Penginapan dan Penerbangan

PENERBANGAN

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

PENGINAPAN

Bergantung kepada destinasi, ada destinasi kita akan menginap di hotel dan ada yang kita akan menginap di Local House

HOTEL

Kita akan menginap di hotel dengan bilik twin atau triple sharing. Bagi yang ingin mengambil bilik single ada bayaran tambahan, tetapi ianya masih bergantung pada kekosongan pada waktu tempahan

LOCAL HOUSE

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo/Cottage) atau Mobile home. Kebiasaan penginapan kita  mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel