AUSTRALIA BARAT

Perth - Katanning - Albany - Margaret River - Bunburry

ATURCARA PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - PERTH - KATANNING

InsyaAllah kita akan tiba di Perth seawal 7 pagi. Harini in, kita berjalan ke King's Park di Perth dan berhenti sebentar di Boat House (rumah biru yang terkenal di Perth). Tengah hari kita ke Charcoal Chicken untuk merasakan antara kambing grill terbaik Australia. 2.30 petang kita bertolak ke Katanning dan dijangka tiba sekitar jam 6 petang. Katanning merupakan kampung Melayu kepulauan Cocos di sini, malam ini kita bersilaturahim bersama masyarakat melayu di sini

7H
6M
29 Apr - 5 Mei 2017
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

  • Facebook Basic Black
  • Black Instagram Icon

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Perth

2. Sewaan Kereta/Motorhome

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay/Campsite)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 5850 / Pax

(SINGLE)

RM 5550 / Pax

(COUPLE)

RM 5350 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 3990 / Pax

(1-23 BULAN)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARI KEDUA

 

KATANNING - ALBANY

Kita teruskan perjalanan hari ini ke Albany, bandar paling selatan di Western Australia. Sepanjang perjalanan kita akan melalui jalan lingkaran Stirling Range, jika masa mengizinkan kita berhenti sebentar di tasik garam, Lighthouse di Frenchman Bay, melawat "The Gap" dan menyinggah di Wind Farm. Masa ini baru anda tahu macam mana besar kipas dan bagaimana kipas ini menjana elektrik. Malam kita berehat di Havanna Villa, Albany

HARI KETIGA

ALBANY

Hari ini lebih santai, kita melihat laut berdekatan Havanna, ada yang berminat boleh juga naik river cruise. Kita juga meronda sehingga ke Denmark. Tengah hari kita singgah di Taman untuk makan tengah hari. Kita akan pulang ke penginapan agak awal harini untuk persediaan hari esoknya. Esok perjalanan sejauh 474 km melalui highway 2 lorong

HARI KEEMPAT

ALBANY - BUNBURY

Kita bermula awal hari ini, seawal 4.30 pagi kita sudah bertolak dan lokasi pertama kita adalah di Pemberton Kari Trees (pokok besar, bukan pokok kari), kita akan bersarapan pagi di sini. Secara santai kita meneruskan perjalanan ke Margaret River & Basselton sebagai destinasi makan tengah hari kita. Jika kita tiba awal di Bunbury Discovery Village, boleh terjun swimming pool dan malam kita ber BBQ

HARI KELIMA

BUNBURY DOWN SOUTH
Misi kita hari ini kita mencari , melihat kangaroo liar , menerjah ladang ladang dan jika sedang musim kita boleh memetik anggur dan mangga. Kita juga menyinggah ke pantai di Yallingup. Malam ini kita masih bermalam di Bunbury.

HARI KEENAM

BUNBURY - FREMANTLE - PERTH
Perjalanan kita hari ini ke Fremantle, semakin dekat ke Perth. Dari Bunbury ke Fremantle sekitar 169 km sahaja dan perjalanan akan mengambil masa 2 jam sahaja. Fremantle ini lokasi untuk anda mencari cendera mata dengan harga yang sangat berpatutan. Kita ada masa sekitar 2-3 jam untuk berjalan di Fremantle. Malam in kita bermalam di Perth

HARI KETUJUH

PERTH

Free & Easy, ini tema kita hari ini, anda bebas untuk kemana mana sahaja di Perth. Ini antara cadangan lokasi untuk merayap pada hari ini, Caversham Whitesman Park untuk tengok Kangaroo, Wombat, Koala Bear & haiwan pelik Australia. Berjalan jalan di bandar Perth, King's Park atau nikmati sekali lagi kambing di Charcoal Chicken. Nak lebih santai boleh ambil Perth Captain Cook Cruice bersama makan tengah hari di atas kapal.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI KELAPAN

PERTH - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, selesai sudah pengembaraan kita ke Perth, satu satunya trip ke Australia barat yang menjangkau lebih 1200 km perjalanan melengkapkan bulatan penuh Australia Barat. Pastinya pengalaman manis mengembara bersama kami akan kita dingati. Terutama apabila melihat semula foto foto yang di ambil oleh kapten kami. Sehingga bertemu kembali di kembara yang seterusnya.

KENDERAAN

Kita akan menggunakan kereta untuk kembara ini. Satu kereta boleh memuatkan sehingga 4 orang dengan selesa. Jangan risau pemanduan kereta di Australia ini amat mudah seperti memandu kereta di Malaysia juga

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita di Homestay/ apartment. Ini kerana homestay & apartment mempunyai "common area" untuk kita melakukan aktiviti bersama seperti memasak, makan bersama dan ruang untuk bersembang hingga pagi.

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf