TANZANIA

Pengembaraan menyaksikan migrasi haiwan di benua Afrika teragung di dunia. Pengembaraan Safari di Musim The Great Migration Edisi Tanzania selama 12 hari 9 malam yang pastinya berbeza dengan trip Rarecation yang lain. Keindahan alam semulajadi, haiwan liar, pemandangan, orang, dan cara hidup di Benua Afrika.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
Serengeti.jpg

Kuala Lumpur - Arusha

Hari Pertama - Kedua

​Pengembaraan akan bermula menuju ke Kilimanjaro Int Airport, Tanzania dari Kuala Lumpur.
 

Setiba sahaja kita di Arusha, kita akan dijemput oleh pemandu pelancong dan bergerak ke bandar Arusha.

 

Bandar Arusha merupakan bandar kedua terbesar di Tanzania yang menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kilimanjaro.

 

Bandar ni betul-betul di bawah Gunung Meru, yang juga sebahagian daripada Great Rift Valley.

Hari ini menginap di Arusha, dan malam ini kita akan bersuai kenal dengan semua peserta, briefing keselamatan sebelum memulakan ekspedisi hari esok.

lake-manyara-national-park-safari-guide-

Arusha - Tarangire

Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi, kita akan check-out dan meneruskan perjalanan ke Tarangire National Park.

Musim pada bulan ini panas dan kering pastinya sangat menakjubkan dari segi haiwan liar dan juga pemandangan. Pancaran ke atas tanah Tanzania menghasilkan pemandangan seakan-akan kemerah-merahan seperti yang selalu kita nampak di dalam tv, ada pula silhouette pokok-pokok akasia dan haiwan-haiwan liar, semestinya mempersona.

Tarangire mempunyai pelbagai diversiti haiwan liar dalam kelompok, macam Wildebeest, Zebra, Buffalo, Impalas, Gazelle, Heart Beast dan Eland. Semua berkumpul di punca air yang semakin surut.

Ada juga gajah, dan haiwan pemangsa seperti Singa, Leopards, Cheetah dan Hyena.

Hari ini kita akan menjelajah seharian di Tarangire, selagi boleh kita cuba untuk tick checklist Big 5 kita dalam satu hari!

Malam ini kita akan menginap di kawasan Taragire National Park.

GettyImages-603961401-5821da873df78cc2e8

Tarangire - Seregeti

Hari Keempat

Selepas sarapan pagi, kita akan ke Serengeti National Park melalui Olduvai Gorge.

Semestinya Park ini sangat terkenal dengan migration Wildebeest. Sambil-sambil tu, boleh juga kita lihat pemangsa macam Singa dan Hyena mengambil kesempatan untuk isi perut mereka.

Haiwan lain macam Zirafah, Zebra, Impala, Heart Beast, Buffalo, dan Baboon banyak di Taman Negara ni, sampai dah jadi mainstream. Kalau minat dengan burung pun sangat sesuai menjelajah di Serengeti ni.

 

Kalau nak cakap Big 5, petik jari je InsyaAllah ada rezeki kita dalam masa 3 malam di sini.

Makan tengahari kita dalam perjalanan, dan makan malam serta menginap di kawasan utara Serengeti National Park.

7-slide-africa-migration-zebra-waterhole

Serengeti

Hari Kelima & Enam

Pagi ini kita akan melakukan full-day game drive di Serengeti. Misi utama mencari Big-5 dan Big Cats yang lain macam Singa, Leopards, dan Cheetah.

InsyaAllah hari ini kita doa banyak-banyak supaya kita dapat menyaksikan the Greatest Wildlife Show on Earth ataupun dikenali sebagai The Great Wildebeest Migration sepanjang Mara River.

Hari ini kita akan makan tengahari di Mara River sambil relaks, relaks tengok migration.

Malam ni kita akan tidur di penginapan yang sama di utara Serengeti

Tanpa perlu berlengah, hari ke enam kita akan teruskan game drive dalam misi ke bahagian Central Serengeti, kawasan ini dipanggil sebagai Seronera Area, di mana tempat ni sangat famous dengan Big Cats.

Malam ini kita hire beberapa orang Renger, jom kita ambil gambar bintang-bintang di angkasa.

tarangire-national-park-1505190931-1000X

Serengeti - Ngorongoro

Hari Ketujuh


Hari ini, kita bangun pagi untuk morning game drive sebelum bertolak keluar dari Serengeti National Park.

Pagi-pagi merupakan waktu terbaik nak tengok haiwan-haiwan pemangsa ni breakfast.

Tengahari sikit, kita akan check out sambil berbekalkan bento, menghala ke Ngorongoro Conservation Area.

Jangkanya kita akan tiba lewat petang di Ngorongoro dan kemudiannya kita dinner dan rehat.

ngo3.jpg

Ngorongoro Crater

Hari Kelapan

Pagi ini kita akan turun ke dalam lembah Ngorongoro Crater, sedalam 2000 kaki melalui laluan klasik Caldera sambil mencari haiwan-haiwan liar.

Pemandangan? Semestinya awesome.
Kalau tengok haiwan je, boleh tengok kat zoo, kat Ngorongoro pula ada haiwan dan pemandangan. Tempat ni sampai jadi faktor utama pelancong datang ke Serengeti.

InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan dapat bertemu dengan RARE Black Rhino. Bigs Cats pun ada di Ngorongoro, dan juga yang unik berbanding tempat lain, kita boleh tengok Flamingo di sini.

Malam ni kita akan makan malam dan menginap di Karatu.

Serengeti-Cheetah-Project_Asti-and-her-f

Lake Manyara - Arusha

Hari Kesembilan

Selepas breakfast pagi ni, kita akan ke Lake Manyara. Lake Manyara ni berbeza dengan tempat lain pasal kawasannya lebih kepada hutan rimba.

Ratusan Baboon kat sini beratur dari atas ke bawah, sambil blue-monkey menyorok-nyorok di celahan pokok Mahogany.

Park ni panjangnya sejauh 50km sejajar dengan Great Rift Valley. Tasik Alkali menjadi tempat teduhan ribuan flamingo.

Bufallo, Wildebeest dan Zebra boleh kita jumpa di sini, termasuk Singa yang boleh panjat pokok dan gajah bergading besar.

Selesai sahaja game drive, kita akan ke Arusha untuk makan malam dan menginap pada malam ini.

01TC30-IM0201-zanzibar-safari-1475.jpeg

Arusha - Zanzibar Island

Hari Kesepuluh

Pagi ni, kita akan menaiki kapal terbang ke Zanzibar Island, sebuah pulau yang cantik pernah ditakluk oleh pedagang Arab.Makanan di sini, halal-halal belaka dan sedap-sedap belaka.Pagi ni kita akan ke penginapan kita untuk dua malam ini di Stone Town. Selepas selesai check in, kita akan menaiki bot laju ke Prison Island. Prison Island ni dulu dimiliki oleh Arab secara peribadi. Mereka meletakkan hamba-hamba mereka di sini sebagai denda.Malam ni kita akan kembali ke penginapan di Stone Town dan makan malam.

manyaranstLodge.jpg

Arusha - Zanzibar Island

Hari kesebelas

Pagi ini selepas sarapan pagi, kita akan menjelajah 3 jam ke Stone City. Pertama kita akan ke City Market, Old Slave Market, Fruit Market, Spice Market, Zanzibar Doors, dan Shangani-Old British Consulate, Arab Fort, House of Wonder, dan laluan sempit Stone Town.

Tengahari kita akan kembali ke penginapan untuk rehat dan makan tengahari. Selepas makan tengahari kita akan check out dan ke East-Coast Zanzibar.

Kawasan East-Coast ni lebih terkenal dengan pasar ikan, boleh kita tengok orang lelong ikan sekali di sana.

Lagi yang power, sunset di kawasan ni dengan pantai pasir putih tercantik di Zanzibar sambil enjoy jus delima tepi pantai ni.

tarangire-national-park-elephants-day-tw

Lake Manyara - Arusha

Hari Kedua Belas


Sedar tak sedar dah dua belas hari kita kat Tanzania. Selepas sarapan pagi, kita akan ke Abeid Amani Karume International Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan kita adalah kawasan kem yang selamat untuk didiami.

Set mind kita, penginapan di Tanzania jauh berbeza dari penginapan di Malaysia. Bersedia untuk tidur dalam kelambu, duduk di kerusi rotan, dan bunyi alam semulajadi macam buffalo, burung-burung pada waktu malam.

Pengangkutan

Kita akan menggunakan jeep untuk kembara ini.

Satu kenderaan memuatkan 7 orang peserta, dan semua akan berpeluang duduk di tepi tingkap, manakala bumbung kenderaan boleh dibuka untuk semua mendapatkan pemandangan terbaik.

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk   

TARIKH PERLEPASAN

  • 12 Aug - 23 Aug 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Campsite)

5. Makan (Fullboard / Halfboard hari perjalanan)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan pada hari perjalanan

2. Lokasi tambahan berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

4. Vaksin

KATEGORI KEMBARA RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare.

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 32,800 / pax (single)

RM 32,500 (berdua atau lebih)

RM 32,300 (2-11 tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 27,800 /pax (single)

RM 27,500 (berdua atau lebih)

RM 27,300 (2-11 tahun)

WARGA SINGAPURA

HARGA PENUH

SGD 10,950 / pax (single)

SGD 10,850 (berdua atau lebih)​

SGD 10,770 (2-11 tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 9,270 /pax (single)

SGD 9,170 (berdua atau lebih)

SGD 9,100 (2-11 tahun)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 4 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Deposit RM7000

  • Pembayaran booking slot adalah RM2000 seorang.

  • Baki deposit RM5000 boleh dilakukan dalam masa DUA (2) bulan selepas pembayaraan booking slot. **tertakluk kepada tarikh pembayaran dan perubaham

  • Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman,perang dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf