hall untuk cari makanan. Selepas itu banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi iaitu di Buckingham Palace, Tower Bridge dan lain lain. Seharian berjalan sambil bergambar pasti membuat anda puas hati dapat round sekitar London. 

HARI KELAPAN

LONDON

Hari ini kita beri sedikit kebebasan untuk semua mengatur perjalanan masing masing. Ada yang masih tidak puas bergambar, ada yang mahu beli souvenir dan ada juga yang mahu ke Stadium. Jadi boleh maklumkan sahaja kepada Kapten kemana anda mahu pergi dan kita akan update dari masa ke semasa. 

HARI KESEMBILAN

LONDON - KUALA LUMPUR

Jika masih ada masa, pagi ni kita boleh adakan sesi bergambar berkumpulan yang terakhir sebelum kita meninggalkan 3 kota emas di eropah ini. Pasti banyak kenangan dan gambar yang tidak boleh dilupakan. 

HARI KESEPULUH

KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, semoga perjalanan kita dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini dan berjalan dengan selamat. Terima kasih kerana menyertai dan support kami disepanjang perjalanan.. Jemput semua datang ke Dapur Raya menikmati hidangan lazat dari anak anak kami. Terima Kasih.

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay & Apartment atau Mobile home. Apartment seperti di dalam gambar ini dengan 2 bilik, setiap bilik boleh memuatkan 2 atau 3  orang dan mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel dan boleh memasak. 

KENDERAAN

Kita akan menggunakan kenderaan awam seperti train dan bus untuk ke tempat tempat yang telah disenaraikan. 

SAYA MAHU PERGI

Terima kasih, pihak kami akan hubungi dalam tempoh kurang dari 24 jam waktu bekerja