DSC09761
DSC06490
JIM_3253
JIM_3071
DSC02056
JIM_3203
DSC09757
DSC06614
FRS_4253
DSC06299
DJI_0077
DSC09990
DSC02485
DJI_0087
DSC09775

BALKAN

Pengembaraan Laluan Penuh Rahsia Yang Tersimpan Rapi

Dalam Dunia Eropah

ATURCARA PERJALANAN

28 Jan - 9 Feb 2019
27 Mar - 8 Apr 2019
28 Apr - 10 Mei (Edisi Ramadhan)
27 Aug - 7 Sep 2019
9 Oct - 21 Oct 2019
27 Nov - 9 Dec 2019

13 HARI 10 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur

Day 2 : Zagreb

Day 3 : Lake Bled, Slovenia

Day 4 : Plitvice Lake - Zadar

Day 5 : Zadar

Day 6 : Zadar - Dubrovnik

Day 7 : Dubrovnik - Kotor

Day 8 : Kotor - Mostar

Day 9 : Mostar

Day 10 : Sarajevo

Day 11 : Kravice Falls - Pocitlkj 

Day 12 & 13 : Banja Luka - Zagreb - Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Zagreb

2. Sewaan Kereta/Motorhome

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Hotel / Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy


PAKEJ TIDAK TERMASUK

 

TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran Perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 9,420 / pax (single)

RM 9,120 /pax (berdua atau lebih)

RM 8,920 /pax ( 2- 11 Tahun)

RM 3,290 /pax ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 6,920 / pax (single)

RM 6,620 /pax (berdua atau lebih)

RM 6,420 /pax ( 2- 11 Tahun)

RM 2,790 /pax ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,140 / pax (single)

SGD 3,040 /pax (berdua atau lebih)

SGD 2,980 /pax ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,100 /pax ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,310 / pax (single)

SGD 2,210 /pax (berdua atau lebih)

SGD 2,150 /pax ( 2- 11 Tahun)

SGD 940 /pax( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

Pengembaraan akan bermula menuju ke Zagreb, Croatia dari Kuala Lumpur. Penerbangan menaiki peneraju servis penerbangan terbaik dunia Qatar Airways dengan satu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha kemudian meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Franjo Tuđman di Zagreb. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa 18 jam termasuk transit.

HARI KEDUA

ZAGREB

Kita akan tiba di Zagreb pada awal pagi hari ke dua, dan bas akan menunggu kedatangan kita semua di Airport.

Pagi ini kita akan bersiar-siar dahulu di ibu kota Croatia, iaitu Zagreb, kalau di Kuala Lumpur, kita ada KLCC, manakala di Zagreb pula landmark terbesarnya adalah Zagreb Cathedral, sebuah gereja yang tidak siap lagi dibina sejak tahun 1600-an. Selain daripada itu, antara lokasi yang menarik di Zagreb adalah pasar paginya yang menjual sayur dan buah-buahan segar dan kita akan beli untuk stok makan kita untuk beberapa hari pertama.

Selepas selesai jelajah mini di Zagreb, kita akan ke Masjid Zagreb untuk makan tengahari di Restoran di dalam Masjid Zagreb, kemudian kita akan "check-in" di penginapan untuk beristirehat menghilangkan letih, selepas mengembara jauh. Malam ini, kita akan makan malam pertama bersama, serta sesi ice breaking untuk mengenali kesemua ahli keluarga Balkan kita yang baru.

HARI KETIGA

 LJUBJANA, SLOVENIA

 

Dari Zagreb kita akan terus ke sebuah negara jiran iaitu Slovenia.

 

Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah sahaja kita akan tiba di kota naga Ljubljana.

 

Ljubljana sangat terkenal dengan istana di atas bukit, Istana ini sering menjadi ilham untuk watak-watak cerita dongeng seperti Sleeping Beauty dan lain-lain kerana struktur istana di atas bukit dikelilingi dengan sungai.

 

Kita akan ke pekan Ljubljana, menaiki Funicular ke Ljubljana Castle, dan pasar tani di Ljubljana. Malam akhir ini, kita akan masak sehabis baik dan habiskan stok makanan sebagai malam terakhir kita di Balkan.

HARI KEEMPAT

BLED - LJUBJANA, SLOVENIA

 

Bled, sebuah tasik simbolik kepada Slovenia. Pagi ini kita akan berpiknik di tepi tasik Bled, sambil melihat matahari terbit. Geng hiking? jangan lepaskan peluang untuk hiking mendapatkan view tercantik di Bled menaiki anak bukit lebih kurang 20 minit.

 

Yang tak hiking, jom kita menaiki bot mengelilingi tasik Bled dan ke pulau kecil Bled mendapatkan view yang tidak kurang cantiknya.

HARI KELIMA

PLITVICE LAKE

 

Hari ini kita akan berpindah daripada Zadar ke Slovenia. Sambil itu, kita akan berhenti di taman negara Plitvice, sebuah kawasan yang telah dijaga oleh UNESCO Heritage.

 

Kita akan menghabiskan keseluruhan hari ini trekking di Plitvice Lake yang mengambil masa lebih kurang 3 jam menikmati pemandangan yang sangat cantik trekking serta menaiki bot di sekitar taman negara ini.

HARI KEENAM

ZADAR

Kita akan mengambil peluang hari ini untuk menikmati cruise setengah hari ke pulau-pulau seberang Zadar, di sini kita akan dapat melihat "perkampungan" nelayan Croatia yang sangat lain daripada perkampungan nelayan di Malaysia!

 

Cuba bayangkan penduduk nelayan tidak menaiki perahu, tetapi menaiki bot putih yang besar serta peralatan yang canggih menangkap ikan.

Selepas itu kita akan menghabiskan masa di Kota Lama Zadar, menikmati pemandangan cantik dan kalau berkesempatan kita dapat melihat ikan lumba-lumba diperairan Zadar ini. Jangan lupa ke Sea Organ, sebuah alat musik yang melodinya terhasil daripada pukulan ombak.

Zadar terkenal dengan tempat menyaksikan ikan lumba-lumba. Doa-doa kita dapat melihat ikan lumba-lumba nanti!

HARI KETUJUH

 

DUBROVNIK

Hari ini kita akan ke kota mainan takhta atau dalam bahasa inggerisnya Game of Thrones. Dubroknik sangat terkenal disebabkan filem ini.

Tempat ini sangat unik dan cantik, terasa seperti di sebuah planet asing apabila berada di dalam kota ini.

Pelbagai aktiviti boleh kita lakukan, seperti boat ride, cable car dan shopping!

HARI KELAPAN

KOTOR, MONTENEGRO

 

Kotor ini indah khabar dari rupa. Terletak di selatan Balkan, Montenegro dahulunya tanah jajahan Serbia, dan mereka mendapat kemerdekaan dan kini keluar dari Serbia.

 

Kota Kotor lebih cantik apabila kita melihat dari atas. Siapa yang mampu, jom hiking!

HARI KESEMBILAN

MOSTAR

 

Mostar merupakan bandar yang terletak di Herzegovina, merupakan bandar Muslim yang telah ditawan hak untuk mengembangkan agama dan kedaulatan di atas pemerintahan Croatia. Malam ini kita akan makan di restoran di dalam bandar Mostar. Tak perlu risau, restoran di Mostar menghidangkan makanan yang halal dan menunya ala Arab dan Turki. Saiz hidangan pula? Hidangan seperti orang Arab!

 

Kita akan menginap di Mostar selama 3 malam, dan memberi peluang untuk mengenali dan mengetahui kisah-kisah disebalik peperangan dan perjuangan saudara semuslim kita di negara ini.

HARI KESEPULUH

SARAJEVO

Hari ini kita akan ke Sarajevo, ibu negara Bosnia dan Herzegovina. Mostar terletak di Herzegovina, manakala Sarajevo pula terletak di Bosnia. Jangan tekejut apabila mereka tidak menggunakan nama Sarajevo tetapi menggunakan ganti nama Bosnia merujuk kepada ibu negara tersebut.

 

Kita akan menziarahi Tunnel of Hope (juga dikenali sebagai Tunnel of Life), sebuah laluan yang memberi harapan kepada bangsa Bosnia dan Herzegovina yang menyalurkan makanan dan bantuan sewaktu mereka tidak dibenarkan menentang tentera Serbia oleh United Nation sewaktu tempoh perperangan.

 

Kemudian kita akan melawati bandar Sarajevo, bermula daripada Latin Bridge, Sebilj, dan Bazaar! Mana lagi nak shopping? Sarajevo tempatnya. Selesai solat, makan dan membeli ole-ole, kita akan kembali ke penginapan di Mostar.

HARI SEBELAS

KRAVICE FALLS - POCITLJ - MOSTAR

 

Kita akan mengambil peluang pagi ini untuk ke Air Terjun Kravice yang terletak lebih kurang 30 minit daripada bandar Mostar. Keluarkan kamera dan tripod masing-masing, kita akan mempraktikkan teknik mengambil gambar dengan jaminan lebih 20 like satu gambar!

 

Kemudian kita akan berhenti seketika di Pocitelj (Pocitely), sebuah kota yang ditawan sewaktu kejatuhan pemerintahan Khalifah di muka bumi ini. Kita akan solat dua rakaat di sini serta menawan menara tinjauan Pocitelj dengan pemandangan yang super cantik.

 

Kita akan makan tengahari di Blagaj, sebuah lokasi terletaknya Rumah Tekki (Rumah Sufi) pendakwah Islam pertama yang menyebarkan Islam di negara Bosnia.

HARI DUA BELAS - TIGA BELAS

BANJA LUKA

 

Subuh pagi ini, kita akan ke Masjid Fehrat Pasha, yang dikenali sebagai Masjid Banja Luka, antara masjid yang dimusnahkan oleh pemberontak Serbia, yang kini dilindungi oleh UNESCO, serta menikmati sarapan pagi seperti orang lokal menikmati Pite yang sangat sedap sehingga termimpi-mimpi selepas 6 bulan akan datang.

 

Dalam perjalanan ke Mostar kita akan berhenti di sebuah air terjun Jajce yang tingginya 10 meter dan kemudiannya ke Masjid Malaysia di Turbe yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu peperangan di Bosnia, serta makan tengahari, sebelum meneruskan perjalanan ke Mostar.

Malam berganti siang, siang berganti malam, akhirnya perjalanan kita di bumi Eropah akan berakhir pada hari ini, kita akan bertolak ke Zagreb pada pagi ini dan menaiki penerbangan pada belah petang.

 

Semestinya kembara kali ini pasti pengalaman yang manis mengembara bersama kami akan anda ingati. Bonus setiap kembara kami akan kami berikan soft copy foto-foto yang di ambil oleh kapten kita di sana!

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo), Hotel atau Mobile home, di mana penginapan kita akan  mempunyai dapur dan ruang tamu, mudah untuk memasak dan makan beramai-ramai.

KENDERAAN

Kita akan menggunakan coaster yang selesa untuk kembara ini. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf