SOUTH EUROPE & AMSTERDAM

Munich - Neuschwanstein castle - Interlaken - Venice - Lago di Braies - Amsterdam

ATURCARA PERJALANAN

HARI PERTAMA
 

KUALA LUMPUR - MUNICH

Dengan pilihan penerbangan yang banyak dan salah satu bandar termaju di dunia, Munich menjadi pilihan untuk kita mulakan dan mengakhiri kembara kita di sini

HARI KEDUA
 

MUNICH - SCHWANGAU

Setiba di Munich, destinasi pertama kita adalah Istana Cinderella. Inilah istana yang menjadi inspirasi filem animasi Cinderella. Terletak di atas bukit yang indah berlatarbelakangkan pergunungan Alps. Kita boleh memilih untuk berjalan perlahan menaiki bukit sambili menikmati kesegaran dan keindahan hutan 4 musim. Atau rasakan pengalaman seperti Cinderella dengan menaiki kereta kuda menuju ke istana ini.

HARI KETIGA
 

SCHWANGAU - INTERLAKEN 

Dari Istana Cinderella, kita menelusuri perjalanan menuju ke salah satu negara tercantik di dunia iaitu Switzerland. Destinasi kita adalah Interlaken, bandar antara dua tasik.​ Keindahan dua tasik yang di kepung oleh pergunungan pastinya akan membuatkan kita terasa seperti teruja, tidak merasa mengantuk berjalan melalui kawasan ini.

HARI KEEMPAT
 

INTERLAKEN - LAUTERBRUNNEN

Saya lebih suka mengelar kampung ini sebagai Rivendell. Jika pernah lihat filem Lord of The Rings, perkampung indah Elf Rivendel di inspirasikan dari kampung Lauterbrunnen ini. Salah satu kampung tercantik di pergunungan Alps. Kampung ini sahaja mempunyai sehingga 72 air terjun.

No rushing, kita akan laungkan masa di kampung ini dengan secawan kopi 434 bersama cengkodok panas-panas. Dari sini juga kita naik kereta api ke atas kawasan pergunungan untuk menikmati keindahan kampung ini dari atas pula.

29 Mac - 10 April 2018
13H
10M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur - Munich

HARI KEDUA

Munich - Schwangau 

HARI KETIGA

Schwangau - Interlaken

HARI KEEMPAT

Interlaken - Lauterbrunnen

HARI KELIMA

Interlaken - Lake Como

HARI KEENAM

Lake Como - Venice

HARI KETUJUH

Venice

HARI KELAPAN

Venice - Lago di Braies

HARI KESEMBILAN

Lago di Braies - Munich

HARI KESEPULUH

Munich - Amsterdam

HARI KESEBELAS

Amsterdam

HARI KEDUA BELAS

Amsterdam - Kuala Lumpur

HARI KETIGA BELAS

Kuala Lumpur

DAFTAR SEGERA

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Munich, Munich - Amsterdam dan Amsterdam - Kuala Lumpur

2. Pengangkutan 

3. Penginapan (Homestay/Campsite)

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 10,950 / Pax

(Penyertaan seorang)

RM 10,650 / Pax

(2 orang dan lebih)

RM 9,890 / Pax

(SINGLE)

RM 4,550 / Pax

(Penyertaan seorang)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MEDIUM
RARE

HARI KELIMA
 

INTERLAKEN - LAKE COMO

Tasik romantis yang menjadi pilihan pelbagai selebriti dunia seperti George Clooney dan Madonna untuk mempunyai rumah di sini. Dari tasik ini kita boleh melihat pergunungan Alps di Switzerland. Seawal pagi kita nikmati nasi lemak panas menikmati keindahan tasik dan kawasan pergunungan alps sambil di temani dengan angsa dan itik comel.

HARI KEENAM
 

LAKE COMO - VENICE

Destinasi kita seterusnya adalah Kota Terapung Venice. Kita akan bermalam 2 malam di sini, jika ada kekosongan kita cuba dapatkan penginapan di dalam kota ini, jika tiada kekosongan di dalam ini, kita akan menginap di luar kota venice tetapi jangan risau kita kerana dari penginapan kita ke venice cuma perlu menaiki kereta api dan sangat mudah. Seperti dari Kl Sentral ke KLCC.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI KETUJUH
 

VENICE 

Hari ini kita ada 1 hari penuh untuk meneroka Kota terapung Venice, salah satu destinasi “fav. Sebuah kota yang sesuai untuk kita ‘sesat” di dalamnya. Singgah di pasar seafood mereka, jumpa makcik venice sidai baju, orang-orang tua sedang menikmati kopi. Jangan terlalu rigid dengan lokasi tarikan di Venice, terdapat banyak perkaran menarik yang tersimpan di dalamnya.

ain menaiki Gondola, jangan lupa juga untuk menaiki menara San Marco. Untuk dapatkan pengalaman terbaik, kita naik pada waktu petang dan nikmati keindahan Venice dari pemandangan mata burung sambil matahari terbenam di ufuk venice

HARI KELAPAN
 

 VENICE  - LAGO DI BRAIES

"How do you know this place ? ", ini lah pertanyaan dari pegawai polis yang terkejut kami boleh tiba ke destinasi yang amat terpencil, kurang di ketahui ramai  namun tersangat cantik. ​Tasik Alps ini tersimpan indah masih tidak dicemari oleh kedatangan pelancong luar. One of the best "hidden Gems" in italy, hanya dengan Rarecation kita boleh ke destinasi sebegini.

HARI KESEMBILAN
 

LAGO DI BRAIES - MUNICH

Hari ini kita kembali ke Kota  moden, Munich. ​Bersantai-santai sahaja perjalanan kita akan mengambil masa 3 jam melalui austria. Jangan risau, di mana saja ada destinasi yang cantik kita akan berhenti selagi mana masa masih mengizinkan

HARI KESEPULUH
 

MUNICH - AMSTERDAM

Dari Munich perjalanan diteruskan ke "Venice of the North"​ Amsterdam. Kita akan menaiki penerbangan domestik ke sana dan di sana, kita akan bergerak dengan menggunakan public transport. Jangan terkejut kerana di Amsterdam mereka mempunyai antara public transport terbaik dan termudah di dunia. Dari Tram, kereta api, bas atau selepas check in hotel kita berbasikal sahaja di sekitar kota Amsterdam. Berbasikal adalah pengalaman wajib cuba bila ke sini.

HARI KESEBELAS
 

AMSTERDAM

Tulip, Tulip, Tulip, destinasi WAJIB PERGI kita hari ini. Kita ke "Garden of Europe " Keukenhof. Rasakan pengalaman menikmati asam pedas salom dengan nasi putih panas panas bersulam dengan kopi 434. Ada pula Kapten Rarecation turut sama ambil foto anda yang sangat cantik di sini. Pastinya antara kenangan terbaik dan terindah di dalam kembara ini

HARI KEDUABELAS - TIGA BELAS
 

AMSTERDAM - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah pejam celik-pejam celik kita sudah tiba di hari terakhir dan ​Kuala Lumpur sudah bersedia menerima kepulangan kita. Pernerbangan akan mengambil masa sekitar 1 hari dan akan tiba keseokkan harinya. Pastinya kenangan manis sepanjang kembara masih segar di ingatan dan lebih manis lagi nanti kami akan uploadkan semua foto-foto travel kita sebagai bukti dan penyegar memori keindahan kembara kita bersama

Alhamdulillah

MAKLUMAT PERJALANAN

PENGANGKUTAN
 

BAS / COASTER

Kita akan menaiki​ bas yang selesa untuk 20 - 25 orang. Kita boleh berehat di sepanjang perjalanan

PENGINAPAN

APARTMENT / HOTEL

Penginapan kebiasaannya kita akan ambil Local house, jadi boleh merasa seperti orang kampung di Venice, atau Swiss. Di sesetengah tempat pula kita akan memilih untuk menginap di hotel terutama di kawasan bandar

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf