ALASKA

Kami tanya mencari 10 pengembara yang berani untuk mengembara bersama kami meneroka keindahan Alaska, salah sebuah negeri di Amerika dengan suasana dan landskap yang tidak dijumpai di mana-mana destinasi lain di dunia.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 

Kuala Lumpur 

Hari Pertama 

Kita akan bersiap awal dan bersama-sama berkumpul di KLIA. Bersedia untuk melalui pengalaman 'rare' bersama kami di rarecation.

Penerbangan untuk sampai ke Alaska adalah sangat jauh. Untuk sampai ke lapangan terbang di Alaska, kita akan transit di dua lapangan terbang bergantung kepada tawaran penerbangan yang semasa.

KLIA to Alaska (Fairbanks)

Hari Kedua

Penerbangan bergantung kepada tawaran jadual penerbangan semasa dan berubah-ubah mengikut keadaan.

 

Untuk ke Alaska kita akan melalui kira-kira 2 transit penerbangan dan memakan masa lebih dari 24jam. Sebagai contoh gambaran, kita akan berada dalam penerbangan selama 5jam ke Taiwan, kemudian transit selama lebihkurang 3 jam.

Penerbangan berikutnya memakan masa lebihkurang 10jam dari Taiwan ke Seattle, Amerika, dan akan transit lebih kurang 3 ke 4 jam.

Kemudian penerbangan seterusnya kita akan ke Alaska dalam anggaran masa 3jam. Dijangka akan sampai di Alaska pada waktu malam.

Semua penerbangan ini bergantung kepada penerbangan semasa yang terdapat ketika itu dan di luar dari kawalan kami.

alaska-907724_1920 (1).jpg

Fairbanks

Hari Ketiga 

Pagi, lepas bersarapan, kita akan bersiapsedia dengan pengembaraan kita yang bertama di bumi Alaska.

Kita akan melawat sekitar bandar di Fairbanks dengan gambar-gambar profesional, ke tasik semulajadi dan kawasan pergunungan, serta melihat kawasan hidupan liar dan bersejarah di sekitar Fairbanks.

Petang, kita akan pulang ke Homestay dan persiapan makan malam bersama.

Pastikan rehat yang cukup kerana esok kita akan mengharungi perjalanan yang panjang untuk menuju ke sebuah lagi bandar di ke arah selatan Alaska iaitu Talkeetna dan Anchorage.

mountains-1622731_1920.jpg

Fairbanks to Talkeetna

Hari Keempat

Di pagi hari, kita siap bersarapan, dan siap-siap juga tapau makanan untuk kembara ke bumi Alaska. Alaska yang berkeluasa 800km persegi ini mengandungi lebh separuh daripadanya adalah pemukaan yang bergunung-ganang.

Perjalanan darat ke Talkeetna mengambil masa kira-kira 4 jam termasuk rehat. Dijangka sampai ke homestay pada petang, dan kita akan explore sekitar kawasan tempat tinggal kita.

Malam, seperti biasa kita akan dinner bersama, dan membuat persediaan keesokkan harinya untuk menjelajah taman negara yang paling popular di Alaska, iaitu Taman Negara Denali.

caribou-1030864_1920.jpg

Taman Negara Denali

Hari Kelima

Selepas bersarapan, kita akan bersiap sedia bertolak ke Taman Negara Denali, yang mana dihiasi dengan pemandangan indah pergunungan McKinley.

Aktiviti seharian kita akan menyelusuri ke dalam Taman Negara, dan pastinya merakam gambar-gambar dan video menarik sepanjang perjalanan dengan kualiti profesional.

Petang, kita akan bertolak ke Homestay dan bersiap sedia makan malam bersama-sama.

muskox-144311_1920.jpg

Talkeetna ke Anchorage

Hari Keenam

Hari ini, kita akan berhijrah penempatan kita ke Anchorage, salah satu town terbesar di Alaska.

Perjalanan bermula setelah bersarapan dan persediaan lunch pack, yang mana kita akan makan dan singgah berpiknik di kawasan yang bersesuaian sepanjang perjalanan.

Perjalanan ke Anchorage, kita akan singgah di Matanuska Glacier serta Ox farm untuk melihat haiwan-haiwan yang rare yang hanya terdapat di Alaska. Dijangka sampai ke homestay pada petang.

Malam, kita akan besiapsedia makan malam bersama-sama.

Grizzly Bear Exploration

Hari Ketujuh

Aktiviti hari ini penuh untuk melawat Taman Negara Katmai. pagi-pagi kita akan bersarapan lengkap beserta dengan bekalan makan tengahari.

Pagi, kita akan bersiap menuju ke Water Taxi Station. kita akan menaiki Teksi Air ini untuk masuk ke dalam Taman Negara. Sesungguhnya taman negara ini adalah sangat diperlihara dan tidak ada access untuk sampai melalui jalan darat. jadi kita akan menaiki water taxi untuk sampai ke lokasi di mana anda dapat melihat Grizzly Bear dengan jelas sekali.

Alan sampai ke homestay lewat petang dan bersiap sedia untuk makan malam.

Kenai National Park

Hari Kesepuluh

Pengembaraan kita hari ini akan menuju ke Lapangan Terang Kiruna. kita kan mengambil penerbangan untuk menuju ke Stockholm ada hari ini.

Pagi, setelah bersarapan, kita kan bersiap-siap menyediakan bagasi-bagasi untuk menuju ke lapangan terbang di Kiruna, dan seterusnya akan tiba di Stockholm, ibu negara Sweden.

Setibanya di Stockholm, kita akan check in dan berehat sementara menunggu hari esok untuk bertolak menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur.

Namun, kita tidak akan melepaskan peluang untuk mencari gambar-gambar yang menarik sekitar tempat tinggal kita.

Adobe_Post_20190114_145543.jpg

Train Experience Spencer

Hari Kelapan

Pagi, setelah bersarapan, kita akan melalui pengalaman menarik cara lain pula untuk menjelajah sekitar Alaska. Kali ini kita akan menaiki train, menuju ke kawasan terpencil yang tersorok dengan pemandangan Glacier yang indah.

Pengalaman dengan Train ini kita akan mulakan di kawasan sekitar homestay. Glacier exploration ini akan kita lakukan aktiviti sehingga waktu petang.

Petang hari, kita menaiki semula train untuk pulang ke Anchorage.

Malam, bersiap sedia untuk makan malam dan persiapan pula aktiviti untuk esok hari.

Adobe_Post_20190128_141006.jpg

Seward to Anchorage

Hari Kesebelas 

Setelah bersarapan, kita akan bersiap-siap dengan persediaan untuk menuju semula ke Anchorage.

Hari ini, kita akan menuju ke Anchorage dengan santai. kita akan explore bandar Anchorage yang mana kita tidak sempat lakukan ketika hari ketibaan kita di Anchorage daripada Talkeetna, sebelum hari kita berangkat pulang pada keesokkan hari.

Malam, persediaan makan malam dan Makan malam terakhir kita bersama-sama di Alaska.

Anchorage to Seward

Hari Kesembilan

Pagi ini setelah bersarapan, kita akan memulakan perjalanan untuk berhjrah ke salah sebuah town kecil di selatan Alaska iaitu Seward.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 4jam.Setibanya di Seward, kita akan menjelajah sekitar town dan homestay.

Petang, adalah persediaan untuk makan malam dan persediaan untuk aktiviti menarik keesokkan hari.

chugach-national-forest-1622635_1920.jpg

Airport to Kuala Lumpur

Hari Dua Belas & Tiga Belas

Hari ini kita akan bertolak ke lapangan terbang, dan perjalanan pulang kita akan bermula di Lapangan Terbang Anchorage.

 

Ketibaan pulang ke tanah air, Malaysia dan staff kita akan menunggu anda di KLIA.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembaraan "All Crew Concept" bukan pelancong. Dan "we came as strangers and comeback as a big family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang jenis "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Dan kami pasti anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya!

 

Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan dan pemandangan scenery yang sangat indah. Bayangkan anda buka tingkap, nampak gunung-ganang yang dihiasi salji. Pasti mengasyikkan.

Keselesaan, kebersihan, privasi semua adalah keutamaan dalam pemilihan apartment. 

Pengangkutan

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self-drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan yang di bawa sendiri adalaah kerana kita ada flexibility dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. Pengalaman memandu di luar negara semestinya mengujakan!

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 1 - 14 Aug 2020     

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol

4. Tiket Train

5. Tiket Water Taxi

6. Tiket Cruise di National Park

7. Penginapan (Local     house/Apartment)

8. Makan (half-board)

9. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

10. Baju Rarecation edisi terhad

11. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 10 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 28,900 / pax (single)

RM 28,600 (berdua atau lebih)

RM 28,400 ( 2- 11 Tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 21,900 / pax (single)

RM 21,600 (berdua atau lebih)

RM 21,400 ( 2- 11 Tahun)

WARGA SINGAPURA

HARGA PENUH

SGD 9,980 / pax (single)

SGD 9,880 (berdua atau lebih)

SGD 9,820 ( 2- 11 Tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 7,300 / pax (single)

SGD 7,200 (berdua atau lebih)

SGD 7,140 ( 2- 11 Tahun)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf