TERMA & SYARAT RARECATION 

Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat sebelum bersetuju untuk melanggani pakej kembara kami. Sebaik sahaja anda membayar deposit bermakna anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Rarecation dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat syarat dan terma yang di berikan

PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL

Anda di kehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat bayaran deposit. Seperti harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik, waktu berlepas, pakej yang dipilih termasuk penginapan, termasuk tiket penerbangan atau tidak dan lain-lain maklumat yang berkenaan. Anda dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko dan kos tambahan pada pakej sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.

KETETAPAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Rarecation adalah maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat bayaran deposit. Sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pada pemberian maklumat yang diberi.

TIKET PENERBANGAN

Kesemua pakej Rarecation adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA / KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja. Tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA2. Semua jadual perjalanan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan. Jika berlaku sebarang perubahan pada jadual penerbangan, pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dari tempahan hotel, penerbangan tiket domestik atau lain-lain kos yang di buat oleh peserta sendiri. Pihak Rarecation juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk didalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan

PENGINAPAN

Seperti​ yang kita tahu, Rarecation membawa konsep kembara dan kebiasaannya penginapan pilihan kita adalah "local house" , apartment, campsite dan jarang sekali kita memilih hotel. Kerana itu penyusunan bilik adalah mengikut kesesuaian kembara terutamanya apabila kembara menggunakan Feri dan keretapi. Namun pihak kami akan berusaha untuk memastikan setiap pasangan suami isteri dan keluarga mendapat bilik bersama. Jika berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri dan keluarga pemaklumkan akan di buat awal, sebelum kembara lagi. 

ITINERARY

Setiap trip Rarecation adalah unik, berbeza dan lain dari yang lain. Itinerary kami adalah flexible dan tertakhluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Kapten mempunyai hak untuk mengubah mana-mana itinerary disepanjang trip tanpa memaklumkan peserta, bergantung pada keadaan, cuaca dan situasi yang berlaku pada waktu itu. 

PEMBAYARAN

Rarecation hanya menerima pembayaran melalui secara Tunai, Online banking Cek dan kredit kad. Pihak Rarecation berhak untuk menahan tempahan pakej anda sehingga cek / pembayaran online anda ditunaikan. Pihak Rarecation tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat menyertai pakej yang anda tempah kerana penuh akibat kelewatan di dalam proses pembayaran. 

YURAN

Sila pastikan anda mendapat harga yang telah dipersetujui di dalam resit anda. Yuran adalah tertakluk kepada perubahan matawang Malaysia. Jika terdapat sebarang kenaikkan matawang melebihi 10% dari kadar asal ketika pakej ini keluarkan, mungkin akan ada tambahan pada yuran asal. Sila rujuk pada pegawai kami.

BAYARAN DAN TEMPAHAN

DEPOSIT

Untuk pengesahan penyertaan, peserta Deposit penuh perlu di buat segera.

Jumlah Deposit penuh adalah mengikut 40 - 50% dari harga Pakej, sila semak pakej anda.

60 Hari sebelum tarikh penerbangan Bayaran penuh perlu di buat

Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

PEMBATALAN

Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan. Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya).

INSURAN PERJALANAN

Semua pakej kami sudah termasuk dengan insuran perjalanan, kecuali untuk peserta yang mengambil penerbangan tidak dari Malaysia

 

FOTOGRAFI DAN VIDEO

Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi . Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat. Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami. 

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap Rarecation. Rarecation merupakan salah sebuah syarikat di bawah Wakaf Enterprise dimana segala keuntungan dari syarikat ini akan di bawa ke Rumah Pengasih Warga Prihatin. Sebuah rumah untuk pembangunan Asnaf dan Anak Yatim yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Terima Kasih

SOALAN UMUM

KENAPA 10 HARI 7 MALAM ?

Tempoh dan masa penerbangan akan mengambil masa 2 hari, tanpa mengira malam.

BOLEH SAYA PANJANGKAN LAGI KEMBARA SAYA ? PERGI AWAL ATAU PULANG LEWAT ?

Extend pergi awal atau balik lewat adalah dibenarkan, tetapi Rarecation tidak akan bertanggungjawab atas risiko yang dihadapi oleh peserta, dan segala kos penambahan adalah di atas tanggungan peserta. Kami juga boleh menguruskan perjalanan awal/lewat dari jadual, caj akan di kenakan


 

APAKAH YANG TERMASUK DALAM PAKEJ ?

Tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke destinasi.

Penginapan sepanjang kembara.

Penggangkutan sepanjang kembara seperti yang telah dirancang (termasuk tol, minyak, parking tiket jika mengembara menggunakan kereta/motorhome)

Insuran perjalanan (bagi yang mengambil pakej penuh)

T shirt khas dari Rarecation (Limited edition)

Kelas Asas Fotografi/smartphone fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

Sesi briefing sebelum pergi

(sila semak dengan pegawai kami untuk pengesahan) 

Makanan (Halfboard) sila semak dengan pakej kami

APA YANG TIDAK TERMASUK DIDALAM PAKEJ ? 

VISA

Makan (kebiasaan makanan secara campcook dengan purata budget cuma sekitar RM350 bergantung pada kembara yang anda ikuti)

Penggangkutan yang tidak dirancang oleh Rarecation dan yang bergantung pada faktor cuaca. (feri, bot, berbasikal, cable car, kereta api, etc)

Aktiviti berbayar yang bergantung pada faktor cuaca (bot, mandi kolam air panas, berbasikal, etc)

Lokasi berbayar

BAGAIMANA DENGAN VISA ?

Ada kembara yang memerlukan visa, dan ada trip yang tidak memerlukan visa.

Harga visa adalah berbeza mengikut keperluan peserta, oleh hal yang demikian, yuran tidak termasuk visa.

Pihak Rarecation akan membantu dalam proses pengurusan visa, namun mengikut masa yang kami tetapkan.



MAKAN BAGAIMANA?

Makan kami berikan Half Board dan makan tengah hari tidak termasuk. Sila semak setiap trip untuk info lebih tepat

BERAPA ANGGARAN BUDGET UNTUK MAKANAN ? 

Bajet yang perlu disediakan adalah RM300 - 350 seorang untuk sepanjang trip bergantung kepada lokasi, .

BERAPA ANGGARAN BUDGET UNTUK PERBELANJAAN PERIBADI ?.

Untuk perbelanjaan peribadi, boleh disediakan RM500, cukup untuk beli ole-ole dan sebagainya. Melainkan anda mempunyai niat untuk memberanakkan beg anda. Bergantung kepada destinasi

 

SAYA BERSAMA KAWAN, BUKAN PASANGAN, ADAKAH SAYA LAYAK MENDAPAT HARGA BERPASANGAN / ADA DISKAUN ? 

Boleh, Tuan/ cik layak mendapat diskaun (harga berpasangan) apabila menyertai kembara kami lebih dari 1 orang (berpasangan adalah termasuk suami-isteri, adik-beradik, sahabat baik, anak-beranak ).

 

SAYA SEORANG WARGA EMAS, TIADA HARGA KHAS ?

Mohon maaf tiada buat masa ini, tetapi boleh Tuan/Puan layak mendapat harga pasangan apabila menyertai kembara kami bersama pasangan/anak/rakan.

 

ANAK SAYA BERUMUR 2 TAHUN 1 BULAN, PAKEJ APA YANG SESUAI UNTUK ANAK SAYA ? 

Untuk anak yang berumur 2 tahun dan ke atas, pakej adalah mengikut pakej untuk umur 2 - 11 tahun. Pakej mengikut umur semasa tarikh kembara tersebut.

 

SAYA INGIN MEMBELI TIKET SENDIRI, ADA PAKEJ GROUND SAHAJA ?

Tiada masalah. pakej ground tidak termasuk travel insuran. Sila berhubung dengan pegawai kami, untuk khidmat nasihat waktu perjalanan.

 

SAYA BUKAN DARI KUALA LUMPUR, BAGAIMANA DENGAN TIKET PENERBANGAN ATAU KOS PENGANGKUTAN DARI LOKASI SAYA KE KLIA ? 

Maaf, segala perbelanjaan peserta dari lokasi peserta ke KLIA/KLIA 2 adalah tanggungan peserta sendiri.

 

SAYA DARI BRUNEI / SINGAPORE, BOLEH SAYA SERTAI KEMBARA INI ? 

Boleh tiada masalah, maklumkan kepada Tuan/Cik berminat untuk mengikuti kembara kami dari Malaysia atau dari negara Tuan/Cik
 

SAYA MEMPUNYAI INSURAN ( ATAU TIDAK MAHU INSURAN). BOLEH SAYA DAPAT DISKAUN ?

Tidak. Setiap pakej kami sudah termasuk insuran, kecuali pakej ground. Peserta boleh memilih untuk mengambil insuran yang kami sediakan atau tidak

 

SAYA INGIN SEBILIK BERSAMA PASANGAN SAYA SEPANJANG KEMBARA.

Mohon Maaf. Bergantung pada kekosongan penginapan. Namun kami memang meletakkan keutamaan bagi pasangan dan keluarga. Jika anda memerlukan bilik bersama pasangan, boleh berhubung dengan pegawai kami, tetapi, mungkin ada kos tambahan yang akan ditanggung oleh peserta, sila rujuk pegawai kami.


BERAPA DEPOSIT UNTUK MENYERTAI KEMBARA RARECATION ? 

Deposit : RM3,000 - RM5,000 (bergantung kepada nilai kembara tersebut, sila semak dengan pegawai kami)

( Deposit tidak akan dipulangkan jika pembatalan dari pihak peserta)

 

BAYARAN YURAN SECARA PENUH ATAU ANSURAN

Bayaran yuran boleh secara penuh atau secara ansuran.

Untuk ansuran, pembayaran adalah seperti berikut

  1. Deposit Penuh (harga mengikut pakej) 

  2. 100% dari harga pakej - 60 hari sebelum tarikh berlepas

 

Pihak kami menggalakkan pembayaran awal untuk mengelakkan sebarang kenaikkan harga pada harga tiket penerbangan.

 

SAYA TERPAKSA MEMBATALKAN PENYERTAAN SAYA ATAS FAKTOR KECEMASAN, BOLEH SAYA DAPAT BALIK DEPOSIT SAYA ?

Pihak kami memohon maaf, sebarang pembatalan daripada pihak peserta deposit tidak dikembalikan.
 

SAYA BERMINAT DENGAN AKTIVITI TAMBAHAN KETIKA PROGRAM, BAGAIMANA?

Pihak kami memohon maaf, sebarang aktiviti tambahan berbayar yang tidak ada di dalam pakej kami berada di luar tanggungan kami. Aktiviti tambahan adalah seperti skydiving, island hoping, atau local guide tambahan. Namun pihak kami membenarkan aktiviti itu dijalankan dengan syarat ianya tidak menganggu aktiviti dan aturcara perjalanan asal.

ADAKAH KEMBARA INI UNTUK MUSLIM SAHAJA ? 

Tidak. Kembara kami di uruskan oleh Muslim dan kembara kami terbuka untuk semua pengembara diluar sana.

BOLEHKAH SAYA BERPISAH DARI GROUP UNTUK AKTIVITI SENDIRI ? ( Tidak digalakkan, tetapi dibenarkan jika..)

Jika anda mempunyai aktiviti sendiri yang berada diluar dari jadual program kembara Rarecation. Tiada masalah untuk anda keluar dari aturcara Rarecation dan kembali semula ke dalam group selesai dari aktiviti anda. Namun segala perbelanjaan tersebut dibawah tanggungan peserta sendiri. Aktiviti tersebut juga tidak dibenarkan untuk menggunakan sewaan kenderaan yang telah ditetapkan.

ADAKAH SAYA PERLU MEMANDU ? BAGAIMANA DENGAN LESEN ? 

Kebiasaannya dalam 1 kembara dengan kereta atau motorhome, kita cuma memerlukan sekitar 4-6 orang pemandu dari 20 orang peserta yang menyertai.

Lesen memandu Malaysia boleh diguna pakai di negara-negara eropah (Swiss, Itali, Austria, German, etc) dan negara komanwel (Australia, New Zealand, India). Sila semak dengan pegawai kami untuk maklumat lanjut

 

SIAPA KAPTEN UNTUK KEMBARA INI?

Dalam setiap trip akan ada seorang kapten atau 2 orang kapten bergantung kepada jumlah peserta di dalam setiap kembara.

Kapten merupakan seorang yang berkelayakan untuk membawa peserta dalam trip, dan mahir dalam bidang fotografi.

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf