KAPTEN RARECATION

 

Setiap Pengembaraan bersama Rarecation, akan ditemani oleh seorang Kapten yang akan mengetuai trip. Setiap daripada kapten mempunyai pengalaman mengembara yang tinggi dan akan memastikan setiap peserta mengembara dengan gembira.

Saiful Nang

Saiful Nang, Pengasas kepada CandidSyndrome, Saiful Nang Academy, dan Rarecation Ventures, Werda & SARC. Saiful Nang merupakan Kapten kepada pengambaraan Rarecation sejak bermula program yang pertama.

Harun

Harun merupakan kapten Rarecation sejak 2015, antara kapten yang paling berpengalaman menguruskan peserta dan pengembaraan dari China, Turki dan Eropah

Najmie

Najmie dari tahun 2016, seorang jurufoto dari usia muda yang telah mengembara pelbagai kontinen di serata dunia dengan jangka masa yang lama, mengambil gambar lanskap, human interest dan pelbagai genre fotografi.

Fathul

Fathulkamar merupakan kapten Rarecation sejak tahun 2017, mempunyai pengalaman yang tinggi dalam pengembaraan di sekitar Eropah barat.

Syibli Fakih

Syibli Fakih, nama yang tidak asing dalam kalangan jurufoto di Malaysia. Syibli merupakan CEO kepada Saiful Nang Academy. Syibli telah menggalas usaha sama Rarecation bersama Saiful Nang dan memimpin pengembaraan sebagai kapten Rarecation sejak tahun 2013.

Ust. Shauqi Hassan

Kapten Rarecation sejak 2016, Ust. Shauqi Hassan merupakan Pengetua Akademi Insan Prihatin, bertanggungjawab dalam membimbing jemaah-jemaah Umrah Rarecation, dan pengembaraan jejak sirah Rasul dan Khalifah

Mun

Satu satunya Kapten wanita Rarecation, Mun adalah seorang pengembara tegar, seorang blogger, dan baker. Mun mahir dalam selok belok pengembaraaan di rantau Eropah, juga seorang yang sangat berpengalaman mengembara di Jepun dan Korea, apabila menyertai trip bersama Mun, masakan pasti enak belaka!

Khairul Hafiz

Khairul Hafiz seorang jurufoto muda yang telah memenangi, pelbagai pertandingan fotografi, menjual hasil karya dan hasil-hasil beliau telah tersiar dipelbagai agensi dan akhbar. Hafiz menjadi kapten Rarecation pada tahun 2017 dan telah mengembara bersama Rarecation sejak tahun 2014.

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf